Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Petua dan Cara Hilangkan Sakit Gigi Yang Boleh Diamalkan Bagi Rawatan Kecemasan di Rumah

Kredit Foto: Adobe Stock

Kesakitan oral boleh berlaku akibat daripada pelbagai masalah serius, termasuk kerosakan gigi, dalaman yang rosak, patah gigi, gusi yang dijangkiti atau gigi yang bernanah. 

Komplikasi ini boleh merangkumi kehilangan gigi dan juga tulang pendukung. Dalam beberapa kes, jangkitan bakteria juga boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain dan menyebabkan kemasukan ke hospital atau keadaan yang lebih teruk. 

Highlighted

Kredit Foto: Adobe Stock

Sebab itu kita sentiasa disarankan untuk sentiasa berjumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali.

Jika berlaku masalah-masalah kesakitan gigi seperti yang dinyatakan di atas, penting untuk anda terus mendapatkan rawatan kecemasan dan juga jika ia menunjukkan tanda-tanda sakit gigi seperti berikut:

  • Gusi merah, bengkak
  • Demam
  • Bengkak merah di mulut
  • Darah atau nanah
  • Sakit berdenyut
  • Rasa yang tidak menyenangkan atau masin di mulut
  • Muka atau rahang yang bengkak

Untuk sakit gigi yang tidak serius atau tidak menggangu aktiviti harian anda, anda boleh mencuba petua dan cara hilangkan sakit gigi seperti di bawah.

5 Cara Hilangkan Sakit Gigi Yang Boleh Dicuba

1) Kumur dengan air garam

Kredit Foto: Adobe Stock

Petua ini merupakan petua yang utama dan paling berkesan untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa sakit gigi.

Malah, kumur air garam yang suam juga membantu membersihkan jangkitan, menyembuhkan luka di mulut dan juga mengurangkan keradangan akibat sakit gigi tersebut.

Yang penting, jangan telan pula air garam tu ya! Kumur selama beberapa saat dan kemudian luahkan dan bilas dengan air biasa.

2) Ambil ubat anti-radang

Anda juga dapat mengurangkan sakit bengkak pada gigi dengan mengambil ubat anti-radang, seperti ibuprofen atau acetaminophen. 

Pastikan anda mengambil ubatan tersebut mengikut cadangan pemakanan yang dilabelkan pada produk.

Elakkan mengambil hanya sekali dan kemudian berhenti apabila anda merasa lega, atau kesakitan dan keradangan mungkin akan kembali.

3) Bawang putih

Kredit Foto: Adobe Stock

Haa, jangan terkejut pula ya. Bawang putih yang memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan ini juga sebenarnya sangat baik dalam mengatasi masalah kesihatan oral

Selain membunuh bakteria yang berpotensi berbahaya, ia juga boleh bertindak sebagai penghilang rasa sakit. 

Cara hilangkan sakit gigi dengan menggunakan bawang putih adalah dengan menghancurkan bawang sehingga ia menjadi seperti pes dan sapukan di tempat yang sakit.

Anda juga boleh mengunyah seulas bawang putih segar dan meludahkannya selepas itu.

4) Pek sejuk

Pek sejuk atau cold pack boleh mengurangkan keradangan akibat sakit gigi dengan meletakkan pek sejuk tersebut pada sisi wajah (pipi) anda selama 20 minit atau selama yang anda inginkan.

Jangan lupa untuk alaskan wajah anda dengan sehelai kain agar kulit tidak rosak secara tidak tersengaja.

Ini dapat mengurangkan rasa tidak selesa, rasa sakit dan bengkak.

5) Gunakan uncang teh pudina

Kredit Foto: Adobe Stock

Uncang teh pudina mempunyai sifat mint yang dapat meredakan sakit mulut dalam waktu yang singkat. 

Sebilangan besar orang lebih suka menyejukkan uncang teh mereka di dalam peti sejuk selama beberapa minit sebelum digunakan. 

Anda juga boleh menggunakan uncang teh yang baru digunakan. Tetapi tunggu dahulu sehingga uncang teh tersebut sejuk di tahap suhu bilik ya. Melecur pulak nanti kalau gunakan uncang teh yang masih panas. 

Rasa mint tersebut dapat membantu menghilangkan rasa sakit gigi.

Kredit Foto: Adobe Stock

Penjagaan gigi atau kesihatan oral kita sebenarnya amat penting. Sebab itu dari kecil lagi kita dinasihatkan untuk menjaga masalah kesihatan mulut dengan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan teliti.

Makan makanan yang sihat, elakkan atau kurangkan makanan dan minuman bergula.

Dapatkan pemeriksaan dengan doktor gigi sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali dan untuk kita yang sudah dewasa, jangan lupa untuk lakukan scaling setiap 6 bulan sekali.

Ini bukan Ibu Ayah sahaja tau. Anak-anak kita pun penting untuk dibawa untuk pemeriksaan gigi seawal gigi pertama mereka tumbuh.

Barulah gigi lebih sihat, bersih, dan kuat.

Semoga ilmu-ilmu penting yang dikongsikan ini bermanfaat untuk ibu dan keluarga sekalian!