Bagi yang bergelar ibu pastinya tidak senang duduk memikirkan ruam yang dialami anak anda kan? Oleh itu, Motherhood ingin berkongsi solusi bagaimana cara hilangkan ruam bayi ini melalui perkongsian di bawah.
Jadinya, selepas ini Mommy dah tak perlu risau lagi masalah-masalah ruam pada si manja tersayang!
Ruam bayi adalah perkara yang sering berlaku kepada setiap bayi. Kebanyakan bayi akan mendapatnya dan ruam bayi selalunya boleh sembuh atau hilang dengan sendirinya tanpa rawatan tetapi ada ruam yang memerlukan rawatan kerana ruam tersebut boleh menyebabkan demam dan kegatalan yang kronik.
Terdapat beberapa jenis ruam yang sering berlaku dalam kalangan bayi antaranya ialah ekzema, jerawat bayi, kerak kepala bayi (cradle cap), ruam panas, ruam lampin, milia, ruam cacar air (chickenpox) dan ruam campak.
Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan 20 Tips Mudah
#1. Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan Mengelap Muka Bayi
Mommy perlu pastikan untuk lap muka bayi dengan air suam setiap kali selepas menyusu menggunakan kain yang lembut. Ini untuk memastikan sisa susu dicuci kerana khuatir sisa susu yang tertinggal boleh menyebabkan ruam.
#2. Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan Cara Guna Tepung Ubi
Bahan ini boleh didapati dari dapur anda. Campurkan air dengan sedikit tepung ubi lalu disapu pada tempat bermasalah. Ini adalah kaedah turun temurun yang selalu diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu.
#3. Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan Cara Guna Bedak sejuk
Selain itu, Mommy juga boleh gunakan bedak sejuk untuk mengurangkan masalah ruam bayi ini. Ini adalah persediaan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun lagi. sapu di tempah bermasalah dan biarkan sehingga kering.
#4. Menggunakan Kelapa Parut
Di samping itu, Mommy juga boleh mencuba meletakkan kelapa parut pada ruam bayi. Letakkan kelapa parut di dalam kain lalu sapukan pada kulit bayi.
#5. Menggunakan Bunga Melati
Bunga melati buka sahaja mampu untuk membantu masalah ruam tetapi juga bantu untuk melembapkan kulit bayi. Caranya ialah ambil bunya melati yang segar dari pokok lalu sapu pada ruam bayi dengan lembut.
#6. Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara terbukti mempunyai pelbagai khasiat. Ambil sedikit minyak kelapa dari lalu sapu secara kerap pada bahagian bermasalah.
#7. Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan Cara Bunga Raya
Selain itu, Mommy juga boleh ikhtiarkan dengan menggunakan bunga raya. Sapukan getah bunga raya pada bahagian ruam bayi. Lakukannya pada setiap pagi sehingga ruam hilang.
#8. Minyak Zaitun
Minyak zaitun adalah antara minyak bagus untuk kulit. Ianya tidak memberi tindakbalas yang buruk kepada kulit bayi. Sapukan minyak pada tempat bermasalah sehingga ruam hilang.
#9. Tanah Liat Kaolin
Tanah liat kaolin atau dikenali juga sebagai kaolin clay mempunyai sifat penyembuhan yang semulajadi. Anda boleh dapatkannya di pasaran tetapi pastikan bebas dari sebarang campuran bahan kimia berbahaya.
#10. Kanji Nasi
Antara cara yang paling mudah untuk membantu kurangkan masalah ruam adalah dengan menggunakan kanji nasi. Ambil bubur nasi dan letakkan dalam kain yang diikat. Kemudian picit sehingga keluar kanji nasi lalu sapukan pada tempat bermasalah.
#11. Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan Cara Aloe Vera
Aloe vera adalah antara bahan yang terkenal untuk membantu melembapkan kulit. Dapatkan aloe vera di kedai berhampiran anda dan pastikan ianya bebas dari campuran bahan kimia. Sapukan aloe vera pada tempat ruam dengan kerap sehingga ruam hilang.
#12. Menggunakan Ragi
Ragi juga boleh digunakan untuk membantu masalah ruam bayi ini. Ambil ragi yang telah disagat dan campurkan dengan bedak sejuk dan sapukan pada bahagian ruam dengan sapuan yang nipis.
#13. Gunakan Pelembap Khas Untuk Bayi
Setiap kali lepas mandikan bayi anda, jangan lupa sapukan pelembap yang dirumus khas untuk kulit bayi pada bahagian ruam. Ini membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit bayi anda dan juga tempat bermasalah.
#14. Elakkan Persekitaran Lembap dan Panas
Jika bayi anda mendapat masalah ruam ini, elakkan persekitaran yang lembap dan panas kerana suhu menyumbang kepada pertambahan ruam pada kulit bayi. Peluh dan lelehan susu boleh memburukkan lagi masalah ruam ini.
#15. Pakai Pakaian Yang Bersesuaian
Pakaikan pakaian yang longgar, diperbuat dari material yang lembut dan menyerap peluh kepada bayi anda. Ini untuk membantu kulit anak anda sentiasa kering dan boleh bernafas.
#16. Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan Cara Tukar Susu Formula
Dalam sesetengah kes ruam bayi boleh terjadi disebabkan oleh alahan kepada susu formula atau susu formula yang tidak sesusai dengan bayi tersebut. Try and error untuk mendapatkan susu yang sesuai dengan anak anda. Segera tukar sekiranya anak anda tidak sesuai dengan susu tersebut.
#17. Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan Cara Stop Guna Syampu atau Sabun
Penggunaan syampu dan sabun juga boleh memburukkan lagi masalah ruam bayi. Sekiranya anak anda mempunyai masalhah ruam ini stopkan dahulu penggunaan sebarang syampu atau sabun semasa memandikan bayi sehingga masalah ruam selesai.
Sebaiknya, jika anda ingin membeli syampu dan sabun untuk anak anda pastikan ianya adalah rumusan khas untuk bayi, ringan dan tanpa bau.
#18. Jangan Cium Bayi Jika Bermekap
Elakkan mencium bayi jika anda mengenakan mekap. Ini kerana, kandungan bahan mekap yang tidak sesuai dengan kulit bayi boleh memburukkan lagi keadaan ruam bayi.
#19. Cara Hilangkan Ruam Bayi Dengan Cara Mandikan Bayi Guna Air Suam
Pastikan anda memandikan anak tidak melebihi dari 2 kali sehari kerana dikhuatiri kulit anak anda akan kering. Pastikan juga anda gunakan air suam kerana air yang terlalu panas dan sejuk boleh mengeringkan kulit bayi.
#20. Elakkan Makanan Yang Boleh Mencetuskan Alahan Kepada Bayi
Ibu-ibu pastikan untuk tidak mengambil makanan yang boleh menyebabkan alergi atau alahan kepada bayi anda. Jika anda tidak pasti makanan mana yang menyebabkan alergi anda boleh try and error supaya si comel anda terhindar dari alahan tersebut.
Ruam adalah normal untuk berlaku kepada kebanyakan bayi. Namun, jika Mommy semua risau dengan keadaan ruam bayi anda segeralah bawanya berjumpa doktor. Sekiranya masalah ruam anak anda tidak kronik boleh usahakan untuk lakukan salah satu cara di atas.
Sama-sama berikhtiar dan berdoa semoga Allah memberi kesembuhan buat anak anda.
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood sekarang!
Untuk lebih lanjut berkenaan jenis-jenis ruam bayi, ibu-ibu boleh lihat di SINI!