Selsema merupakan penyakit yang sering berlaku di seluruh dunia yang berpunca lebih daripada 250 virus yang berbeza. Dan jika Mommy semua nak tahu, Rhinovirus merupakan penyebab selesema yang paling umum.
Melalui artikel kali ini, kami akan berkongsi 15 cara hilangkan selesema yang mungkin tidak diketahui oleh ramai orang dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi contohnya seperti halia, madu, dan vitamin C.
Jom lihat cara hilangkan selesema secara semula jadi di bawah!
Senarai Cara Hilangkan Selesema Paling Mujarab
1. Cara Hilangkan Selesema Dengan Sup Ayam Panas
Sup ayam panas tidak hanya memberikan keselesaan kepada tekak yang sakit tetapi juga membantu mengurangkan gejala selsema. Kandungan nutrisi dalam sup ayam dapat meningkatkan sistem imun badan untuk memerangi virus.
2. Cara Hilangkan Selesema Dengan Teh O Panas
Minum teh o panas boleh membantu melegakan hidung tersumbat dan memberikan rasa keselesaan. Kandungan antioksidan dalam teh juga membantu meningkatkan daya tahan badan.
3. Madu
Madu adalah bahan semula jadi yang mempunyai sifat antibakteria dan anti-mikrob. Kajian menunjukkan bahawa madu dapat membantu melawan jangkitan selsema dan mengeringkan kahak. Campurkan madu dalam air limau nipis atau teh herba untuk kesan yang lebih baik.
4. Vitamin C
Vitamin C diperlukan untuk meningkatkan sistem imun badan. Buah-buahan seperti limau, oren, dan lemon mengandungi vitamin C yang membantu melegakan saluran pernafasan dan mencegah jangkitan.
5. Cara Hilangkan Selesema Dengan Halia
Menurut University Health News, halia adalah tumbuhan herba yang dapat mengatasi masalah selsema, muntah, dan loya. Tambahkan halia dalam minuman panas atau air limau, atau minum teh halia untuk mendapatkan manfaatnya.
6. Air Kosong
Minum air kosong dengan secukupnya membantu menstabilkan suhu badan yang mungkin terganggu akibat selsema. Elakkan minuman berkafein dan beralkohol yang boleh menyebabkan kehilangan lebih banyak air.
7. Garam
Berkumur dengan air garam dapat mencegah jangkitan saluran pernafasan dan melegakan sakit tekak. Campurkan garam dan baking soda dalam air suam, kumur, atau gunakan untuk membersihkan rongga hidung.
8. Cara Hilangkan Selesema Dengan Daun Sirih
Daun sirih mengandungi minyak chavicol yang berfungsi sebagai antiseptik. Sapukan lendir daun sirih pada hidung atau campurkan dengan minyak biji sawi dan sapukan pada dada untuk mendapatkan kesan penyembuhan.
9. Kawal Suhu Bilik dan Suhu Badan
Hindari tempat yang terlalu sejuk dan pastikan untuk pakai pakaian yang sesuai. Suhu sejuk boleh memperburuk selsema, terutamanya ketika badan mengalami demam.
10. Rehat yang Cukup
Memberi tubuh rehat yang mencukupi dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan daripada selsema. Orang dewasa disarankan untuk tidur 6-7 jam, manakala kanak-kanak memerlukan 8-10 jam sehari.
11. Rendam Badan dengan Air Suam
Mandian air suam dapat membantu tubuh bersantai dan mengurangkan kelemahan akibat selsema. Rasa sejuk dan nyaman setelah mandi dapat membantu mengurangkan gejala.
12. Cara Hilangkan Selesema Dengan Minum Air Lemon
Air lemon dengan sedikit madu dapat membantu melegakan selsema. Minum secara berkala, terutamanya pada waktu pagi dan malam, untuk mendapatkan kesan yang baik.
13. Cara Hilangkan Selesema Dengan Hirisan Bawang
Bawang merah diketahui dapat menyerap virus, menjadikannya sebagai ubat semulajadi untuk selsema. Hirisan bawang merah dapat diletakkan di dalam bilik atau dicampur dengan minyak eucalyptus dan disapu pada badan.
14. Bernafas dalam Wap Air Panas
Hirup wap air panas, ditambah dengan minyak aromaterapi seperti lemon atau lavender, dapat membantu melegakan hidung tersumbat dan memberikan kesan yang menenangkan.
15. Makan dengan Kerap
Walaupun selera makan mungkin berkurangan semasa selsema, memberi tubuh pemakanan yang mencukupi sangat penting. Makanan yang berkhasiat dapat membantu meningkatkan sistem imun badan untuk melawan virus.
Dengan mengamalkan petua-petua di atas, diharapkan dapat membantu mengurangkan gejala selsema dan mempercepatkan proses pemulihan.
Boleh dikatakan dengan mengamalkan semua cara hilangkan selesema di atas, Mommy boleh merasai kesan positif dengan tubuh yang lebih sihat dan bertenaga.
Ingatlah untuk sentiasa mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika gejala selsema berterusan atau bertambah teruk.
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti panduan mengenai tips dan petua kesihatan menarik yang lain di SINI!