Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Masyamnya!” Ketahui Punca Dan Cara Mudah Untuk Hilangkan Masalah Bau Badan Anak

Terdapat perbezaan bau badan pada kanak-kanak iaitu antara badan anak menjadi berbau disebabkan alam sekitar atau mengalami masalah bau badan.

Perubahan hormon saat memasuki masa pubertas bukan satu-satunya alasan timbulnya bau badan pada anak.

Namun, bau busuk pada badan anak boleh terjadi disebabkan hal yang lain seperti faktor kebersihan yang tidak bersih dan juga gangguan kesihatan.

Punca Bau Badan Anak

Bau badan adalah berpunca daripada bakteria yang tertarik kepada peluh yang keluar daripada badan manusia.

Mommy perlu tahu bahawa terdapat 2 jenis kelenjar yang mengeluarkan peluh iaitu kelenjar peluh Eccrine dan kelenjar peluh Apocrine.

Highlighted


  • Kelenjar peluh Eccrine

Kelenjar ini mengeluarkan peluh ketika anak sedang demam, makan sesuatu yang pedas atau ketika suasana persekitaran adalah panas.
Peluh ini dikeluarkan dalam bentuk cecair dan dapat mengekalkan suhu badan manusia.
  • Kelenjar peluh Apocrine

Kelenjar ini sensitif kepada adrenalin dan mengeluarkan peluh setiap kali anak terlibat dengan aktiviti fizikal atau sedang berada dalam keadaan beremosi seperti takut, gelisah, stres atau terangsang secara seksual.

Peluh ini dikeluarkan dalam bentuk cecair berminyak, lutsinar dan tidak berbau. Namun, ia akan mula berbau apabila berinteraksi dengan bakteria yang terdapat pada kulit atau pakaian.

Kebiasaannya, peluh yang dikeluarkan oleh kanak-kanak adalah daripada kelenjar Eccrine dan kelenjar Apocrine pula hanya akan menjadi aktif selepas akil baligh.

Antara faktor luaran yang menjadi punca kepada masalah bau badan kanak-kanak adalah:

  • Tidak menjaga kebersihan: jarang mandi, bahagian ketiak dan ari-ari yang kotor juga akan menyebabkan bakteria berkumpul di kawasan terbabit lalu menyebabkannya berbau.
  • Akil baligh: perubahan hormon yang berlaku dalam badan akan merubah fizikal dan menyebabkan kelenjar peluh mulai menjadi aktif.
  • Tabiat pemakanan: kanak-kanak yang gemar makan makanan yang berbau tajam seperti bawang, daging, ikan, telur, produk tenusu dan lain-lain.
  • Keadaan kesihatan: sakit buah pinggang atau hati, diabetes dan keradangan organ juga boleh menyebabkan badan berbau.

7 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bau Badan Anak (dan Mommy/Daddy!)

1. Mandian jus lemon 

Jus lemon mampu meningkatkan tahap pH badan dan memastikan ia kering dan menghalang pertumbuhan bakteria.

Mommy boleh tambahkan beberapa titis jus buah ini ke dalam air mandian anak.

2. Sapuan jus lemon 

Mommy boleh campurkan sesudu jus lemon dalam secawan air.  Kemudian rendamkan kapas di dalam air tersebut dan sapukan pada ketiak anak.

Biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

3. Mandian jus tomato 

Campurkan air mandian dengan dua cawan jus tomato – biarkan ia untuk tempoh beberapa minit sebelum digunakan.

Mandikan anak Mommy dengan air tersebut.

4. Cuka epal 

Ambil beberapa kapas dan rendam dalam cuka epal lalu sapukan pada bahagian badan yang kuat berpeluh selama beberepa minit sebelum mandi.

5. Daun neem 

Neem atau pokok mambu (semambu) merupakan antara cara hilangkan bau badan kanak kanak yang berkesan untuk Mommy cuba.

Daun neem dapat melawan bakteria yang terdapat dalam peluh, sekali gus menghilangkan bau badan.

Rebuskan daun ini terlebih dahulu. Air rebusan daun tersebut kemudiannya perlu dicampurkan bersama air mandian. Lalu, mandikan anak seperti biasa.

6. Rosemary

Pokok rosemar ini dikatakan mempunyai sifat antikulat dan antimikrob, mungkin dapat membantu menyingkirkan bakteria pada kulit anak.

Rebuskan daun herba ini bersama secawan air. Kemudian campurkan air rebusan tersebut bersama air mandian anak.

 

7. Deodarant 

Deodarant sudah snonim hanya untu kegunaan orang dewasa sahaja. Namun, tiada had usia tertentu untuk menggunakan deodorant sebab ia bergantung kepada keperluan seseorang.

Kanak-kanak juga boleh menggunakan deodarant untuk mengatasi masalah bau badan tapi Mommy perlu memastikan pemilihan jenis deodarant yang sesuai bagi mengelakkan kegatalan pada kanak-kanak.

Sebagai contoh, masalah bau badan anak yang terlampau sehingga menjadi bahan ejekan rakan sekolah. Ia akan menganggu emosi anak tersebut.

Pastinya menjadi kerisauan ibu bapa apabila anak mengalami masalah bau badan.

Masalah bau badan untuk kanak-kanak antara usia 3- 8 tahun bukanlah sesuatu yang boleh dipandang biasa.

Mommy perlu merujuk doktor untuk dapatkan kepastian mengenai masalah tersebut.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan lebih banyak info tentang penjagaan kanak-kanak di SINI.