Sakit gastrik ni bukan main-main kan? Boleh berguling-guling apabila ia menyerang. Ada perbezaan tau sakit gastrik ni dengan sakit perut yang biasa.
Bukan kerana sakitnya sahaja. Bila dah terkena tu, boleh bagi kesan yang lain pula gastrik ni.
Cara Hilangkan Gastrik
Sebab itulah kita kena ubah cara pemakanan dan gaya hidup kita. Perubahan pada pemilihan makanan dan cara hidup kita, dapat membantu menghilangkan gastrik.
Jika secara berdisiplin, mungkin ia boleh hilang sepenuhnya dengan jayanya tau Mommy. Jom, kita cuba beberapa cara ini di rumah:
#1. Elakkan makanan berminyak
Menurut perkongsian dairpada Ana Suhana, mereka yang terkena gastrik ni boleh menghilangkan dan merawatnya dengan bermula daripada pemakanan.
Bukan orang yang ada gastrik je. Mereka yang sihat pun rasa tak sedap perut kalau makan makanan berminyak kan? Terutamanya kalau dalam kuantiti yang banyak, boleh meragam perut nanti.
Mommy yang ada gastrik kena pantang makanan berminyak tau!
#2. Kurangkan makanan yang pedas dan masam
Selain itu, makanan yang pedas dan masam pun tak boleh ya. Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran, kenalah pilih yang sesuai.
Sebagai contoh, buah citrus yang masam seperti grapefruit macam tu, memang kurang sesuailah ya. Kalau Mommy jenis hantu pedas, cuba kurangkan dan ambil sambal sekadarnya, hanya untuk menaikkan rasa je ya?
#3. Jangan minum kopi
Minuman kopi ni kaya dengan caffein dan secara umumnya, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada perut Mommy. Gastrik boleh menjadi semakin teruk nanti.
#4. Amalkan minum air kelapa
Air kelapa kan bagus untuk kesihatan kita. Bahkan ia boleh menawarkan kesan ubat dalam badan. Maksudnya, air kelapa ni berperanan sebagai neutralizer gitu lah.
Cuba amalkan minum air ni secara berkala. Tetapi yang asli tanpa ais dan gula tau.
#5. Makan madu setiap hari di waktu pagi
Ana Suhana juga ada kongsikan bahawa beliau mengamalkan pengambilan madu setiap hari di waktu pagi dalam keadaan perut kosong.
Caranya, minum madu sesudu besar dan kemam dalam mulut sebelum telan. Biarkan sekejap gitu.
#6. Banyakkan pengambilan probiotik
Gastrik ni kan keradangan dalam perut dan makanan yang ada probiotik dipercayai dapat membantu mengurangkannya dengan merawat sistem usus Mommy.
Seeloknya ambil yang semula jadi dan daripada sayur dan buah-buahan lah. Contohnya, kimchi dan acar buah.
#7. Amalkan minum susu kambing
Di samping itu, susu kambing pun dipercayai dapat menghilangkan sakit gastrik tau. Sifatnya yang beralkali dan mudah dihadam tu bagus dan lembut untuk sistem usus kita.
Boleh cuba dulu sikit dan tengok kesannya.
#8. Kurangkan makanan tenusu seperti susu dan coklat
Eh.. katanya bagus minum susu kambing. Tetapi ni tak boleh pula minum susu? Bukan macam tu Mommy. Susu kambing tak sama dengan susu lembu.
Yang tak elok untuk gastriknya, susu lembu secara umumnya dan produk tenusu lain seperti coklat. Walaupun tak pedas atau masam, sesetengah makanan dan minuman tenusu boleh membuatkan gastrik semakin teruk.
#9. Kurangkan makanan berproses dan yang diawet
Bukan tu je, menurut healthline, makanan yang berproses seperti frozen fries dan yang diawet seperti makanan dalam tin pun tak sesuai ya.
#10. Kurangkan gula dan makanan bergula
Jangan tak tau Mommy. Gula ni memang bahaya untuk banyak sebab dan antaranya untuk pesakit gastriklah.
#11. Makan sedikit tetapi kerap
Dah sibuk berkerja, jaga anak bagai, selalu tak Mommy skip waktu makan? Lepas tu bila dah nak makan tu, makan banyak sekali gus.
Tabiat ini tak bagus ya dan kena ubah betul-betul untuk pulihkan gastrik. Cuba makan sedikit-sedikit tetapi kerap ya?
#12. Kurangkan merokok
Merokok pun boleh buatkan simptom gastrik semakin teruk tau. Dengan kurangnya merokok, ini merupakan salah satu cara hilangkan gastrik yang turut berkesan. Cuba kurangkan pengambilan rokok secara beransur dan perlahan-lahan berhenti.
Yang terbaiknya adalah berhenti teruslah. Merokok ni kita pun tahu tiada nutrisi untuk badan kita kan malah banyak mudarat pula.
Pentingnya Gaya Hidup Sihat
Kalau Mommy tengok, banyak cara untuk hilangkan gastrik ni adalah dengan melalui pemakanan dan cara hidup kita kan?
Mungkin cara kita selama ni memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kita. Yelah.. masa muda-muda tak terasa lagi. Bila dah makin berusia ni yang semakin teruknya.
Sebab itulah kena jaga dari muda kan. Bolehlah cuba petua hilangkan gastrik di atas ya?
Ikuti tips kesihatan yang lain seperti di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.