Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Hilangkan Selesema Bayi Dengan Berkesan – Mommy Mesti Cuba!

cara hilangkan selesema bayi

Kredit gambar: istockphoto

Aduhai…risaunya hati Mommy tengok si manja macam ni. Nak keluarkan hingus sendiri, bukannya dia reti. Bila menyusu je mesti nangis-nagis sebab susah nak nafas.

Yelah…hidung penuh dengan mucus kan. Dah sedut dan tepuk-tepuk dah, masih tak hilang lagi selesemanya.

7 Cara Hilangkan Selesema Bayi Dengan Berkesan

Apa kata, Mommy cuba pula cara dan petua-petua orang tua kita untuk hilangkan selesema bayi. Tak salah mencuba kan?

#1. Kerapkan menyusu

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Dalam perkongsian babycenter, selesema bayi akan membaik jika bayi menerima cecair yang mencukupi dan badannya cukup hidrasi. Memandangkan bayi di bawah usia 6 bulan tidak boleh menerima cecair lain selain daripada susu, Mommy mestilah kerapkan penyusuan badan.

Susu formula pun okay je, asalkan kerap dan pastikan si manja kekal hidrasi.

#2. Pasang humidifier

Kredit gambar: istockphoto

Udara pun mestilah kekal lembap dan bersih supaya pernafasan bayi akan lebih elok. Antara salah satu cara yang Mommy boleh lakukan adalah, dengan memasang humidifier di persekitaran bayi.

Hingus bayi akan lebih cair dan mudah keluar nanti.

#3. Mandi air suam

Kredit gambar: istockphoto

Selain itu, setiap kali nak mandikan si comel, pastikan bilik air Mommy berwap dan air mandiannya suam. Air dan udara sebegini bukan sahaja akan membantu pernafasan bayi tetapi turut menenangkannya.

Biarkan je si comel berendam dalam tu, buat tiap-tiap hari ya?

#4. Sapukan air kunyit hidup

Kredit gambar: Facebook @Ibu Wanita Dunia Si Manja

Pernah kan kalau Mommy melawat anak-anak rakan ke, atau masa kecik-kecik dulu, kita tengok ada tanda kuning di atas batang hidung bayi?

Menurut kepercayaan orang tua-tua, kunyit ni bersifat panas dan khasiat padanya, jika dicalit air kunyit hidup ini pada batang hidung bayi, akan membantu mengurangkan kesejukan akibat selesema dan mencairkan hingusnya.

#5. Tinggikan kepala bayi

Kredit gambar: istockphoto

Nanti kalau menyusu atau si comel nak tidur, tinggikanlah kedudukan kepalanya supaya hidungnya tidak tersumbat dan hingus akan keluar dengan lebih senang.

Bukan bayi je, orang dewasa pun selesa tidur macam ni kalau selesema kan? Tak perlu dengan bantal yang tebal pun, sekadar selitkan lipatan selimut bayi macam tu je.

#6. Sapu minyak telon

Kredit gambar: istockphoto

Biasanya Mommy sapukan minyak telon ni pada badan dan perut bayi apabila seusai mandi kan? Kalau si comel selesema, kerapkanlah sapu minyak telon bayi di dada dan bahagian belakang badannya.

Ini akan membantu untuk mencairkan kahak dan melegakan pernafasannya. Selain daripada minyak telon, boleh juga guna balm bayi.Tetapi pastikan ia betul-betul selamat untuk kegunaan si comel lah ya?

#7. Suap sup ayam

Kredit gambar: istockphoto

Ini hanya untuk bayi yang berusia 6 bulan ke atas ya. Ramai yang dah cuba petua ni, katanya memang menjadi.

Mommy rebuskan je ayam, buat sup ayam untuk si comel dan suapkannya pada suhu suam-suam gitu. Cuba tengok, mesti hingusnya mencair dan kesihatannya bertambah baik kalau amalkan selalu.

Cara Hilangkan Selesema Bayi Dengan Berkesan

Yelah…kalau kanak-kanak, bolehlah juga bagi ubat selesema budak yang sesuai kan? Tetapi kalau bayi ni, memang susah sikit lah. Mommy cuba je ya petua-petua yang Motherhood kongsikan di atas?

Semoga si comel Mommy kembali sembuh dan ceria seperti sedia kala.