Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Baru 2 Tahun Gigi Dah Rosak? Mommy Boleh Cuba Cara Hilangkan Karies Gigi Anak Yang Berkesan Ini!

cara hilangkan karies gigi anak

Kredit gambar: www.diagnosa.com

Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia karies gigi awal kanak-kanak ialah kerosakan gigi yang terjadi pada kanak-kanak berusia dia bawah enam tahun dan terdapat beberapa cara hilangkan karies gigi anak.

Kerosakan gigi ini biasanya melibatkan satu atau lebih batang gigi yang disebabkan oleh proses pendeminerelan asid terhadap gigi kerana adanya plak (tahi gigi) dan air liur.

Sebagai ibu bapa prihatin, adalah sangat penting untuk anda menitikberatkan berkenaan penjagaan kesihatan anak-anak agar mereka membesar dengan sihat dan ceria. Bukan sahaja kesihatan tubuh badan tetapi kesihatan gigi juga sering diambil berat.

Kesihatan gigi akan memberi kesan kepada penampilan dan juga emosi anak. Hal ini kerana, kerosakan pada gigi akan mencacatkan senyuman anak anda dan boleh menyebabkan mereka merasa down dengan keadaan gigi mereka.

Oleh itu, kali ini Motherhood ingin berkongsi dengan Mommy dan Daddy berkenaan dengan karies gigi anak-anak. Jom lihat!

Cara Hilangkan Kareis Gigi Anak Yang Betul

Ramai ibu-ibu mengeluh walaupun anak-anak mereka selalu memberus gigi tetapi masalah karies gigi ini masih terjadi. Kenapa? Karies gigi ini masih boleh berlaku walaupun anak anda selalu memberus gigi kerana teknik memberus gigi yang tidak betul atau tidak berkesan untuk menanggalkan plak pada gigi.

Selain itu, sekiranya anak anda sering atau suka mengambil makanan dan minuman yang tinggi gula juga boleh menyebabkan karies gigi ini.

Malah, penggunaan botol susu juga boleh meningkatkan risiko mendapat karies gigi. Bukan itu sahaja, bahkan kurang atau tidak memberus gigi juga adalah antara faktor utama penyumbang kepada masalah ini dalam kalangan kanak-kanak.

Pasti pening kepala Mommy dan Daddy memikirkan masalah ini kan? Apa solusi atau cara untuk menghilangkan karies gigi ini?

Berikut adalah antara beberapa cara yang boleh dilakukan oleh Mommy dan Daddy untuk menghilangkan karies gigi anak anda iaitu:

#1. Pemeriksaan gigi berkala

Highlighted

Kredit gambar: www.audydental.com

Sekiranya anak anda mempunyai masalah karies gigi ini segeralah bawa anak anda berjumpa dengan doktor. Doktor akan mencadangkan rawatan yang terbaik dan sesuai untuk anak anda. Contohnya, rawatan cabutan, tampalan dan lain-lain.

Namun, sebaiknya adalah anda membawa anak anda melakukan pemeriksaan gigi berkala bagi memastikan kesihatan mulut dan gigi anak anda berada pada tahap yang terbaik. Tidak perlu menunggu sehingga anak anda mempunyai masalah baru berjumpa doktor. Ingatlah mencegah itu lebih baik dari merawat.

#2. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula

Kredit gambar: www.idntimes.com

Seperti yang dinyatakan di atas salah satu punca kepada masalah karies gigi ini adalah pengambilan makanan dan minuman yang tinggi gula. Oleh itu, ibu bapa haruslah mengurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula. Contohnya, elakkan membeli coklat, gula-gula, air berkarbonat dan hidangan lain yang tinggi gula.

#3. Kurangkan penggunaan dan punyusuan botol

Kredit gambar: www.honestdocs.id

Bagi kanak-kanak yang berumur1 hingga 3 tahun dan suka menghisap susu menggunakan botol pula anda boleh menukar dari botol kepada cawan sisipan.

Manakala, bagi yang berumur di bawah 1 tahun pula pastikan anda mengeluarkan botol susu dari mulut anak anda sebaik sahaja selesai menghisap susu.

Ini adalah salah satu cara yang anda boleh lakukan untuk membantu mengurangkan risiko karies gigi anak anda.

Hal ini kerana, apabila menyusu menggunakan botol kanak-kanak akan minum dengan lama, sambil bermain dan sambil baring. Ini akan menyebabkan sisa susu berada dalam rongga mulut dan bahagian gigi dalam jangka masa yang lama dan akan mengundang masalah karies gigi.

#4. Cara hilangkan karies gigi anak pastikan anak-anak memberus gigi setiap hari dan dengan betul

Kredit gambar: ciputrahospital.com

Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab untuk memastikan anak anda memberus gigi pada setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan pastikan teknik memberus adalah betul. Ajar dan bimbing anak anda dengan teknik yang betul semasa memberus gigi.

#5. Cara hilangkan karies gigi anak menggunakan ubat gigi berfluorida

Kredit gambar: rotherdental.com

Gluorida ialah mineral utama yang diperlukan untuk membentuk lapisan gigi yang kuat dan mencegah karies. Namun, penggunaan ubat gigi jenis ini perlulah dibawah pemantauan anda sehinggalah mereka mampu untuk memberus sendiri. Pastikan juga kuantiti ubat gigi adalah betul.

Karies gigi ini bukan sahaja mencacatkan senyuman anak-anak tetapi juga boleh menyebabkan kesakitan dan jangkitan. Oleh itu, sentiasa peka dengan kesihatan mulut dan gigi anak anda. Keprihatinan anda sekarang akan menentukan ‘cara’ senyuman anak anda kelak.


Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik. Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang!


Dapatkan juga senarai klinik pergigian yang paling terbaik di SINI!