Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Malunya Rasa…” Jom Cuba Cara Hilangkan Ketuat Dengan Bahan-Bahan Yang Ada Di Rumah Je

cara hilangkan ketuat

Kredit gambar: istockphoto

Bila ada ketuat ni, rasa malu bila nak berhadapan dengan orang kan? Walaupun di jari, tetap rasa segan tu. Betul tak Mommy?

Lebih-lebih lagi kalau tumbuh di bahagian badan yang lebih jelas pada pandangan umum seperti di sendi jari tangan.

Aduh…nak salam dengan orang pun teragak-agak.

Apa Itu Ketuat?

Menurut SihatAfiat, ketuat adalah sejenis ketumbuhan pada kulit yang berpunca daripada human papillomavirus (HPV).

Secara umumnya, ia bukanlah sejenis ketumbuhan yang berbahaya. Biasanya kalau tumbuh pun, Mommy tak akan rasa sakit. Cumanya, kurang selesa tu memang pasti.

Rasa timbul dan kasar je kulit yang tumbuh ketuat ni. Ada sesetengahnya boleh hilang macam tu je selepas beberapa waktu dan ada juga yang memang persistent, tak hilang-hilang.

Punca Tumbuhnya Ketuat

Seperti yang dijelaskan di atas, tumbuhnya ketuat adalah berpunca daripada virus human papillomavirus (HPV). HPV ni ada banyak jenis dan sebahagian daripada mereka boleh menyebabkan timbulnya ketuat pada kulit Mommy.

6 Cara Hilangkan Ketuat

Dah tu, tak kan nak biarkan je kan Mommy? Banyak ketuat yang makin lama memang makin bertambah saiznya. Bila ia tumbuh nampak timbul sikit tu, seeloknya terus cuba cara-cara untuk hilangkannya.

Jom, kita tengok beberapa cara yang Mommy boleh gunakan je bahan-bahan yang ada di rumah:

#1. Guna pita pelekat

Bunyinya macam pelik tapi berdasarkan perkongsian daripada SihatAfiat, ada yang telah mencubanya dan menjadi. Macam mana caranya tu? Haa.. jom tengok langkah-langkahnya:

  1. Lekatkan pita pelekat pada ketuat dan biarkan selama seminggu.
  2. Selepas itu, tanggalkan dan rendam ketuat dalam air suam.
  3. Buangkan lapisan kulit ketuat yang dah mati dah biarkan ia terdedah selama 12 jam gitu.
  4. Ulang balik dari cara nombor 1, sehinggalah ketuat hilang.

#2. Guna kulit pisang

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Ada juga petua yang mengatakan kandungan pada kulit pisang boleh membantu untuk menghilangkan ketuat. Caranya, balutkan je kulit pisang pada kawasan yang ketuat tumbuh selama semalaman.

Boleh cuba dan tengok kesannya nanti ya?

#3. Guna cuka epal

Berdasarkan perkongsian SirapLimau, cuka epal dikatakan berkesan untuk menghilangkan ketuat kerana sifatnya yang berasid. Orang kata, jika dioles pada ketuat, ia boleh membunuh sehingga ke akar tau!

#4. Guna plaster

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada pita pelekat, boleh juga cuba gunakan plaster. Konsepnya sama je, ia untuk mematikan kulit di kawasan ketuat tu secara ansur-ansur.

#5. Sapu minyak pati kayu manis

Di samping itu, minyak pati kayu manis pun elok untuk membuang ketuat. Caranya pun senang je. Hanya sapu je minyak pati ni yang telah dicampurkan bersama minyak pembawa di ketuat.

Seeloknya, untuk lembutkan ia, rendamkan dahulu ketuat ni di dalam air suam ya.

#6. Sapu iodin

Kredit gambar: istockphoto

Kalau ada cecair iodin di rumah, boleh cuba titiskan ia pada ketuat sekerap 2 kali sehari gitu. Cecair povidone iodine ni dikatakan turut berkesan untuk menghilangkan ketuat.

Berbaloi untuk cuba kan?

Cara Hilangkan Ketuat

Ini hanyalah cara-cara yang Mommy boleh cuba di rumah. Kalau nak cuba menggunakan ubat hospital dan farmasi, sebaiknya berjumpa doctor teruslah ya untuk mereka diagnose penyakit dengan lebih tepat.

Banyak je kaedah untuk hilangkan ketuat melalui rawatan moden seperti pembekuan, laser, pembedahan dan sapuan cecair duofilm.

Mana-mana yang Mommy rasa lebih mudah untuk dicuba, cuba je ya? Semoga berjaya! Jom baca cara hilangkan kelemumur pula!


Dapatkan lebih banyak artikel tentang kesihatan dan perubatan di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.