Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Halau Semut Charlie Dari Kediaman Mommy Dengan Berkesan

Kredit gambar: health.detik.com

Tuhan je tahu macam mana sakitnya menanggung terkena racun semut Charlie ni. Orang kita selalu sebut kena gigit dengan semut Charlie kan?

Tetapi sebenarnya, semut ni bukanlah mengigit tetapi mengeluarkan racunnya pada permukaan yang dilaluinya.

Apa Itu Semut Charlie?

Semut Charlie ini adalah sejenis serangga yang berbisa. Menurut UmiWish, ia juga dikenali dengan nama Tomcat, Kumbang Rove, Semut Kayap dan Semut Semai.

Serangga ini dikatakan melepaskan racun daripada ekornya yang mana cukup berbisa untuk kulit manusia.

Bila terkena racunnya ini, memang akan menggelembung seakan-akan melecur kulit kita. Pedih dan panas je rasanya. Lama-lama, parutnya akan menjadi kehitaman.

Memang sangat tak best lah kalau kena di kawasan muka!

14 Cara Halau Semut Charlie

Jadi bila dah nampak ada semut ni merayap di dalam dan di sekitar kawasan rumah, eloklah kalau Mommy cepat-cepat usaha untuk menghalaunya.

Sebelum ia bersarang di rumah dan habis ahli keluarga terkena racunnya, jom hapuskan ia dengan berkesan:

#1. Taburkan ubat gegat

Semut Charlie ni, ia memang tak boleh tahan dengan bau ubat gegat. Nanti Mommy taburkan di celah-celah kawasan rumah ya.

Cuma kena hati-hatilah. Takut anak-anak ingat gula-gula nanti.

#2. Minimakan cahaya

Salah satu yang menarik semut ini adalah sumber cahaya. Cuba Mommy perhatikan, kalau buka lampu di luar rumah pada waktu malam, Charlie pasti akan datang mengerumuni.

Kurangkan penggunaan cahaya lampu di malam hari ya Mommy? Terutamanya, di kawasan bilik tidur.

#3. Tutup pintu dan tingkap dengan kemas

Memang kita tak tau sangat datang dari mana semut Charlie ni. Tapi antara usaha yang Mommy boleh lakukan ialah pastikan semua tingkap dan pintu rumah ditutup dengan rapat apabila masuknya waktu petang.

Waktu inilah ia mula aktif.

#4. Pasang jaring net di tingkap

Kadang-kadang tu dah tutup semua pintu dan tingkap, tapi sebenarnya ada ruang di celah-celah yang boleh menjadi laluan semut ni.

Jadi adalah lebih baik jika Mommy pasangkan jaring net di tingkap-tingkap rumah. Selain daripada menghalang serangga ini daripada masuk, nyamuk dan serangga lain pun tak lepas!

#5. Pasang perangkap nyamuk

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Alah.. perangkap nyamuk yang orang biasa pasang di kedai makan tu. Haa.. apa kata kalau ada bajet lebih sikit, Mommy beli je sebiji dua perangkap nyamuk ni.

Jangan tak tau, Charlie ni bukan merayap je. Mereka pun ada sayap kecil yang halus dan boleh terbang.

#6. Sembur kawasan rumah dengan ridsect

Selain itu, penggunaan semburan ridsect pun membantu tau Mommy. Bau dan bahan kimia di dalamnya akan menghalau semut Charlie ini daripada mendekat.

#7. Tidur dalam keadaan bergelap

Seperti yang kita dah tau, memang Charlie ni tertarik pada cahaya. Selalunya jugalah kita terkena racunnya ni masa tidur. Entah bilalah ia datang merayap kan?

Jadi antara yang kita boleh usahakan ialah, padamkan kesemua sumber cahaya apabila nak tidur.

#8. Pasang kelambu

Di samping itu, boleh juga gunakan kelambu untuk mengelakkan semut ini daripada menghampiri kita. Terutamanya untuk anak-anak, bolehlah Mommy pasangkan kelambu apabila mereka dah nak tidur.

#9. Jaga kebersihan rumah

Salah satu makanan Charlie adalah, serangga kecil di tanah. Jadi kalau ada tumbuhan yang sedang mereput ke sebagai contohnya, memang kat situ boleh menjadi tempat sarangnya lah.

Pastikan Mommy bersihkan kawasan rumah secara berkala ya?

#10. Gunakan racun serangga organik

Kredit gambar: istockphoto.com

Sekarang ni, memang dah banyak racun serangga yang selamat untuk digunakan. Kalau terkena tumbuhan Mommy pun tak apa.

Racun-racun ini berkesan untuk meghalau beberapa serangga termasuklah semut Charlie.

#11. Sembur air serai wangi

Macam ubat gegat, semut Charlie pun tak tahan dengan bau serai wangi. Memang kebanyakkan serangga tak suka kan bau ni?

Haa.. apa lagi Mommy. Bolehlah cuba!

#12. Pakai minyak wangi sebelum tidur

Boleh juga cuba halau Charlie ni dengan memakai wangian sebelum tidur. Kalau ada bau yang kuat di badan Mommy, serangga ni tak suka mendekat.

#13. Pasang bau-bauan dalam bilik tidur

Ataupun jika nak pasang diffuser dengan bau mint ke boleh juga. Biasanya kalau bau-bau kuat seperti pudina gitu, serangga kurang gemar kan Mommy?

#14. Sapu minyak angin di badan

Cara lain yang mungkin berkesan juga adalah dengan menyapu badan dengan minyak angin. Panas dan berbau kuat, kaedah ni cukup berkesan untuk menghalau semut Charlie.

Kredit gambar: istockphoto.com

Banyak je cara yang Mommy boleh cuba untuk halau dan hilangkan semut Charlie ni dari kediaman. Selamat mencuba Mommy dan semoga berjaya!


Dapatkan info penjagaan dan dekorasi rumah di SINI.