Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Biarkan Je Mommy! Ini 10 Cara Berkesan Untuk Halau Anai-Anai di Rumah

cara halau anai-anai

Kredit gambar: istockphoto.com

Yang kita geramnya dengan serangga anai-anai ni, ia seolah-olah silent killer tau. Tau-tau, dah rongak perabot dari dalam. Tau-tau, sikit lagi nak runtuh kaki almari.

Ia bukannya berbunyi atau berbau, itu yang susah sikit nak trace anai-anai ni.

Tanda-Tanda Anai-Anai Sudah Menyerang Rumah Mommy

Walaupun begitu, terdapat tanda-tanda yang Mommy boleh perhatikan untuk mengenal pasti bahawa anai-anai ni dah menyerang rumah Mommy.

Antaranya adalah:

  • Ada laluan anai-anai di permukaan rumah seperti dinding
  • Warna kayu yang berubah daripada gelap kepada cerah
  • Kalkatu sering berterbangan di sekitar rumah Mommy
  • Ada rekahan atau lubang dalam perabot kayu
  • Ada selut berpasir di celah-celah perabot Mommy
Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

10 Cara Berkesan Halau Anai-Anai

Bila Mommy perasan je tanda-tanda ni ada di kawasan rumah, kenalah lakukan beberapa usaha untuk menghalaunya. Kita tak nak ia merebak satu rumah nanti:

#1. Perangkap anai-anai

Salah satu caranya, Mommy gunakan kotak dan lembapkan kotak tu. Letakkan di kawasan yang Mommy syak merupakan sarang anai-anai.

Cuba tengok, pasti anai-anai akan datang mengerumuni kotak tu nanti. Bolehlah ambil dan bakar atau musnahkan kotak ni selepas itu.

#2. Tabur serbuk Borax di sekitar sarangnya

Serbuk Borax dikatakan amat berkesan untuk hapuskan anai-anai. Mommy taburkan je di sekitar kawasan anai-anai ni dan tak lama nanti, pasti jumlahnya akan berkurangan.

#3. Jemur perabot di bawah haba matahari

Kredit gambar: istockphoto.com

Kalau Mommy rasa anai-anai dah mula menyerang almari kayu Mommy, cepat-cepat jemurkannya di bawah sinaran terik cahaya dan haba matahari.

Anai-anai kan sukakan tempat lembap, memang tak boleh tahan panas-panas ni.

#4. Guna semburan organik DIY

Selain daripada itu, anai-anai juga tak boleh tahan dengan acidic solution. Jadi apa yang Mommy perlu buat ialah, campurkan cuka dan perahan air lemon.

Kemudian masukkan ke dalam botol semburan dan sembur di sarang dan laluannya.

#5. Guna cecair Termidor

Kalau tak nak semburan DIY, Mommy boleh dapatkan cecair Termidor di pasaran. Cecair kimia ni memang racun untuk anai-anai.

Kalau terkena pada badannya, boleh mati dan cukup dengan cecair ini, anai-anai akan menjauh.

#6. Sembur minyak tanah

Kredit gambar: fizacrochet.com

Di samping itu, penggunaan minyak tanah pun membantu. Mommy semburkan minyak ini di sarang anai-anai atau perabot yang telah menjadi sarangnya.

Tengok nanti, ia akan berlalu pergi.

#7. Siram air kapur

Bukan sahaja acidic solution, air kapur pun anai-anai tak boleh tahan. Yelah.. kan ia bersifat panas. Kalau terkena di sarang atau badannya, anai-anai akan menjauh dari situ.

Mommy cuba siramkan air kapur ni ya?

#8. Taburkan garam di sarangnya

Garam pun berguna Mommy. Nak buat air garam atau nak taburkan garam terus ke sarangnya, dua-dua tak ada masalah.

Mommy cuba dulu yang mana lebih mudah ya. Kalau perabot tu tak sesuai kena air, bolehlah taburkan garam je di sarang anai-anai di situ.

#9. Tabur tembakau

Kredit gambar: istockphoto.com

Bau tembakau pun kuat macam minyak tanah. Mungkin sebab itulah orang tua-tua sarankan untuk taburkan tembakau di sekitar sarang anai-anai untuk menghalaunya.

Nanti Mommy boleh cuba, tengok berkesan betul ke.

#10. Dapatkan khidmat yang pakar

Kalau tak sempat atau ada bajet lebih sikit, boleh je dapatkan terus khidmat yang pakar. Sekarang dah banyak dah khidmat pest control di sekeliling kita.

Walaupun bayarannya agak mahal sedikit, hasil kerja mereka akan melegakan Mommy dan menyelamatkan perabot dalam rumah.

Cara Berkesan Halau Anai-anai

Nak guna semburan racun organik ke, kimia ke, atau nak DIY solution ke, Mommy tengoklah pada kesesuaian kawasan anai-anai tu bersarang dan pada bajet Mommy dan Daddy juga.

Cubalah mana-mana kaedah yang dirasakan terbaik.


Dapatkan info penjagaan dan dekorasi rumah di SINI.