Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Halau Semut Dengan 9 Tips Yang Mudah dan Sangat Efektif Ini!

cara halau semut

Kredit gambar : www.prepara.saraiva.com.br

Bagaimanakah cara halau semut yang boleh Mommy lakukan daripada membiarkan semut terus mendiami rumah dengan berkesan? Selepas seharian bekerja, of course kita rasa letih, lelah, penat dan sebagainya.

Rasa nak balik rumah cepat-cepat tapi bila sampai rumah, mata dah terbeliak melihat sekumpulan semut sedang ‘berkawad’ di atas lantai atau dinding rumah Mommy.

Sudah tentu hadir perasaan tidak selesa dan menambahkan lagi rasa penat yang ada selain rasa hilang sabar untuk menghalau semut-semut tersebut. Terasa ingin membunuh sahaja semua semut-semut itu supaya tidak muncul lagi.

Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam telah dinasihatkan supaya tidak membunuh semut-semut ini yang merupakan kaum Nabi Sulaiman AS. Selagi mana ia tidak mendatangkan bahaya atau mudarat kepada kita.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan beberapa tips dan petua yang boleh dipraktikkan untuk menghalau semut dari rumah Mommy. Bahan-bahan yang digunakan pula, kebiasaannya memang sudah sedia ada di rumah.

Tips Mudah Cara Halau Semut

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh Mommy lakukan iaitu:

1. Cuka

Highlighted

Kredit gambar : mygroser.com

Cuka putih yang biasa kita gunakan dalam masakan adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tidak gemar baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.

Apa yang perlu Mommy buat ialah larutkan cuka ke dalam sedikit air, kemudian masukkan ke dalam botol ‘spray’ kosong. Selepas itu semburkan pada bahagian pintu masuk atau laluan semut tersebut.

Mommy disarankan untuk mengulangi langkah ini beberapa kali sebaik saja larutan yang Mommy sembur tadi kering. Mommy akan dapat lihat hasilnya dalam beberapa hari.

2. Kulit kayu manis dan bunga cengkih

Kredit gambar : ringtimesbanyuwangi.pikiran-rakyat.com

Jika Mommy tidak suka akan bau cuka, Mommy boleh sahaja menggunakan serbuk kulit kayu manis dan bunga cengkih. Caranya dengan menaburkan serbuk kulit kayu manis dan bunga cengkih tersebut pada laluan semut dan biarkan ia selama beberapa hari.

Bagi Mommy yang ada ‘cinnamon essential oil’, Mommy boleh campurkan ia dengan sedikit air kemudian semburkan ia pada kawasan tersebut. Minyak ini bukan sahaja mewangikan rumah, malah semua semut juga akan hilang.

3. Serbuk kopi

Kredit gambar : edukasi.okezone.com

Untuk pengetahuan Mommy, serbuk kopi asli mempunyai bau yang sangat kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.

Apa yang harus Mommy lakukan ialah, ambil sedikit serbuk kopi dan letak di kawasan laluan masuk semut dan biarkan ia selama beberapa hari. Bau kopi itu akan membuatkan semut menjauhi kawasan tersebut dan tidak akan datang lagi.

4. Daun sirih

Kredit gambar : www.haibunda.com

Ambil beberapa helai daun sirih, cincang dan taburkannya pada tempat dimana semut selalu berkerumun. Bau daun herba ini dapat menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.

5. Air cili kering

Kredit gambar : semuanyajdt.com

Air rendaman cili kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Masukkan air rendaman tersebut ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan ia pada tempat laluan semut. Mommy juga boleh meletakkan beberapa tangkai cili kering di sekitar laluan semut bagi mengelak ia datang lagi.

6. Kulit telur

Kredit gambar : www.klikdokter.com

Cuci sehingga bersih kulit telur tersebut dan keringkan. Selepas itu tumbuk atau hancurkan kulit telur sehingga ia menjadi serbuk atau cebisan kecil. Kemudian bakar atau goreng tanpa minyak serbuk kulit telur itu sehingga ia garing. Setelah garing, tutup api dan biarkan sejuk sebentar.

Selepas itu Mommy bolehlah mengambil serbuk kulit telur dan taburlah di kawasan laluan semut itu atau di kawasan semut selalu berkerumun. jika ada lebihan serbuk kulit telur tersebut, jangan pula dibuang. Simpan ia di dalam bekas, nanti boleh diguna lagi. .

Selepas dua tiga hari jika serbuk kulit telur yang kita tabur sebelum ini sudah berkurangan, bolehlah ditabur sekali lagi. Boleh juga diletakkan di dalam laci, kaki meja makan, atau tepi almari.

Selain cara di atas, Mommy juga boleh sahaja bakar kulit telur sehingga ia menjadi abu. Kemudian, Mommy tabur abu tersebut pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

7. Kulit lemon atau oren

Kredit gambar : www.liputan6.com

Buah-buahan jenis sitrus ini mengeluarkan bau yang wangi untuk kita, tetapi tidak bagi semut dan serangga lain.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini. Mommy boleh gunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menghalau semut-semut dari mendiami rumah anda.

Selain itu, Mommy juga boleh mencampurkan daun limau purut yang dicincang untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

8. Daun pandan

Kredit gambar : id.wikipedia.org

Satu lagi petua untuk menghalau semut yang praktikal untuk Mommy gunakan ialah daun pandan. Cincang daun pandan, kemudian taburkan pada kawasan yang dilalui semut.

Daun ini juga boleh dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Selain menghalau semut, makanan juga bertambah harum dengan aromanya, tetapi jangan pula Mommy lupa mencucinya terlebih dahulu.

#9. Timun

Kredit gambar : doktersehat.com

Caranya adalah dengan menghiris atau mengisar timun dan diletakkan di sarang semut.

#10. Minyak wangi

Kredit gambar : www.infosantai.com

Cara yang paling mudah adalah dengan menyembur minyak wangi di tempat yang dikerumuni oleh semut.

11. Bercakap dengan semut

Kredit gambar : twitter @ameerahperak

Selain petua yang telah kami kongsikan di atas, petua yang terakhir ini adalah yang paling mudah untuk Mommy praktikkan. Mommy hanya perlu ‘bercakap’ dengan semut-semut tersebut. Ayatnya seperti berikut:

“Wahai tentera Nabi Sulaiman, kamu adalah makhluk Allah yang suka berzikir kepada Nya. Aku tidak mahu apa-apakan kamu. Kalau kamu mahu buat sarang, buatlah di luar rumahku, jangan buat di dalam rumah.”

Selain menggunakan cara semula jadi untuk menghalau semut, apa kata Mommy cuba dengan cara berdoa juga. Semoga ia mendapat perkenan Allah SWT.

Kesimpulannya, kehadiran serangga yang tidak diundang ke dalam rumah kita seperti semut ini memberikan rasa tidak selesa kepada kita semua, selain ia akan merosakkan makanan kita jika dibiarkan terdedah.

Di harap petua-petua yang telah kami kongsikan di atas dapat membantu Mommy dalam menangani masalah semut yang terdapat di dalam rumah anda.

Walau bagaimanapun, Mommy digalakkan memilih kaedah atau cara halau semut yang sesuai jika Mommy memiliki anak yang masih kecil.


Dapatkan tips dan cara pencegahan yang lain di SINI.