Rimas dan geram kan apabila tengok sekeliling rumah penuh dengan tahi cicak? Lebih-lebih lagi kalau terkena sofa kesayangan ke, berterabur di meja makan ke, boleh naik darah betul. Jangan dibiarkan macam tu je Mommy. Bila merata tahinya di birai karpet, rasa was-was juga nak solat kan? Jom, kita cuba beberapa cara untuk halau cicak ni.
Berkesan atau tidak, belum cuba belum tahu kan?
12 Cara Halau Cicak
#1. Bela burung di rumah
Orang kata, cicak ni takut dengan burung. Yelah…dah makanannya kan? Kalau Mommy tak nak bela pun, buatkan je sarang burung di siling untuk bagi makan pada burung liar yang hinggap.
Cicak akan takut nak mendekat nanti.
#2. Bela kucing di rumah
Haiwan lain yang cicak takutkan adalah kucing. Fuh…kalau tengok kucing duk bermain dengan cicak tu, kesian pula. Sampai lembik cicak dibuatnya kan?
Kalau di udara, burung yang menggerunkannya. Di tanah, tentulah kucing!
#3. Hapuskan lalat, nyamuk dan serangga yang menjadi makanan cicak
Kalau tak ada makanannya, cicak pun akan berhijrah ke tempat lain kan? Mommy usahakan untuk hapuskan lalat, nyamuk dan serangga lain yang menjadi makanannya ya?
#4. Susun atur perabot dan hiasan dengan jarak
Perasan tak, cicak selalu je berkumpul dan berkampung di belakang perabot seperti almari yang rapat ke dinding?
Haa.. elakkan ya susun atur perabot macam ni. Hiasan yang digantungkan ke dinding pun cuba kurangkan Mommy.
#5. Kemas rumah dengan elok
Selain daripada itu, jangan biasakan bersepah dan melonggokkan barang. Suka sangatlah cicak untuk berkumpul di tempat sebegini dan meninggalkan telurnya.
#6. Jaga kebersihan rumah
Tong sampah yang terbuka sebagai contohnya, bukan sahaja akan mengundang lipas dan lalat tetapi cicak pun suka.
Dah kalau berkumpul segala serangga di situ, lagilah seronok cicak memburu dan menaburkan najisnya.
Jangan lupa untuk sentiasa kosongkan tong sampah dan tutup pada waktu malam ya?
#7. Gunakan ubat gegat
Selalunya, kita dengar orang guna ubat gegat ni untuk halau lipas kan? Haa…bukan lipas je, cicak pun turut sama terkesan dengan baunya tu.
Taburkan je di tempat-tempat yang cicak suka lalu dan berkumpul. Pasti mereka akan menjauh dari kawasan tu!
#8. Gunakan bawang putih
Bau bawang putih yang kuat pun akan menghalau cicak. Cuba Mommy letakkan beberapa ulas di kawasan yang menjadi laluan cicak.
Contohnya, di kabinet dapur ke. Cuba tengok nanti, masih ada lagi ke najisnya. Jangan lupa gantikan yang baru apabila bau bawangnya dah berkurangan ya.
#9. Guna pelekat lalat
Pernah kan tengok orang guna pelekat lalat untuk memerangkapnya? Mommy boleh juga gunakan untuk cicak tau.
Bila ada seekor dua lalat yang melekat, cicak akan datang untuk makan. Melekatlah bersama-sama nanti. Hehe..
#10. Buat semburan cecair penghalau cicak
Boleh juga buat semburan untuk menghalau cicak. Campurkan je:
- 50 ml cuka
- 250 ml air paip
- 3 sudu besar cecair dishwasher
- 1 sudu besar Dettol
#11. Tutup rekahan dan ruang pada dinding/pintu
Kebanyakkan rumah akan ada ruang yang terdedah seperti rekahan di dinding. Dalam ruangan inilah cicak akan berumah dan bertelur.
Mommy boleh je seal ruang ini dengan crack sealer sebagai contohnya.
#12. Gunakan semburan racun cicak
Sekarang ni dah banyak kan semburan racun cicak yang dijual di pasaran? Kalau Mommy nak cepat ke, boleh cuba guna semburan racun ni.
Cara Halau Cicak
Kita cuba jela dahulu kan? Dalam banyak-banyak tips yang Motherhood kongsikan ni, pasti ada yang berkesan untuk Mommy.
Selamat mencuba ya!
Sumber: sinarplus
Cuba pelbagai hacks di rumah yang lain dengan klik SINI.