Merisaukan apabila hingus bayi masih lagi tidak sembuh dan semakin bertambah risau apabila ia makin berlarutan serta bertambah teruk dan sekarang berkahak pula! Sedihnya, walau pelbagai cara hilangkan kahak bayi sudah dicuba tetapi ia tetap juga taknak hilang!
Jangan risau Mommy! Bagi membantu Mommy mengembalikan kesihatan si manja, di bawah ini, kami telah kongsikan beberapa cara hilangkan kahak bayi yang terbukti berkesan dan tidak berbahaya kepada si kecil. Jadi, untuk mengetahui apakah caranya, jom lihat perkongsian ini!
Kalau Mommy nak tahu, kahak dan lendir sebenarnya berfungsi untuk melindungi saluran pernafasan bayi kita daripada kemasukan virus dan bakteria dan penyebab utama pembentukan lendir di tekak adalah terdapat pelbagai jenis jangkitan yang mungkin termasuk selesema dan influenza.
Bayi yang masih lagi kecil mempunyai daya ketahanan tubuh yang rendah dan mereka masih lagi belum berkembang dengan sepenuhnya. Oleh itu, faktor luaran menjadi penyebab kepada jangkitan di saluran pernafasan. dan sebab itulah si manja mudah terdedah kepada penyakit.
Malah, apabila bayi jatuh sakit keupayaan mereka untuk mengeluarkan kahak juga adalah sangat lemah.
Terdapat juga beberapa faktor lain yang boleh menjadi penyebab kahak di kerongkong bayi, antaranya adalah jangkitan selesema dan tekak di mana ia akan menyebabkan kahak berlebihan dan batuk yang melampau serta disebabkan oleh tindak balas alahan bermusim.
Cara Hilangkan Kahak Bayi
#1. Menggunakan Daun Sirih
Cara lain untuk hilangkan kahak bayi adalah dengan menggunakan daun sirih yang terkenal dengan kebaikannya. Caranya adalah dengan mengambil dua helai daun sirih lalu dilayurkan di atas api dapur ataupun lilin dan disapukan vicks di atas daun tersebut setelah selesai melayur.
Setelah itu, Mommy letak sehelai daun sirih yang telah dilayur di bahagian dada manakala satu lagi di bahagian belakang badan bayi.
#2. Beri Makanan Yang Kaya Nutrien
Mommy boleh memberikan makanan yang tinggi nutrien sekiranya bayi sudah pun berusia lebih daripada 6 bulan. Beri makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan juga sayur-sayuran.
Mommy perlu banyakkan pengambilan vitamin pada bayi. Hal ini bagi memberi kekuatan kepada sistem tubuh bayi untuk melawan jangkitan kuman. Lebihkan makanan yang mengandungi omega kerana ia berupaya untuk mencairkan kahak.
#3. Hilangkan Kahak Bayi Guna Kaedah Tepuk Percussion
Sebelum Mommy melakukan kaedah ini pastikan anda mengetahui cara yang betul untuk melakukannya.
Pastikan bayi tidak diberi minum susu iaitu dalam tempoh masa 30 minit hingga sejam. Hal ini bagi mengelakkan bayi muntah semasa teknik ini dilakukan. Cara-cara untuk melakukan teknik tepukan ini adalah:
- Letakkan bantal di bawah perut bayi sebelum meletakkan bayi dalam posisi meniarap.
- Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala anak di bawah dan pastikan keadaan kaki mereka dalam keadaan lurus.
- Bentukkan tapak tangan seperti cupping kemudian tepuk perlahan belakang bayi.
- Teruskan tepukan percussion ini selama 15 minit untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru.
- Apabila selesai menepuk, kahak bayi biasanya akan keluar melalui batuk atau bersin.
- Setelah Mommy melihat kahak mulai keluar, sedut kahak tersebut dengan picagari disebabkan bayi masih lagi belum pandai menghembus hidung mereka dengan sendiri.
- Pastikan picagari tersebut dibersihkan setiap kali Mommy membuang kahak begitu juga dengan tangan anda.
Untuk keselamatan, adalah lebih baik sekiranya Mommy merujuk dan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan kaedah ini untuk mengelakkan sebarang komplikasi bahaya.
#4. Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Picagari Mentol dan Saline
Penggunaan garam dan teknik picagari mentol boleh membantu membersihkan saluran hidung bayi dan memudahkan mereka bernafas dengan betul.
Caranya adalah dengan menyembur satu atau dua semburan ke dalam kedua-dua lubang hidung bayi untuk membuatkan lendir tersebut menipis.
Mommy perlu tunggu selama beberapa saat sebelum memasukkan picagari ke dalam lubang hidung. Setelah itu, Mommy picit mentol picagari untuk menyedut keluar lendir dari lubang hidung.
Pastikan Mommy hanya memasukkan picagari satu perempat daripada lubang hidung. Setiap kali keluarkan kahak, sterilkan picagari dengan membasuhnya menggunakan air panas dan biarkan ia kering sebelum digunakan.
#5. Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Air Humidifier
Antara cara terbaik untuk melembapkan saluran hidung bayi dan menipiskan lendir di kerongkong dan hidung untuk membantu memulihkan pernafasan yang betul adalah dengan menggunakan air humidifier.
Ia dapat membantu menghasilkan kelembapan dalam hidung dan membolehkan bayi mengeluarkan lendir. Pelembab udara ini juga dapat membantu bayi anda untuk bernafas dengan lebih baik terutama pada waktu malam.
#6. Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Minyak Pati
Mommy juga boleh menggunakan minyak pati untuk membantu membersihkan kahak bayi di kerongkong.
Sebelum itu, Mommy perlu berjumpa pakar pediatrik terlebih dahulu kerana sesetengah minyak pati boleh mendatangkan bahaya, terutamanya jika digunakan dalam kuantiti yang tidak betul.
Penggunaan minyak herba ini juga boleh membantu bayi bernafas dengan lebih baik lagi. Bahan yang digunakan di dalam minyak pati berupaya menenangkan dan membantu menghilangkan kesesakan dan meningkatkan pernafasan.
Selain itu, Mommy boleh cuba meletakkan beberapa titisan kecil minyak pati dalam air yang mendidih atau dalam pancuran air panas di mana ia turut memberi kesan yang sama.
#7. Lebih Banyak Beri Susu Ibu
Langkah terbaik untuk menghilangkan kahak adalah melalui pemberian susu ibu. Susu ibu mempunyai banyak nutrien penting selain terdapat antibiotik yang diperlukan oleh tubuh bayi untuk kekal hidrat dan sekaligus perlahan-lahan mencairkan kahak dengan berkesan.
Jika bayi tidak menyusu badan, Mommy boleh lebihkan pemberian susu formula atau menambah air kosong untuk kekal hidrat.
#8. Penggunaan Gas Nebulizer
Gas ini digunaka untuk mencairkan kahak di mana kahak yang telah dicairkan akan keluar melalui najis atau muntah kerana wap-wap gas akan membantu melonggarkan kahak di dalam salur pernafasan.
#9. Cara Hilangkan Kahak Bayi Dengan Guna Bawang Putih
Caranya adalah dengan membakar dua ulas bawang putih sehingga menjadi lembut dan lenyekkan dengan sedikit minyak masak. Kemudian, sapu di bahagian leher, dada dan belakang bayi.
#10. Menggunakan Daun kaduk
Campurkan daun kaduk dengan kapur bersama sedikit air, ramas sehingga ia menjadi sebati dan lumur di bahagian dada, leher dan belakang bayi.
#11. Menggunakan Kunyit Hidup
Ambil kunyit hidup dan cuci ia sehingga bersih. Setelah itu, bakar kunyit hidup dan gesekkannya pada lesung batu. Kemudian ambil air campurkan dengan kunyit yang telah digesek tadi dan sapu pada hidung serta dada bayi.
Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mommy boleh sertai Motherhood New Mom Privilege. Mommy juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.
Dapatkan lebih banyak maklumat tentang kesihatan anak-anak di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.