Ibu, Bayi & Kanak Kanak

21 Petua Mudah Dan Selamat Cara Hilangkan Kelemumur

cara hilangkan kelemumur

Kredit gambar : www.rancaktv.com

Terdapat beberapa kaedah atau cara hilangkan kelemumur yang boleh dilakukan dan antara kaedah yang sering digunakan adalah dengan menggunakan syampu anti kelemumur. Selain penggunaan syampu anti kelemumur, masih ada lagi beberapa cara yang boleh digunakan seperti yang telah kami kongsikan dalam artikel ini.

Kelemumur adalah keadaan biasa yang menyebabkan kulit menjadi menggelupas, kemerahan dan bersisik. Kulit kepala yang menggelupas pula akan menjadi serpihan atau pun kepingan yang berwarna kuning dan putih. Pertumbuhan kelemumur akan bertambah apabila terdapat yis atau kulat yang berlebihan di kulit kepala.

Tanda-tanda Atau Gejala Kelemumur

Antara tanda-tanda kelemumur adalah seperti berikut :

  • Terdapat kesan serpihan yang berwarna kuning atau putih di rambut, kening, janggut atau kumis dan bahu
  • Gatal di kulit kepala
  • Kerak di kulit kepala
  • Kulit kepala bersisik, berkuping atau berkilat

Faktor Penyebab Terjadi Kelemumur

Terdapat beberapa sebab terjadinya kelemumur iaitu :

  • kulit berminyak
  • kulit kering
  • keradangan kulit kepala
  • kurang mencuci rambut
  • tidak mencuci bersih rambut setelah menggunakan syampu
  • hormon tidak stabil
  • stress
  • imuniti badan rendad
  • penggunaan produk yang tidak bersesuaian

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis penyakit yang mengakibatkan gejala kelemumur iaitu :

  • Seborrheic Dematitis

Merupakan penyakit kulit yang menyebabkan kulit kepala menjadi kemerah-merahan, gatal dan berminyak.

  • Malassezia

Jangkitan kulat pada kulit kepala yang menyebabkan iritasi dan meransang penghasilan kulit yang tebal.

  • Contact dermatitis

Berlaku disebabkan oleh alahan kepada produk penjagaan rambut yang mengakibatkan kulit kepala gatal, bersisik dan kemerahan.

  • Psoariasis

Masalah kulit yang menjadikan kulit kepala gatal, berkuping, bersisik dan kemerahan.

Rawatan Dan Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Berkesan

#1. Syampu anti kelemumur

Highlighted

Kredit gambar : www.lazada.com.my

Pilih syampu yang mengandungi bahan-bahan seperti zinc pyrithione, salicyclic asid, tar, selenium sulphide serta ketoconazole.

#2. Kawal stress

Kredit gambar : www.sislin76.com

Pakar memberitahu bahawa tekanan emosi mampu menyebabkan masalah kelemumur menjadi semakin teruk kerana ia dapat mempengaruhi sistem imun tubuh anda.

#3. Pemakanan seimbang

Kredit gambar : brewsuniq.com

Pengambilan makanan yang mengandungi lemak Omega-3 seperti ikan salmon, tuna sardin dapat mengekalkan kesihatan kulit dan mengurangkan kelemumur.

#4. Senaman

Kredit gambar : miraclegirls1998.blogspot.com

Bersukan atau melakukan senaman secara berkala dan kerap dapat meningkatkan kelancaran peredaran darah ke seluruh badan dan sekaligus membantu pertumbuhan rambut yang sihat serta mengurangkan kelemumur.

#5. Perapi rambut

Kredit gambar : www.beautynesia.id

Ketika menyapu perapi rambut, pastikan ia tidak mengenai kulit kepala anda kerana ia juga antara faktor penyebab terjadinya kelemumur.

#6. Jangan garu

Kredit gambar : berkeluarga.id

Elakkan daripada menggaru kepala anda kerana boleh menyebabkan kulit kepala luka lalu mengakibatkan jangkitan yang lebih teruk.

#7. Minyak tea tree

Kredit gambar : recyclenation.com

Kajian menunjukkan bahawa minyak ini mampu membasmi kulat yang terdapat di kulit kepala. Tetapi ia tidak sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit sensitif.

#8. Minyak kelapa

Kredit gambar : mommiesdaily.com

Membantu mengekalkan kelembapan dan membasmi pertumbuhan kulat di kulit kepala.

#9. Gel aloe vera

Kredit gambar : bp-guide.id

Membantu mengurangkan masalah kelemumur.

#10. Minyak serai

Kredit gambar : www.rumahmesin.com

Kajian yang dilakukan pada tahun 2015 menunjukkan bahawa serum rambut yang mengandungi 10% minyak serai mampu mengurangkan masalah kelemumur sebanyak 81% selepas 2 minggu.

#11. Santan kelapa

Kredit gambar : siakapkelinews.blogspot.com

Ambil beberapa sudu santan dan sapukan ke seluruh kepala terutama di bahagian kulit. Urut seketika dan balut dengan kain tuala atau shower cap dan biarkan sekurang-kurangnya dua jam sebelum membilasnya.

#12. Daun inai

Kredit gambar : shopee.co.id

Tumbuk daun inai sehingga lumat dan sapu di seluruh kulit kepala dan balut selama 20 minit sebelum membilasnya.

#13. Limau nipis

Kredit gambar : www.hijabista.com.my

Ambil 3 biji limau nipis, potong dan campurkannya dengan satu bekas air. Setelah siap mandi, terus cuci kepala dengan air perahan limau tersebut sambil mengurut kepala anda dan jangan bilas.

#14. Lemon

Kredit gambar : www.livescience.com

Lakukannya sama seperti kaedah limau nipis iaitu ambil perahan jusnya, campurkan dengan air dan cuci kulit kepala.

#15. Daun durian belanda

Kredit gambar : www.impiana.my

Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun durian belanda, ramas sehingga lumat dan campurkan dengan sedikit pes. Sapu di keseluruhan kepala, biar selama 1 jam sebelum dibilas bersih.

#16. Minyak argan

Kredit gambar : www.popmama.com

Sangat membantu mengatasi masalah kelemumur. Sapukannya di kulit kepala setiap kali selepas mandi.

#17. Minyak zaitun

Kredit gambar : www.rayhanahmadu.com

Sapukan minyak zaitun di kulit kepala setiap malam sebelum tidur.

#18. Minyak almond

Kredit gambar : productnation.co

Minyak almond juga turut berfungsi menghilangkan kelemumur. Sapukan minyak ini sekerap yang mungkin.

#19. Minyak hazelnut

Kredit gambar : www.saluran8.com

Sapunkan minyak ini di kulit kepala anda sehingga kelemumur hilang.

#20. Daun pandan

Kredit gambar : health.grid.id

Ambil beberapa helai daun pandan yang telah tua, kisar halus dan sapukan ke kulit kepala selama 15 minit sebelum dicuci.

#21. Garam bukit

Kredit gambar : www.mstar.com.my

Caranya adalah dengan melarutkan 2 sudu kecil garam bukit dan sapukan di kulit kepala dan biarkannya lebih kurang 30 minit. Cuci sehingga bersih.

Sekiranya anda masih mengalami masalah ini secara berterusan walaupun pelbagai kaedah atau cara hilangkan kelemumur telah dilakukan, kemungkinan kelemumur yang anda hadapi adalah disebabkan oleh penyakit seperti ekzema atau jangkitan kulat. Perhatikan tanda-tanda berikut :

  • Kulit kepala bengkak
  • Kemerahan
  • Kegatalan yang serius dan berterusan

Segera dapatkan nasihat daripada doktor untuk rawatan selanjutnya.