Apabila Mommy simpan bermacam jenis makanan dalam peti ais, untuk jangka masa yang panjang pula, akan menghasilkan bau yang tidak enak dalam peti sejuk.
Buah durian bercampur dengan nangka, bawang merah yang dihiris dan bermacam lagi, pastinya akan menjejaskan bau makanan yang lain.
7 Cara Hilangkan Bau Peti Ais
Dah jadi macam ni, mana boleh dibiarkan je Mommy. Kalau kita simpan roti atau kek ke, memang akan berubah rasanya nanti.
Cara yang terbaik adalah, kita kena clear kan balik bau yang tak best ni. Jom, kita cuba beberapa kaedah ni:
#1. Guna baking soda
Baking soda ni memang banyak kegunaannya kan? Menurut Times Food, salah satunya adalah untuk menghilangkan bau dalam peti ais lah.
Mommy letakkan je sepiring serbuk penaik ni di dalam peti sejuk. Biarkan ia berkerja selama beberapa jam untuk menyerap bau-bau yang tak enak tu.
Nanti kalau nak buang, boleh je guna untuk sental lantai bilik mandi ke. Tak membazir kan.
#2. Guna cuka makan
Selain daripada itu, boleh juga gunakan cuka makan di rumah tu Mommy. Tuangkan je cuka makan ke dalam mangkuk dan biarkan seperti serbuk penaik tu.
Cuka ni, ia boleh neutralkan bau tak enak tu. Cuba dulu ya?
#3. Guna buah lemon
Ini selalu kita dengar kan? Potongkan je buah lemon kepada beberapa keping dan letakkan je di sekitar ruangan dalam peti ais Mommy.
Bau lemon ni memang menyegarkan dan ia boleh menghilangkan odour. Kalau Mommy nak cuba cara lain, boleh perahkan jusnya ke dalam mangkuk dan biarkan seperti kaedah guna cuka makan.
#4. Guna arang
Pernah cuba tak cara ni Mommy? Orang kata, arang ni sifatnya menyerap. Ia boleh menyerap bau di sekitarnya dengan elok. Seakan-akan penapis gitu.
Cuba ambil beberapa ketul arang, hancurkan ia menjadi serbuk dan letakkan di dalam mangkuk. Biarkan mangkuk ini di dalam peti sejuk selama beberapa hari, pasti akan berkurang bau tak enak dalam peti ais.
#5. Guna serbuk kopi
Mommy perasan tak, kalau kita ke kedai minyak wangi, mereka ada menyediakan serbuk atau biji kopi untuk dihidu supaya bau minyak wangi tu dapat dineutralkan?
Haa.. serbuk kopi memang elok untuk reset bau tau. Untuk lebih berkesan, gunalah serbuk kopi berbanding biji kopi dan letakkan di dalam piring, dalam peti ais.
Serbuk kopi ni akan refresh balik bau peti ais Mommy!
#6. Guna serbuk teh
Bila kita guna sekali je uncang teh, selalunya kita simpan dalam peti kan? Kalau Mommy simpan terdedah macam tu je, perasan tak bila guna balik, rasa air teh akan berubah?
Ini disebabkan serbuk teh pun berfungsi macam filter seperti serbuk kopi. Dah dibiarkan macam tu, habis diserapnya bau tak elok.
Bolehlah cuba, letakkan beberapa uncang teh ke dalam peti sejuk.
#7. Guna tisu kering
Ini adalah tips terbaru yang sedang viral sekarang. Ramai yang cakap, tak perlu susah-susah buat macam-macam.
Ambil je beberapa keping tisu kering, tisu dapur tu, letakkan je dalam ruangan peti ais. Dalam beberapa jam je, bau tak enak akan diserap oleh tisu tu.
Senang kan, memang kena cuba ni!
Cara Hilangkan Bau Peti Ais
Banyak je kan cara yang kita boleh cuba? Semoga berhasil dan bau peti ais Mommy segar kembali!
Dapatkan pelbagai tips dan hacks yang lain di SINI.