Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Lengkap Cara Jawab Azan Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah

cara jawab azan dengan sempurna

Setelah azan dilaungkan, kita disunatkan untuk menjawabnya dengan cara jawab azan iaitu dengan mengikut atau mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan muazzin kecuali pada kalimah tertentu.

Azan dari segi bahasa (اِعْلاَمٌ) merupakan seruan atau laungan untuk memaklumkan kepada umat islam bahawa sudah masuk waktu solat. Firman Allah melalui Surah At-Taubah ayat 3 iaitu:

وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ

Dan inilah perisytiharaan dari Allah dan Rasulnya kepada manusia“.

Manakala dari segi syarak pula adalah perkataan sesuatu untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai masuknya waktu solat fardhu.

Azan hanya boleh dilaungkan oleh kaum lelaki sahaja dan perempuan tidak dibenarkan melakukannya.

Highlighted


Dalil Disyariatkan Azan Berpandukan Al-Quran Dan As-Sunnah

Terdapat beberapa dalil mengenai azan dan iqamah ini iaitu melalui firman Allah S.W.T:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصلاَةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ(9)

Maksudnya:

“Wahai orang yang beriman apabila diserukan (Azan) untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat maka segerakanlah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjualbeli, yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya”.

(Surah Al-Jumaah Ayat 9)

Nabi Muhammad S.A.W turut bersabda:

حَدِيثُ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : أَتَيْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ شَبَبَةٌ مُتَقَارِبُونَ فَأَقَمْنَا عِنْدَهُ عِشْرِينَ لَيْلَةً وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَحِيمًا رَقِيقًا فَظَنَّ أَنَّا قَدِ اشْتَقْنَا أَهْلَنَا فَسَأَلَنَا عَنْ مَنْ تَرَكْنَا مِنْ أَهْلِنَا فَأَخْبَرْنَاهُ فَقَالَ ارْجِعُوا إِلَى أَهْلِيكُمْ فَأَقِيمُوا فِيهِمْ وَعَلِّمُوهُمْ وَمُرُوهُمْ فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ ثُمَّ لِيَؤُمَّكُمْ أَكْبَرُكُمْ *

Maksudnya:

Diriwayatkan daripada Malik bin al-Huwairis r.a katanya: Kami datang menemui Rasulullah S.A.W pada waktu itu kami masih sama-sama muda dan usia kami tidak banyak perbezaanya. Kami tinggal bersama baginda selama dua puluh malam.

Rasulullah S.A.W adalah seorang yang sangat pemurah dan lembut sekali. Baginda menyangkakan bahawa aku sedang berselisih paham dengan keluargaku sehingga baginda bertanya kepadaku keadaan keluarga yang aku tinggalkan. Maka aku menceritakan kepada baginda mengenai keluargaku. Kemudian baginda bersabda:

Pulanglah kepada keluargamu dan tinggallah bersama mereka. Ajarlah mereka dan perintahkanlah mereka apabila tiba waktu sembahyang. Hendaklah salah seorang daripada kamu melaungkan azan dan hendaklah orang yang paling tua dari kalangan kamu menjadi imam“.

Cara Jawab Azan Dengan Betul Dan Tertib

Berikut merupakan cara untuk menjawab azan iaitu:

Kredit gambar: therohani.com
Kredit gambar: therohani.com

Panduan Bacaan Doa Selepas Azan

Manakala, setelah azan dilaungkan dan selesai menjawab azan kita digalakkan untuk memanjat doa kepada Allah S.W.T. Doa tersebut adalah seperti di bawah ini:

Kredit gambar: therohani.com

Semoga perkongsian cara jawab azan ini membantu para muslimin di luar sana yang masih mempunyai keraguan mengenai hal ini.


Rujuk panduan solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah lain DI SINI.