Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tak Perlu Rimas Dah, Cuba 10 Cara Berkesan Menghalau Agas Ni

cara halau agas

Kredit gambar: wikiwand.com

Bila kawasan rumah dah jadi port serangga kecil ni terbang dan mencari tempat bertelur, memang naik rimas dibuatnya. Terutamanya kalau ada anak kecil, serabut kan Mommy? Risau betul kalau-kalau serangga ni menggigit si comel atau masuk ke lubang telinga ke apa.

Apa Itu Agas?

Agas adalah sejenis serangga kecil yang menghisap darah seperti nyamuk. Saiznya lebih kecil daripada nyamuk tetapi kesan gigitannya, memang gatal tau Mommy. Boleh akibatkan alahan!

Highlighted

Kredit gambar: Facebook@ Minyak Gelinggang Mustajab

Agas ni biasanya hidup di kawasan hutan, paya bakau, pantai, sungai dan di ladang ternakan haiwan seperti lembu dan kambing.

10 Cara Berkesan Menghalau Agas

Bukan main-main gigitan agas ni, tanya sahajalah pada yang dah kena. Memang tergaru-garu! Kalau rumah Mommy diserang serangga agas ni, boleh cuba beberapa cara berikut untuk menghalaunya:

#1. Jangan biarkan sampah dan sisa makanan terdedah

Penting ya Mommy. Bila dah ada sisa makanan atau sampah dalam rumah, kena cepat-cepat lupuskan sebelum agas datang dan bertelur.

Kalau Mommy sibuk sangat dan tak sempat, pastikan Mommy tutup tong sampah sentiasa dengan kemas supaya ia tidak akan menarik agas untuk datang.

#2. Bersihkan kawasan rumah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan agas secara berkala

Kita tak nak ia bersarang di sekeliling rumah kita. Jadi yang utama kita harus lakukan adalah dengan tidak menggalakkan ia membiak.

Tempat-tempat pembiakannya seperti di kawasan yang bersemak, haruslah dibersihkan dan dirapikan secara berkala.

#3. Dedahkan kawasan dalam rumah yang gelap dan lembap kepada cahaya matahari

Bila keadaan atau penjuru di dalam rumah lembap dan gelap, lagi rancaklah serangga ini berkumpul. Mana-mana ruang rumah yang macam ni, Mommy dedahkan kepada cahaya matahari sentiasa ya?

#4. Elakkan menanam di dalam rumah

Selain daripada kawasan yang lembap, agas ni pun suka menghurung tanah tanaman yang lembap. Terutamanya kalau ada sabut-sabut kelapa di dalam pasu tu, makin seronok ia bertelur!

#5. Guna racun serangga organik

Kredit gambar: istockphoto.com

Kalau sukar, Mommy boleh sembur racun organik pada tanaman Mommy. Bukan sahaja serangga agas, serangga-serangga lain pun tak suka dan menjauh nanti.

#6. Tanam pokok yang anti-agas

Haa…jangan tak tau, sesetengah pokok boleh juga menghalau serangga ini dari mendekat. Contohnya, pokok bunga tahi ayam. Banyak serangga yang tak suka pokok ni! Inilah salah satu cara halau agas yang mudah dan environmental-friendly gitu.

#7. Perangkap dengan perangkap lalat

Cara yang lain adalah, kalau banyak juga agas ni berkeliaran di dalam dan sekeliling rumah, boleh perangkap mereka dengan meletakkan perangkap lalat di kawasan ia berkumpul.

Nanti pasti akan tersangkut juga.

#8. Pastikan saluran sinki sentiasa bersih

Mommy pernah tak tengok, kadang-kadang tu, agas-agas ni duk hurung je kawasan sinki? Walaupun dalamnya tak ada apa, tapi masih banyak agas yang berkumpul.

Ini disebabkan saluran dalam sinki tu yang kotor dan penuh dengan sisa makanan. Itu semua menarik agas tu untuk datang dan berkumpul di situ.

#9. Guna spray serangga

Cara halau agas yang paling mudah! Kalau tak ada racun organik, Mommy boleh dapatkan racun serangga di kedai. Sekarang ni dah banyak racun serangga yang dijual, fungsinya untuk menghalau dan membunuh serangga tertentu.

#10. Upah mereka yang pakar

Kredit gambar: istockphoto.com

Yang lagi baik, upah mereka yang professional lah untuk basmi agas dari rumah ni. Bayarannya memanglah mahal sedikit berbanding kaedah yang lain, tapi hasilnya pasti berbaloi!

Bergantung atas kesesuaian, Mommy dan Daddy berbincanglah cara yang terbaik untuk halau agas ni. Cuba ikut mana-mana cara di atas yang sesuai, moga-moga bebaslah kawasan rumah Mommy daripada serangga ni cepat-cepat!


Lindungi rumah Mommy dengan mencuba pelbagai tips berkesan di SINI.