Ibu, Bayi & Kanak Kanak

17 Cara Hilangkan Sedu Secara Mudah & Berkesan

cara hilangkan sedu

Kredit gambar: www.scmp.com

Sedu, suatu fenomena yang tidak dapat dielakkan, boleh menyebabkan ketidakselesaan dan mengganggu aktiviti harian. Terdapat beberapa cara hilangkan sedu yang boleh Mommy lakukan untuk mengatasi ketidakselesaan ini.

Untuk ketahui apakah caranya, teruskan membaca perkongsian di bawah!

Punca Sedu

Highlighted

Kredit gambar: www.healthdigest.com

Sebelum kita meneroka cara menghilangkan sedu, penting untuk Mommy semua memahami punca utama terjadinya sedu. Sedu berlaku apabila otot diafragma, yang terletak di bawah paru-paru, mengecut secara tiba-tiba tanpa kawalan.

Ini menyebabkan penarikan nafas mendadak dan penguncian peti suara, menghasilkan bunyi tersedu yang mengganggu.

Beberapa faktor seharian yang boleh menyebabkan sedu terjadi seperti:

  • Makan terlalu banyak dan terlalu laju
  • Minum minuman berkarbonat
  • Makan makanan pedas
  • Stres
  • Pengambilan alkohol

Cara Hilangkan Sedu

Kredit gambar: nypost.com

Mommy boleh melakukan beberapa cara berkesan di bawah untuk menghilangkan sedu iaitu:

#1. Kawal Pernafasan

Praktikkan tarikan nafas perlahan dan hembuskan secara perlahan. Lakukan dengan kiraan 5 saat untuk tarikan dan hembuskan.

#2. Cara Hilangkan Sedu dengan Tahan Nafas

Mommy tarik nafas dan tahan selama 10-20 saat sebelum perlahan-lahan menghembuskannya. Ulang beberapa kali jika perlu.

#3. Bernafas di Dalam Beg Kertas

Caranya adalah dengan menutup mulut dan hidung dengan beg kertas, kemudian Mommy perlu bernafas perlahan-lahan di dalamnya. Hindari menggunakan beg plastik.

#4. Peluk Lutut

Duduk dengan keselesaan, bawa lutut ke dada, dan peluk kaki serta lutut selama 2 minit.

#5. Tekanan pada Otot Diafragma

Duduk dengan kaki melunjur ke hadapan, kemudian bengkokkan badan untuk memberi tekanan pada otot diafragma.

#6. Cara Hilangkan Sedu dengan Vasalva Maneuver

Lakukan Vasalva Maneuver dengan cara mengejan seperti ketika membuang air besar tanpa mengeluarkan nafas.

#7. Tekan pada Kawasan Diafragma

Mommy perlu menekan pada bahagian ulu hati, iaitu bahagian atas abdomen. Cara ini dilakukan untuk memberi tekanan pada otot diafragma Mommy.

#8. Tutup Hidung Ketika Menelan Air

Cara seterusnya adalah menutup hidung ketika menelan air. Gunakan jari untuk menutup hidung dan cuba menelan air.

#9. Cara Hilangkan Sedu dengan Tekan Tapak Tangan

Kredit gambar: captionsquetesau.blogspot.com

Gunakan ibu jari untuk menekan bahagian tapak tangan yang berlawanan.

#10. Minum Air Sejuk

Minum air sejuk perlahan-lahan untuk memberi rangsangan pada saraf vagus.

#11.Cara Hilangkan Sedu dengan Minum Air Suam

Kredit gambar: www.insider.com

Minum air suam secara perlahan tanpa henti untuk bernafas.

#12. Hisap Kiub Ais

Cara hilangkan sedu yang seterusnya adalah dengan meletakkan kiub ais dalam mulut dan hisap sehingga cair sepenuhnya.

#13. Kumur Air Sejuk

Kumur air sejuk di bahagian tekak selama 10 saat untuk merangsang saraf vagus.

#14. Ambil Satu Sudu Madu

Kredit gambar: malayalam.samayam.com

Larutkan madu dalam mulut sebelum menelannya.

#15. Cara Hilangkan Sedu dengan Ambil Sedikit Gula

Letakkan secubit gula pada lidah dan tunggu 5-10 minit sebelum Mommy menelannya.

#16. Tepuk atau Gosok Bahagian Belakang Leher

Gosok bahagian belakang leher Mommy untuk merangsang saraf phrenic dan mengurangkan sedu.

#17. Alihkan Perhatian

Buat aktiviti seperti bermain game, teka-silang kata, atau membuat kira-kira untuk mengalihkan perhatian dari sedu.

Kebanyakan kes sedu boleh hilang dengan sendirinya, tetapi jika mengalami sedu berterusan lebih dari 2 hari, Mommy disarankan untuk berjumpa dengan doktor. Ini mungkin menunjukkan masalah seperti asid refluks, angin ahmar, atau penyakit multiple sclerosis.

Jangan ragu untuk mendapatkan nasihat profesional jika menghadapi masalah sedu yang berterusan.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi tips, info dan panduan menarik yang lain di SINI!