Bau badan adalah masalah yang dapat mengurangi rasa percaya diri seseorang. Bau badan terhasil apabila peluh berinteraksi dengan bakteria di kulit di mana keadaan ini akan menyebarkan aroma yang tidak sedap. Terdapat beberapa cara hilangkan bau badan yang dapat kita semua amalkan.
Antara cara yang perlu diutamakan adalah dengan menjaga kebersihan agar masalah bau badan ini tidak berlarutan. Selain menjaga kebersihan, terdapat 20 cara hilangkan bau badan yang sangat berkesan untuk mencegah masalah bau badan yang kami kongsikan dalam perkongsian kali ini. Jadi, untuk ketahui apakah caranya, pastikan anda terus membaca!
Sebenarnya, peluh itu sendiri tidak berbau, tetapi ketika bakteria pada kulit bereaksi dengan peluh, hal ini dapat menyebabkan bau yang tidak sedap. Kalau anda nak tahu, jumlah peluh yang dikeluarkan oleh tubuh tidak selalu berpengaruh pada bau badan.
Jadi, tidak hairanlah ada individu yang tidak berpeluh tetapi masih lagi mempunyai bau badan yang busuk. Malah, di sisi lain, terdapat juga individu yang banyak berpeluh tetapi tidak mempunyai masalah bau badan atau menyebabkan bau yang tidak sedap dihidu.
Menurut Klinik Cleveland, peluh adalah proses pelepasan cairan oleh kelenjar keringat atau peluh ke permukaan kulit.
Sebenarnya terdapat dua jenis kelenjar peluh yang dikenali sebagai ekrin dan apokrin. Kelenjar apokrin adalah kelenjar di mana ia mampu untuk menghasilkan bau badan.
Berpeluh ini juga merupakan proses alami tubuh, namun disebabkan beberapa faktor seperti pengambilan makanan tertentu, kebersihan diri, faktor genetik, dan kondisi kesihatan juga dapat mempengaruhi bau badan.
Malah, perubahan dalam jumlah peluh atau bau badan juga sebenarnya dapat menunjukkan masalah kesihatan. Untuk informasi lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah bagi mengetahui cara menghilangkan bau badan!
Cara Hilangkan Bau Badan Secara Alami dan Efektif
Bau badan yang tidak sedap seringkali menjadi masalah yang memalukan dan mengganggu kepercayaan diri. Namun, jangan risau kerana terdapat berbagai cara alami dan efektif yang dapat anda lakukan untuk menghilangkan bau badan. Berikut ini adalah beberapa tips yang boleh dicuba iaitu:
#1. Gunakan Antiperspirant
Antiperspirant adalah salah satu cara yang sangat efektif untuk mengatasi peluh dan bau badan yang anda hadapi. Namun, penggunaannya sebaiknya tidak dilakukan setiap hari agar kulit anda dapat dapat bernafas. Sebaiknya, gunakan antiperspirant selama 2-3 hari.
#2. Gunakan Sabun Antiseptik
Sabun antibakteria juga dapat membantu membersihkan bakteria jahat pada kulit yang menjadi penyebab bau badan. Cari produk sabun antiseptik atau antibakteria yang dijual di kedai atau farmasi terdekat.
#3. Gunakan Minyak Pati
Setelah mandi, gunakan minyak pati dan urut lembut pada area ketiak anda. Hal ini dapat membantu kulit pulih dan tumbuh kembali.
#4. Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Menggunakan Bedak
Cara seterusnya adalah dengan menggunakan bedak. Sapu bedak pada area tubuh yang cenderung berbau, seperti ketiak, lutut, dan tumit. Bedak dapat membantu menyerap kelembapan dan menghilangkan bau badan.
#5. Gunakan Minyak Wangi
Setelah mandi, gunakan minyak wangi segar atau minyak wangi tubuh sesuai dengan jenis kulit Anda.
#6. Waxing Ketiak
Penelitian yang dilakukan oleh Anthony Lanzalaco, pada tahun 2016 di Pusat Informasi Bioteknologi Nasional menunjukkan bahawa tindakan mencukur atau mencabut bulu ketiak secara signifikannya dapat mengurangkan bau ketiak.
#7. Pertimbangkan Pembedahan
Dalam kondisi yang teruk, operasi pembedahan untuk dilakukan untuk menghilangkan bau badan. Operasi ini dijalankan untuk mengangkat kelenjar peluh di bawah lengan atau menghentikan signal saraf untuk mencapai kelenjar peluh.
#8. Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Baking Soda
Ambil baking soda dan jadikannya sebagai paste. Oleskan paste tersebut di ketiak dan biarkan ia kering. Baking soda ini dapat membantu menyeimbangkan kadar asid pada kulit dan mengurangi masalah bau badan.
#9. Teh Hijau
Cara hilangkan bau badan yang seterusnya adalah dengan mengamalkan teh hijau. Caranya adalah dengan merendam teh hijau dalam air panas lalu tempatkan rendaman teh di bawah ketiak selama beberapa minit setiap hari. Teh hijau dapat membantu membuka pori-pori kulit dan mengurangi pengeluaran peluh.
#10. Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Cuka Epal
Campurkan cuka epal dengan sedikit air dalam botol semburan dan sembur campuran tersebut pada ketiak sebelum tidur. Keesokan pagi, bilas dengan air suam sehingga bersih.
#11. Jus Lemon
Campurkan jus lemon dengan air dalam botol semburan. Sembur campuran tersebut di bawah lengan. Asid yang terdapat dalam jus lemon dapat membunuh bakteria penyebab bau badan.
#12. Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Tawas
Cara seterusnya adalah dengan menggunakan tawas yang dicampur dengan air. Cara ini juga sangat efektif untuk mengurangkan bau badan. Sapu tawas pada area tubuh yang cenderung berbau seperti ketiak dan kaki.
#13. Serbuk Kayu Manis
Serbuk kayu manis yang dicampur dengan air juga dapat membantu mengurangkan bau badan di area yang mudah berbau seperti ketiak.
#14. Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Tomato
Tomato juga merupakan bahan alami yang dapat membantu menghilangkan bau ketiak. Caranya adalah dengan membuat jus tomato dengan menambahkan sedikit jus lemon di dalamnya. Kemudian oleskan campuran tersebut di sekitar ketiak selama 10 minit, lalu bilas dengan air.
#15. Kawal Stress
Stress dapat menyebabkan pengeluaran peluh menjadi lebih banyak. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk anda mengawal stres dan belajar teknik pengurangan kecemasan agar dapat mengurangkan reaksi fisiologis yang memicu pengeluaran peluh.
#16. Gunakan Pakaian yang Serap Peluh
Selain itu, anda juga perlu memakai pakaian yang mudah serap peluh dan tidak tebal. Menggunakan pakaian yang tepat akan membuat tubuh tetap segar dan hindari penggunaan pakaian yang diperbuat daripada bahan yang tidak dapat menyerap keringat.
#17. Hindari Konsumsi Alkohol dan Makanan Tertentu
Menghindari pengambilan minuman yang mempunyai alkohol dan beberapa jenis makanan tertentu juga dapat membantu menghilangkan bau badan. Contohnya seperti makanan yang mengandungi banyak bawang merah dan bawang putih.
#18. Jaga Kebersihan Diri dan Kebersihan Pakaian
Sentiasa jaga kebersihan diri dengan kerap mandi dan memakai pakaian yang bersih juga membantu menghindarkan diri dari masalah bau badan.
#19. Elakkan Pakai Kasut Bertutup
Selain pakaian, kasut yang bertutup juga mampu membuatkan kaki anda berbau disebabkan pengeluaran peluh. Oleh itu, elakkan dari memakai kasut bertutup untuk tempoh yang lama dan jika anda perlu untuk memakainya, sentiasalah tukar stokin.
#20. Cara Hilangkan Bau Badan Dengan Rutin Olahraga
Meskipun berolahraga membuat tubuh anda berpeluh, tetapi dengan berolahraga juga ia dapat membantu menghilangkan bau badan. Hal ini disebabkan olahraga yang teratur dapat membantu mengeluarkan lemak dan peluh serta menjadikan pori-pori kulit tidak lagi tersumbat.
Selain itu, olahraga juga dapat membantu tubuh untuk bersantai dan mengurangi stress yang dapat memicu pengeluaran peluh serta sebabkan masalah bau badan.
Dengan mengikuti tips di atas, Anda dapat menghilangkan bau badan yang tidak sedap dan merasa lebih segar sepanjang hari. Namun ingat, sangat penting untuk anda cuba menggabungkan beberapa kaedah di atas dan menyesuaikannya dengan kondisi kulit dan masalah yang dihidapi Anda. Selamat mencuba!
Dapatkan pelbagai lagi tips dan petua menarik yang lain di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.