Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Cara Mudah Hilangkan Ulser Mulut Cepat dan Berkesan

cara hilangkan ulser mulut

Sumber Berita Sains Teknologi Terbaru

“Sakitnya lahai. Nak makan pun susah ni!”

Bagi Mommy yang mengalami ulser mulut, pasti pernah melalui ‘fasa’ ini dan juga pasti sudah mencuba pelbagai cara hilangkan ulser mulut tersebut, namun masih lagi tiada harapan untuk pulih.

Masalah ulser ini jika dibiarkan ia akan berlarutan dan menjadi masalah yang serius dan mengganggu kehidupan kita seharian.

Ulser mulut merupakan luka yang merosakkan keseluruhan permukaan selaput di dalam mulut. Ulser biasanya terjadi pada bahagian bawah bibir, di bahagian tepi pipi dan juga di permukaan lidah.

Lukanya nampak kecil, tetapi sangat pedih seperti luka terbuka dan ianya berwarna putih, dikelilingi oleh sempadan merah yang meradang.

Highlighted


Bila terjadinya ulser mulut ini, ianya akan menyebabkan kita berasa tidak selesa apabila hendak bercakap, minum atau pun makan.

Penyebab Ulser

Antara penyebab utama ulser mulut adalah ulser afta berulang dan trauma/kecederaan contohnya seperti tergigit mulut secara tidak sengaja, gigi/tampalan yang tajam, gigi palsu dan juga pendakap gigi yang tidak sempurna.

Selain dari itu faktor risiko untuk ulser mulut yang kerap dan berulang kali mungkin disebabkan oleh:

  • tekanan
  • paras hormon tak stabil
  • alahan dan zat makanan yang kurang

Penyebab yang lain adalah kekurangan vitamin juga boleh menjadi punca terjadinya ulser mulut. Kebiasaannya ulser mulut ini akan sembuh sendirinya dalam tempoh 2 minggu.

Cara Hilangkan Ulser Mulut Secara Berkesan

Berikut merupakan cara-cara hilangkan ulser mulut iaitu:

1. Madu

Kredit gambar: Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Membantu mengekalkan kelembapan dan mempercepatkan proses penyembuhan dan anti-mikro. Sapukan sedikit madu asli pada tempat yang terkena ulser dan biarkan ia melarut dalam mulut. Boleh juga dicampurkan dengan secubit kunyit untuk mempercepatkan lagi proses penyembuhan.

2. Garam laut

Kredit gambar: Hello Sehat

Mempunyai sifat anti-radang, antiseptik dan disinfektan. Boleh menggunakan bahan-bahan ini secara berasingan atau kombinasi yang berkesan untuk menyembuhkan ulser mulut dengan cepat. Kumur dengan air garam selama 30 saat. Ulangi langkah ini secara 2-3 kali sehari.

3. Santan

Kredit gambar: Lintas Usaha

Ia sangat berguna untuk melegakan sakit ulser mulut. Campurkan dengan 1 sudu makan madu bersama santan. Urut di kawasan yang ada ulser. Lakukannya tiga atau empat kali sehari. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh membilas mulut anda dengan santan segar atau sapu minyak kelapa di kawasan yang terjejas.

4. Serbuk penaik

Kredit gambar: Boned.ru

Serbuk penaik dapat mengurangkan keradangan dan mengeluarkan kuman dan bakteria agar ulser sembuh dengan cepat. Sapukan pada bahagian ulser dan biarkan seketika. Selepas beberapa minit, kumur dengan air bersih.

5. Uncang teh

Kredit gambar: ATOMIYME.COM

Ambil uncang teh yang telah direndam, letakkannya di bahagian mulut atau bibir yang terdapat ulser dan biarkannya selama 5 minit. Teh adalah sejenis bahan yang beralkali. Ia juga dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.

6. Cecair Kumur Mulut

Mommy perlu kerap berkumur dengan cecair kumur mulut untuk membersihkan kawasan tersebut dan memberikan kelegaan dari rasa sakit atau tidak selesa. Ubat kumur mulut ini juga bersifat antiseptik dan dapat membantu untuk membunuh kuman yang bergerak bebas di dalam mulut untuk menghalangnya dari terus berjangkit.

7. Minyak cengkih

Kredit gambar: Orami

Digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan. Bagi anda yang mengalami sakit ulser ini boleh menggunakan minyak cengkih ini sebagai ubat dengan berkumur terlebih dahulu dengan larutan air garam laut, kemudian menyapu minyak cengkih ke tempat yang sakit dengan menggunakan kapas untuk melegakan kesakitan yang dialami.

8. Berus gigi yang lembut

Kredit gambar: Gempak

Membantu mengelakkan luka bermasalah kepada yang melalui ulser mulut ini. Ia juga dapat mengekalkan kebersihan mulut yang baik dengan mengekalkan gigi dan gusi yang bersih, boleh mengelakkan ulser daripada menjangkiti. Setiap kali memberus gigi berhati hatilah ketika mengosok gigi anda risau sekiranya terkena tempat ulser tersebut.

9. Gel Oral

Kredit gambar: eRomman

Sapukan gel oral di bahagian ulser dengan Bonjela atau pun Oral Aid. Anda boleh dapatkannya di farmasi berdekatan. Sifatnya yang sejuk membantu mengurangkan rasa sakit pada ulser tersebut. Untuk makluman anda, di dalam gel oralini terdapat anesthetic lidocaine iaitu ejen yang menyebabkan bibir kita menjadi kebas dan ianya juga mampu merawat ulser.

10. Air Kosong

Kredit gambar: Majalah Sains

Antara salah satu sebab mengapa anda menghidap ulser adalah kekurangan air di dalam badan. Pastikan anda minum air kosong secukupnya bagi membantu badan anda kekal terhidrat.

11. Marjerin

Kredit gambar: BukaReview

Petua orang dahulu, mereka menggunakan marjerin untuk disapu ke dalam ulser dan biarkan marjerin itu cair dan menghilang.

12. Ubat gigi

Kredit gambar: BP Guide

Cara yang seterusnya pula adalah dengan menyapu ubat gigi yang mempunyai kandungan daun pudina di dalamnya. Daun pudina ini berfungsi untuk mematikan kuman yang terdapat di dalam mulut anda serta mengecutkan ulser dengan cepat.

13. Minyak Vitamin E

Kredit gambar: Liputan6.com

Pengambilan suplemen vitamin E juga turut membantu merawat masalah ulser ini. Caranya adalah, amik minyak yang terkandung dalam kapsul tersebut lalu sapukan di bahagian yang terkena ulser, biarkan ia kering sendiri.

14. Minyak kelapa/air kelapa

Kredit gambar: Asmak Life

Caranya ialah berkumur dengan air kelapa dan kemudian, sapukan sedikit minyak kelapa pada ulser.

15. Aloe Vera

Kredit gambar: Healthline

Gunakan gel aloe vera asli yang bebas bahan kimia untuk menghilangkan ulser mulut anda dengan cepat. Caranya adalah dengan menyapu gel tersebut di tempat ulser. Aloe vera merupakan tumbuhan anti bakteria dan juga anti radang yang dapat merawat ulser hingga sembuh.

Semoga bermanfaat!