Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Geramnya, Cuba 9 Cara Hilangkan Kutu Beras Dengan Selamat Ni

Kredit gambar: istockphoto

Bila cedok beras ke dalam periuk nasi, memang geram je tengok serangga hitam kecil-kecil berkeliaran. Banyak betul kutu beras ni. Makin lama macam makin bertambah ni.

Bila nak basuh tu, habis timbul di perrmukaan air. Yang menyelit di celah beras pun banyak. Nanti nasi dah masak, dia pun ada sekali. Stress nya!

9 Cara Hilangkan Kutu Beras Dengan Selamat

Sebenarnya, Mommy tak perlu pun biarkan dan buang kutu beras ni satu-satu. Jom, kita cegah kutu ni dari membiak dan halau ia dengan selamat:

#1. Letak asam keping dalam tong beras

Sesetengah serangga memang tak suka asam keping ni. Kutu beras adalah salah satunya. Ambillah beberapa keping asam keping ni dan letakkan bersama beras dalam tong beras.

Nanti kutu beras akan berkumpul nak keluar.

#2. Letak daun limau purut dalam tong beras

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Selain itu, elok juga kalau selitkan beberapa helai daun limau purut di celah-celah beras. Bau aroma daunnya akan menghalau kutu beras dan sekali gus, menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada beras tau.

#3. Letak daun salam dalam tong beras

Boleh juga letak daun salam. Selitkan beberapa keping daun salam yang dah kering dalam tong beras ya.

#4. Letak cili kering dalam tong beras

Kredit gambar: cookpad.com

Tips ini memang orang tua-tua selalu buat kan? Dulu masa kecil-kecil, kalau disuruh basuh beras dan tanak nasi, pasti jumpa cili kering di celah-celah beras.

Panas dan pedas cili ni kot yang menghalau kutu-kutu tu.

#5. Jemur beras di bawah terik cahaya matahari

Kalau dah banyak sangat, nampak hitam putih macam sekata je dalam tong beras tu, adalah lebih baik kalau Mommy jemurkan terus beras Mommy.

Tuangkan je semua beras tu di atas dulang dan jemurkan di bawah terik cahaya matahari. Kepanasan dan haba cahaya matahari inilah yang akan menghalau kutu beras.

Kacau-kacau beras tu sekali sekala supaya kesemua sisi terdedah ya. Nanti tak adalah kutu yang menyorok.

#6. Letak kulit kayu manis dalam tong beras

Kredit gambar: istockphoto

Ramai juga yang suka letak kulit kayu manis kan? Ambillah beberapa puntung kulit kayu manis, letakkan di lapisan bawah, tengah dan atas dalam tong beras.

Seperti daun limau purut, aroma baunya ni lah yang akan membuatkan kutu beras tak tahan.

#7. Perangkap dengan kain lembap

Teknik lain yang menjadi adalah, dengan perangkap kutu beras ni menggunakan kain lembap. Cara-caranya mudah je. Mommy hanya perlu buka penutup tong beras dan gantikan dengan kain lembap yang menutupi keseluruhan bahagian atasnya.

Sifat kutu beras ni, mereka memang sukakan kelembapan dan tempat yang sejuk. Tak berapa lama kemudian, pasti mereka akan mengerumuni kain lembap ni. Bila dah agak banyak, bolehlah buang kutu dan basuh kain tu.

Buat lagi dan lagi sampailah tak ada ya.

#8. Simpan beras dalam peti sejuk beku

Kadang-kadang tu, nak jemur di bawah matahari bukan mudah. Sesetengah rumah tak ada ruang dan cuaca pula tak menentu.

Kalau jemur tapi matahari tak terik tak ada guna juga. Jadi alternatifnya adalah, dengan menyimpan beras di dalam freezer.

Bila pada suhu sejuk beku, bukan sahaja kutu beras, malah telur-telurnya sekali akan mati. Biarkan je selama beberapa hari. Bila nak guna nanti, pasti semua timbul di permukaan air bila Mommy basuh beras.

#9. Letak daun pandan dalam tong beras

Daun pandan ni, walaupun baunya lembut, tetapi banyak serangga yang tak sukakannya. Antaranya adalah kutu beras lah.

Nanti kalau beli daun pandan di pasar, beli lebih sedikit untuk letak dalam tong beras ya? Pastikan Mommy basuh bersih dan lapkan kering dahulu. Kemudian selitkan di celah-celah beras.

Cara Hilangkan Kutu Beras

Banyak je caranya. Kebanyakkannya boleh guna bahan-bahan dari dapur je kan? Apa pun, Mommy kenalah simpan beras dengan baik untuk mengelakkan mereka ni membiak.

Pastikan tong beras sentiasa tertutup dan elakkan simpan di tempat yang tertutup dan lembap ya?