Rasa kesiannya lah bila tengok lengan dan kaki si comel. Habis berbintat merah digigit nyamuk. Rasa geram pun ada. Si kecil bukannya tahu menepis atau menepuk nyamuk.
12 Cara Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Pada Kulit Anak
Bila dah jadi macam ni, anak-anak pasti tergaru-garu. Yelah.. gatal kan? Kita orang dewasa ni pun tak tahan. Nak halang bukannya setiap masa boleh. Akhirnya, berparut hitam, berbintik-bintik tangan anak. Lagi teruk, boleh berkudis tu.
Jangan biarkan jadi macam ni tau Mommy. Kena cepat-cepat usaha hilangkan kesan gigitan nyamuk ni:
#1. Sapu lendir aloe vera
Pokok aloe vera atau dikenali juga sebagai pokok lidah buaya memang bagus untuk meredakan iritasi dan keradangan pada kulit.
Hanya potong bahagian duri tajamnya dan basuh bersih-bersih racunnya yang keluar berwarna oren. Kemudian picitkan ia hingga keluar lendirnya.
Sapu lendir ini di kulit anak ya Mommy. Setelah beberapa ketika, bolehlah nak basuh dan ulang lagi.
#2. Tuam dengan ais
Selain itu, dingin pada air batu pun membantu untuk meredakan bengkak dan keradangan gigitan nyamuk ni. Mommy tuamkan je ais di kawasan kulit anak yang digigit nyamuk.
Cuba beberapa kali ya?
#3. Gosok kulit kentang
Melalui perkongsian Sinar Harian, kulit kentang pun membantu juga. Mommy kupaskan je kentang dan gosok perlahan-lahan bahagian dalam kulit tu kepada kawasan yang digigit nyamuk.
Bila dah kering jusnya, boleh basuh dan ulang lagi. Memang terasa sejuk je jus kentang ni.
#4. Sapu jus bawang putih
Boleh juga cuba sapukan jus bawang putih Mommy. Biasanya orang dewasa sapu jus bawang putih untuk kecutkan jerawat di wajah.
Ini kerana ia bersifat anti-bakteria dan anti-kulat. Cuba Mommy potongkan bawang putih dan oleskan jusnya di tempat yang digigit nyamuk.
Jangan banyak, sekadar sahaja. Nanti dah kering, basuh dan ulang sekali dua lagi. Cuba tengok, reda tak kemerahan dan bengkak tu.
#5. Oles cuka buah
Cuka ni bersifat antiseptik. Ia boleh membantu untuk mengurangkan rasa gatal dan redakan bengkak. Tapi yang eloknya cuka organik seperti cuka buah epal, buah teen dan sebagainya.
Oleskan je cuka ni di kawasan yang berbintat. Ulang beberapa kali dan tengok hasilnya nanti.
#6. Buat urutan pada anak
Parut dan luka ni, ia akan sembuh dan pulih dengan cepat jika aliran darah elok tau Mommy. Salah satu cara nak perbaiki aliran darah pada kulit kita ialah dengan mengurut badan.
Bukan sesuatu yang pelik tau, Mommy cubalah buat. Bila darah anak berjalan dengan lancar, gatal dan keradangan akan cepat hilang.
#7. Calit madu
Cara semula jadi lain yang Mommy boleh cuba adalah dengan calit madu di kawasan gigitan nyamuk. Madu akan meredakan rasa gatal dan membantu merawat luka supaya tidak berparut nanti.
#8. Gosok kulit pisang
Selain daripada kulit kentang, elok juga gosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit. Bukan sahaja untuk mencantikkan wajah, khasiat padanya boleh mengurangkan keradangan dan rasa gatal tu.
Cuba buat dulu dengan perlahan-lahan dan tukar kulit pisang jika perlu.
#9. Sapu bedak sejuk
Kalau di kampung dulu-dulu, opah selalu tempekkan bedak sejuk bila nak tidur kan? Bedak sejuk ni mengandungi tepung beras yang baik untuk kulit tau.
Sifatnya juga yang menyejukkan tu membantu mengurangkan rasa gatal gigitan nyamuk. Boleh tempek lagi kalau dah kering ya.
#10. Calit pes tepung beras
Kalau tak ada bedak sejuk, Mommy boleh buat pes tepung beras. Hanya campurkan tepung beras bersama air sehingga ia menjadi pes dan calitkan di bintat-bintat tu.
Buat beberapa kali, pasti surut bengkak gigitan nyamuk di kulit anak.
#11. Calit pes baking soda
Baking soda pun membantu Mommy. Campurkan je baking soda bersama air tapis dan calitkan pes ni di kulit. Nanti pasti akan terasa sejuk je.
#12. Sapu ubat gatal
Selain daripada cara semula jadi, Mommy boleh dapatkan ubat gatal di farmasi. Ada banyak jenis ubat gatal dan ada yang memang sesuai untuk kanak-kanak.
Nanti tanyalah pendapat doktor ya?
Kebanyakan bahan dan cara hilangkan kesan gigitan nyamuk ni boleh didapati di dapur je. Pilihlah cara yang paling mudah untuk Mommy dan si comel. Kalau buat berulang kali, pasti akan mereda kesan gigitan nyamuk tu.
Jom cuba petua dan tips yang lain seperti yang dikongsikan di SINI.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.