Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Ish, Cik Ti ni. Ada je!” 15 Cara Halau Tikus di Rumah Yang Berkesan

cara halau tikus

Kredit gambar : therohani.com

Bagi Mommy yang mengalami serangan tikus di rumah, dalam artikel ini kami kongsikan cara halau tikus menggunakan kaedah semulajadi dan juga moden. Tikus merupakan haiwan perosak yang terdapat di banyak negara sama ada di padang rumput, hutan, kawasan berbukit dan sebagainya.

Di Malaysia, tikus yang paling kerap dijumpai adalah tikus rumah atau rattus rattus diardii. Jika tidak dibasmi, tikus boleh menyebabkan jangkitan penyakit berjangkit melalui rembesan najis atau cecair yang mengandungi organisma seperti bicilli, rickettsia atau virus.

Apa Yang Buat Tikus Tertarik Dengan Rumah Mommy?

Walaupun banyak tempat untuk didiami, tikus tetap suka memasuki perkarangan rumah kediaman manusia. Antara sebab-sebabnya adalah:

  • Tempat perlindungan

Apabila keadaan cuaca yang tidak menentu seperti hujan yang menyebabkan berlakunya banjir atau pun tempat tinggal mereka dimasuki air, tikus yang kesejukan itu akan keluar mencari tempat perlindungan yang selamat dan hangat.

  • Makanan

Tikus juga memerlukan sumber makanan yang berterusan untuk terus hidup. Oleh itu, rumah manusia adalah pilihan yang tepat.

  • Tempat pembiakan

Membuat sarang di kawasan luar memberi risiko kematian yang tinggi kepada anak tikus kerana terdedah kepada pemangsa. Malah, tikus juga gemarkan bahan lembut seperti kertas dan kapas yang dihancurkan untuk membat sarang. Oleh itu, tempat yang sesuai untuk membiak adalah rumah.

Bagaimana Mommy Tahu Jika Rumah Telah Menjadi Kediaman Tikus?

Terdapat beberapa petunjuk yang boleh Mommy kenalpasti kehadiran mereka iaitu:

  • Kesan cakar atau gigitan pada bungkusan makanan, rak dan sebagainya.
  • Serbuk makanan atau serpihan makanan di rak, dapur atau tempat yang mempunyai makanan serta di lantai rumah.
  • Najis tikus iaitu butiran yang bersaiz kecil, berbentuk seperti oblong dan berwarna hitam. Selalunya mudah didapati di dalam laci almari, bawah sinki, bawah almari, laluan di atas rumah.
  • Sarang yang diperbuat daripada kain, kertas yang dihancurkan atau dicincang, rambut haiwan dan bahan-bahan lembut yang lain.
  • Bunyi bising seperti menggaru atau mencakar dinding terutama pada waktu malam.
  • Haiwan peliharaan sedang menyalak sesuatu, mencakar atau menyelongkar barang.

Cara Halau Tikus Secara Efektif

Berikut merupakan cara halau tikus iaitu:

#1. Gam tikus

Highlighted

Kredit gambar: www.tokopedia.com

Mommy boleh membelinya di kedai yang berhampiran dan letakkan di setiap laluan tikus dalam rumah.

#2. Perangkap tikus

Kredit gambar : shopee.com.my

Kaedah konvesional ini memang digunakan sejak zaman dahulu lagi. Letakkan di atas siling rumah atau belakang rumah dan kawasan dapur terutama di bawah sinki dan almari.

#3. Racun tikus

Kredit gambar : www.pinterest.com

Kaedah ini agak berbahaya tetapi sangat berkesan kerana dapat membunuh tikus dengan sangat cepat. Mommy hanya perlu taburkan di kawasan laluan tikus.

#4. Serbuk lada hitam

Kredit gambar : review.bukalapak.com

Tabur lada hitam dikawasan yang menjadi tumpuan tikus.

#5. Cuka

Kredit gambar : www.parapuan.co

Sama seperti serbuk lada hitam, titiskan cuka di dalam sebuah bekas dan letak di laluan tikus.

#6. Serai wangi

Kredit gambar : artikel.rumah123.com

Gunakan produk yang mengandungi pati serai wangi contohnya sabun, penyembur dan sebagainya dan sembur atau letak di kawasan-kawasan yang diterokai oleh tikus.

#7. Daun durian belanda

Kredit gambar : review.bukalapak.com

Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkannya di tempat yang selalu dilalui oleh tikus atau pun letakkannya di sarang tikus.

#8. Kapur barus

Kredit gambar : www.kompas.com

Petua seterusnya pula adalah kapur barus. Hancurkan beberapa kapur barus secara kasar dan taburkannya di kawasan-kawasan yang menjadi sarang tikus.

#9. Daun salam

Kredit gambar : www.popbela.com

Selain daun durian belanda, daun salam juga berfungsi untuk menghalau tikus dengan berkesan.

Daun salam mengandungi ethanol yang tidak disukai oleh tikus. Taburkan daun tersebut di tempat tikus dengan jumlah yang banyak.

#10. Buah mengkudu

Kredit gambar : blogs.insanmedika.co.id

Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda lalu letakkannya di sekitar kawasan tumpuan tikus.

#11. Bela kucing

Kredit gambar : www.gramedia.com

Selain daripada menjadi haiwan peliharaan, kucing juga dapat membantu menangkap dan mengusir tikus dengan berjaya.

#12. Sisa uncang teh

Kredit gambar : www.tehsariwangi.com

Ambil teh uncang yang Mommy telah gunakan dan letak atau gantung di kawasan yang dilalui tikus.

#13. Daun pandan

Kredit gambar : www.tokopedia.com

Selain menjadikan masakan beraroma wangi, daun pandan juga boleh digunakan untuk menghalau tikus.

Letakkan daun pandan di dalam rumah atau pun boleh juga ambil pokok pandan yang ditanam dalam pasu dan diletakkan dalam rumah.

#14. Minyak pudina

Kredit gambar: www.ruparupa.com

Sapukan minyak pudina pada kain lalu diletakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus.

#15. Syarikat pest control

Kredit gambar : mypestnews.com

Jika Mommy sudah melakukan semua tips di atas dan masih tidak berkesan, langkah terakhir adalah mengupah syarikat pest control untuk membasmi tikus.

Jadi bagi Mommy yang mempunyai gangguan atau serangan tikus di rumah, boleh cuba beberapa tips atau petua yang kami telah kongsikan. Semoga bermanfaat!


Cuba pelbagai hacks di rumah yang lain dengan klik SINI.