Keseronokan mendapat cahaya mata baru membuatkan para ibu tersenyum bahagia. Tapi jangan lupa, selepas bersalin masalah perut yang menggelebeh juga tentu membuatkan para ibu menjadi susah hati.
Daripada biarkannya, apa kata kalau anda mulakan operasi kembali ke bentuk asal dengan cara kempiskan perut selepas bersalin yang kami kongsikan dalam artikel ini
Ramai menganggap, selepas bersalin berat badan akan turun dan bentuk badan akan kembali kepada yang asal.
Tetapi sebenarnya bukan perkara mudah untuk langsingkan tubuh selepas melahirkan si kecil kerana walaupun berat turut tetapi masih lagi ada lemak-lemak dan selulit di bahagian perut yang sukar dihilangkan.
Tanpa membuang masa, jom ikuti perkongsian ini untuk memahami dengan lebih jelas apakah cara untuk kembalikan bentuk badan kepada asal terutama di bahagian perut. Jom lihat!
Cara Kempiskan Perut Selepas Bersalin
Kalau Mommy nak tahu, perut buncit disebabkan oleh lemak yang terkumpul. Lemak ni pula terhasil dari pengambilan gula dalam bentuk nasi, roti dan biskut tetapi tidak digunakan sepenuhnya sebagai tenaga.
Secara faktanya, ramai para ibu yang mengalami perut buncit selepas bersalin sehingga menjadikan mereka runsing dengan bentuk badan. Perut yang kempis menjadi idaman para ibu selepas bersalin.
Namun, untuk dapatkan perut yang kempis bukan mudah seperti yang disangka. Ianya mengambil masa yang lama dan perlu dilakukan secara konsisten setiap hari serta kuncinya adalah rajin dan usaha.
Oleh itu, bagi Mommy yang bercita-cita tinggi untuk dapatkannya, ikuti tips atau cara hilangkan perut buncit selepas bersalin dan kekal ramping serta langsing seperti anak dara walaupun selepas bergelar ibu di bawah ini.
#1. Diet Yang Seimbang
Sejak dari awal kehamilan, para ibu perlu memastikan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang agar tidak perlu alami perut buncit selepas bersalin. Menu yang dihidangkan waktu berpantang perlulah lengkap dengan karbohidrat, protein dan serat serta nutrisi penting yang lain.
Rutin pemakanan yang sihat sewaktu berpantang sangat penting untuk mempercepatkan pemulihan luka bersalin, memberi tenaga dan membantu mengurangkan berat badan.
Mommy disarankan untuk meningkatkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin dan protein. Ia adalah contoh makanan diet yang seimbang yang boleh membantu untuk mengawal kalori di samping mengurangkan pengambilan garam dan gula.
#2. Penyusuan Badan
Penyusuan bukan hanya memberi manfaat kepada bayi sahaja, malah ianya juga sangat membantu Ibu untuk kekal langsing semula. Ibu digalakkan menyusukan bayinya secara ekslusif hanya dengan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan sehingga bayi berumur 6 bulan tanpa memberi makanan dan minuman tambahan selain dari susu ibu.
Kalau Mommy nak tahu, pemberian susu badan kepada bayi mampu membakar hampir 500 kalori setiap hari. Jadi, teruskan pemberian susu badan sehingga mencukupi umur yang sesuai.
##3. Berbengkung
Memakai bengkung selepas bersalin merupakan amalan tradisi turun-temurun dalam budaya kita. Ia merupakan salah satu cara yang berkesan untuk kembali langsing selepas bersalin. Dengan pemakaian bengkung yang sesuai, ia berfungsi untuk membakar lemak dan membuang lebihan angin dalam badan.
Berbengkung ini bukanlah serta merta dapat mengempiskan perut ibu-ibu tetapi, ia dapat membantu menyokong perut ibu yang baru lepas bersalin. Pakai bengkung akan dapat membantu menghilangkan perut buncit dengan mengurangkan risiko untuk makan berlebihan.
Namun begitu, bagi ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan tidak disarankan untuk menggunakan bengkung tradisional sehingga sekurang-kurangnya selepas 4-6 minggu selepas bersalin.
4. Cara Kempiskan Perut Selepas Bersalin dengan Bertungku
Selain memakai bengkung, bertungku juga merupakan amalan tradisi para ibu selepas bersalin yang telah diamalkan sejak dari zaman dahulu lagi. Tujuan bertungku adalah untuk membantu mengeluarkan darah beku, memecahkan lemak dan mengecutkan rahim bagi ibu selepas bersalin.
Manakala, haba dari herba-herba yang digunakan ketika bertungku juga mengandungi khasiat tersendiri di mana ia dapat membantu mengeluarkan peluh dan toksin berlebihan dari dalam badan.
Kesan dari itu, badan anda akan rasa lebih segar, ringan dan bertenaga serta dapat mengekalkan bentuk badan yang diimpikan.
#5. Minum Air Kosong
Amalan banyakkan minum air kosong juga merupakan cara yang sangat penting, mudah dan berkesan untuk menurunkan berat badan dan kempiskan perut.
Dengan air kosong, dapat menghapuskan toksin yang terkumpul dalam badan anda dan juga membantu mengurangkan lemak perut.
6. Cara Kempiskan Perut Selepas Bersalin dengan Bersenam
Mommy yang ingin kelihatan ramping, mesti melakukan senaman setiap hari untuk membakar kalori yang cukup agar lemak yang tersimpan dapat digunakan. Elakkan dari melakukan senaman berat kerana ia boleh menyebabkan kecederaan pada rahim dan boleh menyebabkan rahim terkeluar.
Cukup dengan melakukan senaman ringan iaitu demgan mengngkat kaki sambil berbaring dan tangan diletakkan di bawah kepala. Lakukan senaman ringan ini setiap hari selama 20minit.
7. Kempiskan Perut Selepas Bersalin dengan Jus Limau
Selain itu, masalah perut buncit selepas bersalin boleh juga diatasi dengan mengamalkan petua tradisional.
Ambil beberapa biji limau dan sedikit kapur makan.
Perahkan jus limau dan gaul bersama kapur tadi. Sapukan pada perut dan biarkan sehingga kering, untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Boleh diamalkan semasa berpantang sebelum memakai bengkung dan pada bila-bila masa sahaja. Sapuan ini akan menyebabkan perut terasa hangat kerana kesan kapur.
#8. Cara Kempiskan Perut Selepas Bersalin dengan Teh hijau
Selain menjaga pemakanan dan bersenam secara teratur, Mommy boleh mempercepatkan proses kempiskan perut dengan mengamalkan minum teh hijau. Minum teh hijau selepas makan makanan yang berlemak.
#9. Losyen
Masa kini, terdapat pelbagai jenis pilihan losyen di pasaran yang menjanjikan perut kempis setelah memakainya. Bagi para ibu yang menyusukan anak, kandungan dalam losyen sangat dititikberatkan dan perlulah berhati-hati dan pastikan ianya selamat digunakan oleh ibu menyusu.
Carilah losyen yang mempunyai kandungan kolagen, Vitamin A, Vitamin D dan Vitamin E, kerana khasiat kandungannya dapat membantu melancarkan peredaran darah dan secara tidak langsung mengempiskan perut.
#10. Cara Kempiskan Perut Selepas Bersalin dengan Buah Epal
Epal juga sangat bagus untuk mengempiskan perut anda, samaada dimakan begitu saja atau dijadikan jus. Pectin dalam epal bertindak membantu membakar lebihan lemak perut. Kandungan epal kaya dengan antioksida dapat membantu mengelakkan pengumpulan lemak secara berlebihan.
#11. Minum Minuman yang Masam
Selain itu, antara cara atau tips orang tua kempiskan perut adalah dengan minum minuman yang masam akan menggalakkan pembakaran lemak di dalam tubuh. Amalkanlah minum air limau nipis, atau jus oren segar sebaik-baiknya diminum tanpa gula.
Air lemon juga sesuai diminum untuk kempiskan perut, Mommy cuma perlu campurkan segelas air suam dengan sedikit jus lemon dan separuh sudu madu. Minum ketika perut kosong.
Penjagaan pemakanan seharian kita memainkan peranan yang sangat penting merupakan antara petua kempiskan perut selepas bersalin. Elakkan pengambilan gula secara berlebihan, diet yang betul adalah lebih baik dan digalakkan supaya perut yang buncit tidak terus membuncit.
Semoga dengan perkongsian mengenai cara-cara untuk kempiskan perut buncit selepas bersalin ini akan membantu Mommy semua mendapatkan perut yang ramping dan ideal semula.
Mommy juga boleh menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan pelbagai tips berguna serta ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my.
Mommy juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips menarik yang lain di SINI!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.