Stressnya rasa bila anak menangis sebab susu badan tak keluar, Mommy pula tak tahu cara keluarkan susu badan yang betul. Macam mana nak buat?
Dua situasi ini merupakan hakikat sebenar dunia penyusuan, bahkan bukan ini sahaja banyak lagi perkara lain seperti susu badan tersumbat, bengkak susu tersumbat saluran puting yang bermasalah dan lain-lain lagi yang perlu dihadap oleh seorang yang bergelar IBU.
Penyusuan adalah antara cabaran terbesar bagi ibu yang baru melahirkan. Tidak semua Mommy dapat menyusukan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Ada Mommy yang putus asa untuk menyusukan bayi mereka apabila berhadapan dengan banyak masalah. Antara masalah lain seperti susu tidak keluar, anak hisap dengan lama tapi tidak kenyang dan susu badan yang sikit.
Highlighted
Namun, sebagai seorang ibu pastinya Mommy mahukan yang terbaik untuk bayi Mommy bukan?
Oleh itu, bagi membantu Mommy yang menghadapi masalah susu badan ini, Motherhood akan kongsikan tips atau cara mengeluarkan susu badan selepas bersalin dengan mudah melalui perkongsian di bawah ini. Jom lihat!
Cara Keluarkan Susu Badan Paling Mudah
Bagi mommy yang berhadapan dengan masalah untuk mengeluarkan susu boleh mencuba cara seperti di bawah.
#1. Cara Keluarkan Susu Badan Melalui Makan dan Minum dengan Secukupnya
Cara keluarkan susu badan yang Mommy boleh lakukan adalah melalui pemakanan. Untuk pastikan susu badan Mommy keluar dengan banyak, Mommy perlu makan dan minum dengan secukupnya.
Tahukah Mommy salah satu punca kenapa susu badan Mommy sedikit adalah kerana Mommy kurang makan dan minum. Mommy-mommy yang berpantang sering menghadapi masalah ini.
Mana taknya, banyak makanan dan minuman yang Mommy tidak boleh ambil kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada Mommy dan bayi. Selain itu, Mommy juga risau jika makan banyak berat badan tidak akan turun.
Tetapi, walaupun Mommy tak sabar nak kembali kurus Mommy masih perlu makan dan minum secukupnya untuk
badan menghasilkan susu. Keutamaan Mommy pada masa sekarang ialah menyusukan bayi Mommy dengan secukupnya.
Oleh itu, pastikan Mommy makan dan minum dengan cukup okey!
#2. Lakukan Urutan Banyakkan Susu
Cara yang kedua, Mommy boleh melakukan urutan banyakkan susu untuk menggalakkan penghasilan susu. Urutan yang boleh Mommy lakukan ialah cara urutan untuk keluarkan susu badan melalui kaedah marmet.
Urutan banyakkan susu melalui kaedah ini boleh juga dilakukan sebelum Mommy bersalin. Mommy boleh melihat caranya di dalam internet seperti yang telah diajarkan oleh pakar laktasi.
Atau Mommy juga boleh mengambil perkhidmatan urutan banyakkan susu dari mereka yang mempunyai kepakaran dalam hal ini. Bahkan melalui mereka yang pakar, boleh juga lakukan urutan bengkak susu tersumbat bagi Mommy yang mengalaminya.
#3. Cara Keluarkan Susu Badan dengan Rehat dan Tidur yang Cukup
Selain itu, Mommy juga perlu mendapatkan rehat dan tidur dengan cukup. Hal ini kerana, tanpa rehat dan tidur yang cukup boleh menyebabkan penghasilan susu Mommy berkurangan.
Jangan beri alasan bahawa bayi Mommy meragam menyebabkan Mommy tidak dapat berehat dan tidur dengan cukup. Dapatkan bantuan dari suami supaya Mommy boleh mendapatkan rehat dan tidur.
#4. Ambil Makanan dan Minuman yang Boleh Memperbanyakkan Susu
Tahukah Mommy banyak makanan dan minuman yang bertindak sebagai milk booster? Mommy boleh berikhtiar dengan makan makanan ini untuk bantu penghasilan susu Mommy.
Antaranya ialah halba, kurma, air horlicks, lobak putih dan air longan. Mommy boleh masukkan makanan dan minuman ini dalam menu harian Mommy.
#5. Cara Keluarkan Susu Badan dengan Elakkan Stress dan Rasa Sedih
Mommy yang dalam proses penyusuan elakkan dari sebarang situasi yang boleh mengundang stress atau sedih. Ini kerana, stress dan sedih boleh memberi kesan kepada penghasilan susu mommy.
Sentiasa berfikiran positif untuk mengelakkan mommy dari berfikir perkara yang boleh menyebabkan stress atau sedih.
#6. Konsisten dengan Penyusuan yang Berterusan
Tahukah mommy kunci utama untuk memperbanyakkan penghasilan susu ialah Supply (pengeluaran/penghasilan) dan Demand (permintaan). Semakin tinggi demand maka semakin tinggi supply. Susukan bayi Mommy mengikut kehendaknya.
Setiap kali Mommy menyusukan bayi, payudara Mommy akan menghasilkan susu yang baru. Jika payudara Mommy sentiasa ‘penuh’, maka susu baru tidak akan terhasil. Ini akan memberi kesan kepada penghasilan susu
Mommy.
Oleh itu, konsisten dengan penyusuan yang berterusan sekaligus akan menggalakkan pengeluaran susu. Mommy-mommy jangan mudah berputus asa untuk menyusukan bayi Mommy.
Sesungguhnya, susu Mommy adalah makanan terbaik buat bayi. Oleh itu, cuba untuk lakukan cara di atas bagi membanyakkan dan mengeluarkan susu badan.
Diharapkan dengan perkongsian ini, Mommy akan mula mengikuti tips-tips yang diberikan. Semoga Mommy berjaya keluarkan susu badan tanpa ada halangan lagi!
Mommy juga boleh dapatkan pelbagai lagi info menarik mengenai penyusuan di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.