Sakit tekak merupakan perkara biasa dan ia akan bertambah baik dalam masa seminggu. Namun, bagi anda yang risau ia berlarutan terdapat cara hilangkan sakit tekak yang boleh anda amalkan.
Selain mengganggu aktiviti harian serta membuatkan kita berasa tidak selesa tatkala berkomunikasi dengan orang lain, sakit tekak yang tidak sembuh untuk tempoh yang lama juga boleh membawa mudarat.
Oleh itu, di bawah ini kami telah senaraikan beberapa cara hilangkan sakit tekak tanpa perlu jumpa doktor yang boleh anda amalkan.
Jom lihat!
Punca & Cara Hilangkan Sakit Tekak Yang Berkesan
Kebanyakan kes berkaitan sakit tekak ini terjadi disebabkan oleh jangkitan virus seperti selesema.
Terdapat juga keadaan di mana ia berpunca dari:
- Jangkitan tekak dan jangkitan sinus bakteria.
- Tindak balas alahan terhadap debunga, hama habuk atau alahan yang disebabkan oleh titisan postnasal iaitu lendir dari hidung anda menitis ke bahagian belakang tekak di mana ia akan merengsakan tekak serta menyebabkan kesakitan.
- Tonsillitis yang terjadi apabila tonsil anda dijangkiti dan meradang disebabkan oleh bakteria dan virus.
- Refluks asid iaitu penyakit refluks gastroesophageal (GERD) yang membuatkan anda berasa terbakar dan sakit di tekak yang berlaku apabila asid dari perut anda kembali ke esofagus membuatkan pedih ulu hati.
- Terlalu banyak menjerit atau makan makanan pedas, merokok atau minum cecair yang sangat panas.
- Bernafas melalui mulut dan bukannya hidung semasa tidur.
Walaupun kebanyakan sakit tekak tidak berisiko tinggi, namun langkah awal untuk merawatnya adalah sangat penting agar ia tidak berlarutan. Terdapat beberapa cara yang boleh anda amalkan tanpa memerlukan rawatan doktor seperti berikut:
#1. Ubat Gargle atau Ubat Kumur
Anda boleh buat ubat gargle dengan menggunakan air garam iaitu campurkan satu sudu besar garam ke dalam segelas air suam. Air garam ini mampu memberi kelegaan kepada sakit tekak. Anda juga boleh dapatkan ubat kumur ini di farmasi-farmasi berhampiran.
#2. Kekal Hidrat
Minum air yang banyak dan secukupnya iaitu 8 gelas sehari kerana ia penting ketika demam dan ia membantu dalam mempercepatkan demam sembuh.
Kekurangan air akan menyebabkan penghasilan air liur atau mukus di bahagian saluran pernafasan kurang seterusnya membuatkan tekak menjadi sakit.
#3. Makan Makanan Yang Sejuk atau Lembut
Tekak yang sakit akan menyebabkan anda sukar untuk menelan makanan apatah lagi jika makanan tersebut adalah keras dan panas. Ia mampu menambah kesakitan dan membuatkan tekak menjadi lebih pedih.
Oleh itu, untuk kurangkan kesakitan, ambil makanan yang sejuk dan lembut untuk elakkan ia menjadi lebih teruk.
#4. Lozenges – Ubat Sakit Tekak
Ubat sakit tekak ini boleh didapati dengan mudah di mana-mana farmasi. Terdapat dua komponen utama di dalam lozenges iaitu untuk pertama adalah bagi kebaskan tekak di mana ia bertindak sebagai ubat tahan sakit.
Komponen kedua pula adalah ia berfungsi sebagai disinfectant iaitu mengurangkan jangkitan kuman atau virus di bahagian tekak.
#5. Ubat Tahan Sakit
Selalu digunakan untuk sakit tekak yang agak serius seperti tonsilitis atau tonsil yang radang teruk. Antara contoh ubat tahan sakit adalah Paracetamol atau ubat dalam kategori NSAID.
#6. Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Madu Lebah
Alternatif lain untuk hilangkan sakit tekak adalah dengan menggunakan madu lebah sama ada dimakan secara terus atau dicampur dengan teh.
Kajian juga menunjukkan bahawa madu lebah berupaya untuk melegakan simptom batuk.
#7. Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Teh Chamomile
Teh chamomile dipercayai dapat melegakan simptom sakit tekak.
#8. Mesin Pelembap Udara atau Air Humidifier
Mesin ini berupaya untuk mengekalkan kelembapan udara di sekeliling di mana ia boleh mengelakkan tekak menjadi kering dan sakit.
#9. Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Berehat Secukupnya
Dapatkan rehat yang secukupnya dan elakkan dari melakukan aktiviti lasak dan tempat panas.
#10. Asingkan Diri
Sekiranya anda masih lagi tidak sihat, adalah lebih baik sekiranya anda elakkan dari bersentuhan dengan orang lain sehingga anda benar-benar pulih agar sakit tekak akan sembuh dengan lebih cepat.
Semoga dengan tips atau cara hilangkan sakit tekak yang kami kongsikan di atas ini dapat membantu merawat masalah yang hadapi.
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan juga pelbagai tips kesihatan dan panduan perubatan yang lain dengan klik di SINI!