Terdapat banyak tips atau cara hias dapur sempit yang boleh Mommy ikut seperti dalam perkongsian kami di bawah ini. Untuk menghias dapur agar lebih cantik dan menarik bukan boleh diambil mudah, ia perlu kena dengan caranya apatah lagi jika ruangan berkenaan mempunyai ukuran yang sangat kecil.
Ruang dapur merupakan jiwa atau enjin yang menghidupkan sebuah rumah. Memiliki dapur yang bergaya dan mempunyai kelengkapan yang efisien merupakan idaman bagi semua wanita. Ramai yang menganggap, untuk memilikinya anda memerlukan ruang dapur yang besar.
Tetapi Mommy jangan terpedaya ye! Ruang dapur yang sempit juga boleh memberi impak kepada kediaman yang sempurna bergantung kepada cara Mommy semua mendekonya. Macam mana caranya?
Jom lihat perkongsian di bawah ini mengenai tips atau cara hias dapur sempit atau mempunyai ukuran yang kecil ini.
Cara Hias Dapur Sempit Dengan Teknik Mudah
#1. Cara Susunan
Untuk dapatkan pandangan yang menarik bagi dapur yang sempit, langkah pertama yang Mommy perlu buat adalah menyusun alatan atau perabot dapur dengan kedudukan yang betul.
Sangat penting untuk Mommy pertimbangkan susun atur dengan teliti bagi memastikan setiap inci dapur digunakan sebaik mungkin.
Pakar profesional berpendapat bahawa susunan peti sejuk, dapur dan sinki pada kedudukan yang ideal adalah dalam titik segi tiga dan jarak antara setiap satu pula tidak terlalu jauh.
#2. Backsplash Bercermin atau Warna Terang
Cara kedua pula adalah dengan menggunakan backsplash bercermin atau berwarna terang yang menghasilkan pantulan dapat menjadikan dapur anda kelihatan lebih luas.
Dengan pilihan backsplash jenis ini. Mommy tidak perlu khuatir untuk membuat pilihan skema warna cat di dinding kerana tidak lagi terikat dengan warna terang dan boleh bermain dengan mana-mana warna kegemaran Mommy.
#3. Hitam dan Putih
Bagi Mommy yang kurang arif dalam membuat pilihan warna, boleh pilih warna selamat iaitu hitam dan putih.
Caranya adalah dengan mengecat keseluruhan ruang dapur dengan warna putih manakala untuk perabot pula, Mommy pilih yang berwarna hitam.
Ia menggabungkan gaya tradisional dan moden untuk menghasilkan rupa monokromatik dengan gelaran “Dapur tuksedo” di mana dapat menjadikan ruang dapur Mommy lebih segar dan menarik.
#4. Panel Kayu Menegak
Untuk Mommy yang minat dengan gaya penuh kedesaan, boleh pasang panel kayu menegak di dinding untuk wujudkan suasana tersebut.
Selain menampilkan gaya dapur desa, panel kayu dengan ciri menegak ini juga mampu menambah watak dan menjadikan dapur lebih luas dengan perincian yang sangat ringkas.
Jadi, Mommy tak perlu lagi aksesori yang banyak untuk mencantikkan ruang tersebut!
#5. Pancaran Cahaya
Seperti biasa, langkah mudah untuk hias rumah yang seterusnya adalah dengan mewujudkan sistem cahaya yang efisien.
Sangat memenatkan apabila Mommy bersusah-payah menghias dapur tetapi pilihan lampu pula tidak tepat malah cahayanya juga kurang, terus tenggelam dekorasi yang Mommy buat!
Jadi, apa kata kalau Mommy pilih lampu yang boleh memberi kejutan atau menambah visual seperti lampu dengan rak terbuka serta wayar tembaga gaya industri ini!
#6. Reka Bentuk Dengan Gaya Japandi
Jepun terkenal dengan gaya yang ringkas tapi masih lagi mengekalkan ciri menarik yang sangat sesuai untuk ruang kecil.
Oleh itu, mengambil inspirasi dari reka bentuk Jepun, Mommy boleh lampirkan idea minimalis tersebut dengan pilihan bahan seperti kayu dengan gabungan jubin berkilat yang menambah tekstur dan kehangatan pada kabinet dapur.
#7. Cara Hias Dapur Sempit Dengan Rel Hitam Dan Cangkuk
Bagi ruangan sempit, Mommy kurang digalakkan untuk memiliki kabinet bertutup di bahagian atas kerana ia akan menyebabkan ruang tersebut menjadi lebih berat dan padat.
Oleh itu, alternatif lain untuk penyimpanan barang terutama cawan, Mommy boleh gunakan rel yang mempunyai penyangkuk.
Di bahagian atas rel pula, boleh gantung rak jenis terbuka untuk mendapatkan ruang simpanan tambahan dan mengimbangi pandangan pada dinding dapur.
#8. Cara Hias Dapur Sempit Dengan Cat Siling
Antara cara mudah jadikan ruang sempit lebih menarik adalah dengan mengecat bahagian siling dapur.
Siling yang telah dicat dengan warna luar biasa akan membuat mata sesiapa sahaja akan terpaku melihatnya. Ia juga akan mencipta ilusi dengan menjadikan pandangan dapur anda lebih tinggi daripada ukuran yang sebenar.
Pakar profesional mencadangkan cara untuk dapatkan impak yang besar, Mommy boleh menggunakan cat dengan nada lembut dan serlahkannya dengan tahap kilauan yang berbeza.
#9. Cara Hias Dapur Sempit Dengan Manfaatkan Ruang
Reka bentuk dapur sempit memerlukan ia bekerja dua kali lebih keras kerana kekangan ruang yang ada. Ini bermaksud, Mommy perlu membuat perancangan dengan memanfaatkan setiap ruang yang ada dengan sebaik mungkin.
Ruang sempit dengan kewujudan pelbagai barangan menjadikan ia lebih serabut dan merimaskan. Oleh itu, fikirkan dengan jelas apakah yang penting dan perlu ada agar dapur Mommy sentiasa dalam kemas dan teratur serta cukup simpanan.
#10. Cara Hias Dapur Sempit Dengan Pilih Jubin Semula Jadi
Pilih jubin matte dalam rona terang dan semula jadi atau Mommy boleh juga pilih jubin berkilat yang dapat memantulkan cahaya dengan cara yang terbaik dalam mewujudkan ruang.
Pilihan jubin kecil dan bercorak berat perlu dielakkan kerana walaupun ia tampak menarik tetapi mampu menyebabkan ruang menjadi lebih sempit.
#11. Cara Hias Dapur Sempit Dengan Kemasan Estetik
Menurut Ben dari Kitchen Makers, “Reka bentuk sederhana dengan garisan bersih cenderung berfungsi paling baik dalam jenis ruang ini, namun, anda boleh menambah sentuhan kemewahan dan gaya dengan menyatakan lebih banyak pemegang hiasan atau percikan belakang pernyataan dan pencahayaan yang baik“.
Oleh itu, untuk mendapatkan nilai estetik, Mommy perlu tambah butiran kecil yang mewah pada dapur untuk serlahkan ruangan tersebut.
#12. Cara Hias Dapur Sempit Dengan Pilihan Meja Dapur
Ruang sempit tidak membolehkan anda mempunyai meja makan besar yang mana akan mengganggu fungsi ruangan tersebut. Oleh itu, pilihan terbaik adalah dengan memasang meja dapur kecil yang boleh dilipat atau dirapatkan ke dinding.
Manakala untuk pilihan kerusi duduk pula, Mommy boleh memilih kerusi yang boleh disorong masuk atau ditarik keluar jika ingin menggunakannya.
#13. Bina Pulau Bercorak
Cara hias dapur sempit seterusnya adalah dengan membina pula yang mempunyai corak menarik. Mommy boleh pilih corak berulang yang besar agar ia tidak kelihatan sarat.
Dengan adanya pulau bercorak, ia mampu mengalihkan pandangan tetamu terus ke arahnya dan membuatkan mereka tidak menyedari bahawa dapur tersebut adalah sempit.
#14. Storan Alternatif
Memiliki dapur yang sempit memang merunsingkan apatah lagi jika ia berkait dengan penyimpanan barangan dapur.
Oleh itu, bagi memastikan ruang storan adalah kemas, teratur dan tidak memakan ruang, Mommy boleh jadikan unit rak gaya tangga sebagai storan tambahan untuk meminimumkan ruang simpanan di ruang lantai.
Ia bukan sahaja efektif tetapi turut menjadikan ruangan tersebut tampak lebih bergaya.
#15. Elemen Tumbuhan
Ruang sempit akan membuatkan rasa sesak di dada dan merimaskan pandangan. Oleh itu, untuk menyelamatkan keadaan, wujudkan alam semula jadi di dalam ruang dapur Mommy.
Tidak perlu terlalu sarat, memadai dengan satu atau dua jenis tumbuhan sudah cukup membuatkan pengedaran udara di ruang berkenaan menjadi lebih segar dan tenang.
Semoga dengan perkongsian ini, Mommy semua gembira dengan hasilnya nanti!
Dapatkan panduan dan tips menarik yang lain dengan klik SINI!