Solat merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam dan untuk merasai kenikmatan dalam solat itu sendiri apa yang perlu kita lakukan adalah dengan cara khusyuk dalam solat.
Selain daripada menjadi satu kewajipan, solat juga mempunyai banyak manfaat kepada tubuh dan minda kita. Namun begitu, seringkali kita menghadapi masalah untuk kekal khusyuk semasa menunaikan solat.
Apa itu khusyuk?
Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, khusyuk bermaksud dengan penuh minat atau sepenuh hati (ketika mendengar atau berbuat sesuatu).
Manakala menurut pendapat ulama, khusyuk bermaksud hati yang teguh ketika menghadap Allah S.W.T. dengan merendah diri.
Memandangkan solat merupakan ibadah wajib dan tak ramai yang mampu khusyuk ketika solat, oleh itu melalui perkongsian kali ini, kami akan kongsikan mengenai cara khusyuk dalam solat untuk sama-sama kita jadikan panduan.
Jom lihat apakah caranya di bawah ini!
Cara Khusyuk Dalam Solat
Berikut adalah 7 tips khusyuk dalam solat yang boleh membantu untuk meningkatkan kualiti solat.
#1. Cara Khusyuk Dalam Solat Dengan Melakukan Persediaan Sebelum Solat
Sebelum memulakan solat, pastikan anda sudah melakukan persiapan yang mencukupi seperti membersihkan diri, mengenakan pakaian yang bersih dan kemas serta mempersiapkan ruang solat yang selesa dan tenang.
Pastikan juga anda telah mengambil wuduk dengan sempurna kerana ia dapat membantu meningkatkan fokus semasa solat.
#2. Fokus Pada Niat
Tips atau cara khusyuk dalam solat yang seterusnya ialah sebelum memulakan solat, fokuskan minda anda pada niat yang ikhlas dan jelas.
Ingatkan diri bahawa solat adalah suatu perintah dari Allah S.W.T. dan anda melaksanakannya semata-mata untuk memohon keredhaan-Nya serta mendapat keberkatan dari Allah S.W.T adalah cara untuk khusyuk dalam solat yang berkesan.
#3. Jangan Tergesa-gesa Dalam Pergerakan
Selain itu, antara tips atau cara mendapatkan khusyuk dalam solat lain adalah semasa menunaikan solat, pastikan semua rukun solat dilakukan dengan perlahan-lahan dan elakkan pergerakan anggota badan yang tergesa-gesa seolah-olah seperti ingin cepat habis.
Ini kerana pergerakan yang tergesa-gesa atau pergerakan yang cepat boleh mengganggu konsentrasi anda.
Contohnya, semasa rukuk dan sujud, pastikan semasa habis rukuk atau sujud berhenti seketika (tomakninah) sebelum bangun untuk meneruskan rukun yang lain.
Oleh itu elakkan diri dari tergesa-gesa sebagai cara nak khusyuk ketika solat.
#4. Dengar dengan Telinga, Lihat dengan Mata
Di samping itu, semasa menunaikan solat, dengarlah dengan telinga dan lihatlah dengan mata. Dengarlah bacaan al-Quran atau doa yang dilafazkan oleh imam atau diri sendiri serta fokuskan pandangan pada tempat solat.
Ini dapat membantu menghindarkan minda anda daripada terpesong kepada perkara-perkara lain. Jangan badan di tempat solat, tapi minda di meja makan!
#5. Cara Khusyuk Dalam Solat dengan Fokus Pada Makna Bacaan
Semasa membaca surah atau doa semasa solat, pastikan anda memahami makna setiap ayat dan perkataan yang dilafazkan. Jangan sekadar membaca tanpa memahami kerana ia hanya akan menjadi rutin harian yang membosankan.
Lebih bermakna jika anda mengetahui setiap perkataan atau ayat yang kita lafazkan. Seolah-olah kita sedang bercakap dengan Allah S.W.T.
Pastinya khusyuk milik kita. Contohnya, fahami setiap maksud ayat dalam surah al-Fatihah kerana surah ini bukan sekadar surah biasa tetapi ayat-ayatnya seolah-olah satu permintaan atau doa kita kepada Allah S.W.T.
#6. Cara Khusyuk Dalam Solat dengan Jaga Waktu Solat
Khusyuk akan dapat dikecapi apabila anda menunaikan solat pada waktu yang ditetapkan. Ini kerana waktu solat merupakan saat yang paling tepat bagi kita untuk berkomunikasi dengan Allah S.W.T.
Oleh itu, jangan remehkan pentingnya waktu solat dalam kehidupan kita. Bukan itu sahaja, menjaga waktu solat juga bermaksud solat di awal waktu.
Elakkan solat dihujung waktu kerana anda akan menjadi terkejar-kejar untuk menunaikan solat sebelum waktu habis. Jadi, jaga waktu solat dan solatlah di awal waktu.
#7. Konsisten dan Sabar
Memperoleh khusyuk semasa solat bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan ketekunan dan kesabaran dalam melaksanakan setiap rukun solat.
Pastikan anda konsisten dan sabar dalam usaha untuk meningkatkan kualiti solat anda. Sentiasa update ilmu kita dengan guru-guru atau sumber-sumber yang boleh dipercayai mengenai cara untuk solat yang betul.
Walaupun kadang-kadang kita terganggu dengan tingkah laku anak atau sebagainya tetaplah bersabar. Kita juga boleh jadikan solat Rasulullah S.A.W. sebagai panduan solat kita.
Solat adalah tiang agama. Solat ialah ibadah yang sangat penting dan harus diambil secara serius oleh setiap umat Islam. Dengan mengamalkan 7 tips khusyuk dalam solat ini, kita boleh membantu meningkatkan kualiti solat kita dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T..
Lihat panduan ibadah yang lain di SINI!