Kehadiran cahaya mata menjadi penyeri kepada kehidupan berumah tangga yang telah dibina. Sesungguhnya menjadi ibu dan bapa bukanlah mudah.
Mommy dan Daddy perlu mempersiapkan diri dengan ilmu berkenaan penjagaan bayi bagi menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga. Salah satu daripadanya adalah mengenai cara dukung bayi yang baru dilahirkan dengan betul.
Nampak seperti perkara remeh bukan? Hakikatnya, mendukung bayi baru lahir mempunyai cara yang tersendiri. Ini untuk mengelakkan sebarang kecederaan kepada si manja. Oleh itu, penting untuk Mommy dan Dadyy tahu cara dukung bayi baru lahir yang betul.
Tips Cara Dukung Bayi yang Betul
Berikut adalah beberapa tips atau cara dukung bayi yang betul:
#1. Utamakan Kebersihan Sebelum Memegang Bayi
Sebelum Mommy dan Daddy memegang bayi, perlu dipastikan semua yang akan bersentuhan dengan bayi tersebut mestilah berada dalam keadaan bersih.
Hal ini termasuklah dengan pakaian Mommy dan Daddy, lebih-lebih lagi tangan. Ini kerana, bayi baru lahir mudah dijangkiti penyakit kerana sistem imunisasinya yang masih lemah.
#2. Tips Cara Dukung Bayi: Yakin dan Selesa
Yakin dan selesa adalah kunci utama bagi Mommy dan Daddy semasa memegang bayi. Ia penting untuk mengelakkan bayi jatuh atau terlepas dari pegangan.
Apabila ini berlaku, boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dalam kepala bayi.
#3. Berikan Sokongan yang Betul kepada Bayi
Mommy dan Daddy perlu memastikan untuk sentiasa memberikan sokongan yang betul kepada bayi terutamanya di bahagian kepala dan tengkuk bayi.
Hal ini kerana, mereka masih belum mampu untuk mengawal kepala mereka dengan sendirinya.
#4. Pilih Posisi yang Betul, Selamat dan Selesa
Cara dukung bayi baru lahir yang seterusnya adalah Mommy dan Daddy perlu mencari mana-mana posisi yang Mommy dan Daddy rasa bayi akan berasa selamat dan selesa.
#5. Cara Dukung Bayi yang Betul: Pilih Posisi Secara Duduk
Sekiranya Mommy dan Daddy masih merasa gementar dan tidak yakin semasa mendukung seeloknya pilih posisi secara duduk yang mungkin lebih selamat dan selesa.
#6. Jangan Lakukan Aktiviti yang Berisiko Semasa Mendukung Bayi
Jangan sesekali melakukan aktiviti yang berisiko yang boleh mendatangkan kecederaan kepada bayi Mommy dan Daddy.
Contohnya, memasak atau membawa minuman/makanan panas. Risiko tumpah dan terkena bayi adalah tinggi.
#7. Tips Cara Dukung Bayi Baru Lahir: Jangan Goncang Bayi
Jangan sesekali menggoncang bayi semasa mendukung walau dengan apa jua tujuan sekali pun. Menggoncang bayi boleh menyebabkan pendarahan otak juga boleh membawa maut.
Cara Dukung Bayi Baru Lahir yang Betul
Mommy dan Daddy boleh mencuba beberapa posisi berbeza seperti berikut untuk mendapatkan kesesuaian dan keselesaan buat Mommy dan Daddy juga si comel tersayang.
#1. Posisi di Bahu
Bagi posisi ini, Mommy dan Daddy perlu meletakkan badan bayi selari dengan tubuh anda berdua, Angkat kepala bayi sehingga ke ketinggian bahu Mommy dan Daddy.
Rehatkan atau letakkan kepala bayi di atas bahu atau dada supaya bayi dapat melihat ke belakang.
Selepas itu, gunakan satu tangan untuk menyokong kepala dan lehernya manakala sebelah lagi untuk menyokong bahagian bawah.
#2. Posisi Buaian
Posisi ini adalah antara yang paling mudah dan paling banyak digunakan. Caranya adalah dengan meletakkan bayi selari dengan dada Mommy dan Daddy sambil tangan anda berdua diletakkan di bawah bayi seolah-olah seperti memangku bayi.
Tangan ini berfungsi sebagai penyokong kepala dan leher si manja Mommy dan Daddy.
Kemudian letakkan dengan perlahan-lahan kepala bayi ke bahagian dalam siku Mommy dan Daddy.
Selepas itu, alihkan tangan Mommy dan Daddy ke bahagian bawah.
#3. Posisi di Perut
Untuk cara mendukung bayi baru lahir ini, Mommy dan Daddy perlu meniarapkan si manja pada salah satu lengan, dengan kepalanya diletakkan pada bahagian siku.
Pada kedudukan ini, kaki bayi Mommy dan Daddy akan berada di sebelah lagi tangan. Kemudian, letakkan sebelah lagi tangan Mommy dan Daddy di bahagian belakang bayi.
Posisi ini selalu digunakan untuk sendawakan bayi.
#4. Cara Dukung Bayi Baru Lahir: Posisi di Riba
Caranya adalah Mommy perlu duduk dengan kaki yang dirapatkan. Kemudian, letakkan si manja Mommy dan Daddy di atas riba.
Angkat kepala bayi dengan kedua belah tangan dan letakkan lengan di bahagian bawah bayi untuk menyokongnya. Kaki bayi mesti berada di kawasan pinggang Mommy dan Daddy.
Kesimpulannya, mengendalikan bayi yang baru lahir pada awalnya memang agak kekok dan menakutkan. Tetapi selepas beberapa lama, perkara itu akan menjadi satu perkara yang pastinya diingati sepanjang hidup Mommy dan Daddy.
Mulai sekarang tak perlu lagi rasa takut dan risau sebabnya Mommy dan Daddy sudah tahu cara dukung bayi yang betul!
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti pelbagai lagi tips penjagaan si manja yang lain di SINI!