Kalau Mama risau tentang berat badan buat masa ini atau berasa seluar dan baju sudah ketat, mungkin Mama ingin tahu adakah berat badan Mama berada pada tahap yang ideal atau sebaliknya. Mengenalpasti BMI dan mengetahui cara kira BMI adalah penting untuk memastikan kesihatan dan berat badan Mama terkawal.
Apa Itu BMI?
Indeks Jisim Badan, atau lebih dikenali sebagai BMI (Body Mass Index) ialah alat penilaian kesihatan yang biasa digunakan di kebanyakan kemudahan penjagaan kesihatan. Cara kira BMI ini direka oleh seorang ahli matematik dari Belgium bernama Lambert Adolphe Jacques Quetelet pada tahun 1832.
Beliau mencipta skala BMI ini untuk membuat anggaran dengan cepat bagi tahap obesiti dan berat badan dalam populasi tertentu. Ia bertujuan untuk membantu kerajaan dalam memperuntukkan sumber kesihatan dan kewangan.
Yang menariknya, Quetelet menyatakan bahawa BMI tidak begitu berguna dalam mengkaji seseorang individu, tetapi hanya untuk memberikan gambaran kesihatan keseluruhan sesebuah populasi. Walau bagaimanapun, ia masih digunakan secara meluas untuk mengukur kesihatan individu.
Secara ringkas, BMI adalah ukuran untuk menilai berat badan anda berbanding dengan ketinggian.
Cara Kira BMI
Cara kira BMI paling mudah ialah dengan menggunakan formula BMI yang sedia ada, iaitu:
BMI =
|
Berat badan (kg)
|
Tinggi (m2)
|
ataupun;
BMI =
|
Berat badan (kg)
|
Tinggi (m) x Tinggi (m)
|
Untuk memudahkan pengiraan, Mama perlu dapatkan nilai kuasa dua ketinggian Mama dahulu, kemudian bahagikan berat badan dengan nilai kuasa dua ketinggian itu.
Sebagai contoh, kalau tinggi Mama adalah 1.6 meter (160cm), nilai kuasa duanya akan menjadi 2.56. Jika berat badan Mama ialah 55kg, maka:
BMI =
|
55kg
|
2.56
|
=
|
21.5
|
Senang saja kan cara kira BMI ni? Selepas Mama dah kenalpasti nilai BMI, Mama kena tahu pula nilai BMI tadi termasuk dalam kategori yang mana satu. Jangan risau sebab ia tidaklah rumit!
Kategori BMI
Secara umumnya, nilai BMI terbahagi kepada lima kategori:
Jika BMI anda (kg/m²) adalah: | Maksudnya anda: |
kurang daripada 18.5 | Kurang berat badan |
dalam lingkungan 18.5 – 24.9 | Mempunyai berat badan unggul |
dalam lingkungan 25 – 30 | Berlebihan berat badan |
30 atau lebih | Obes |
Kalau mengikut contoh tadi dimana nilai BMI ialah 21.5, itu bermaksud ia termasuk dalam kategori berat badan normal dan sihat.
Mama tahu tak, mengekalkan BMI yang sihat adalah penting kerana ia boleh menjadi penunjuk kesihatan Mama secara am. Ini kerana berat badan yang kekurangan atau berlebihan boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan.
Kajian menunjukkan bahawa berat badan yang berlebihan boleh menjadi atau membawa masalah kesihatan yang serius bagi kebanyakan orang. Tambahan pula, ia boleh meningkatkan risiko beberapa penyakit serius lain seperti penyakit jantung, darah tinggi, dan kanser.
Walaubagaimanapun, bacaan BMI yang ideal atau berat badan unggul dapat dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang kerap. Ia juga dapat membantu mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan masalah berat badan.
Cara Kira BMI Untuk Ibu Mengandung, Kanak-Kanak, Dan Bayi
Kalkulator atau cara kira BMI yang ditunjukkan tadi boleh digunakan oleh orang dewasa. Tapi bagaimana pula dengan ibu mengandung, kanak-kanak, dan bayi?
BMI Ibu Mengandung
Kalau Mama sedang hamil, sudah tentu berat badan terkini tidak boleh digunakan menggunakan cara kiraan tadi semasa hamil! Tambahan pula, penambahan berat badan semasa hamil tentu berbeza bagi setiap wanita dan juga peringkat kehamilan.
Jadi untuk menentukan berat badan yang ideal semasa hamil, Mama boleh gunakan cara kira BMI tadi untuk mendapatkan bacaan sebelum hamil. Kemudian dari bacaan tersebut, Mama perlu pastikan berapa banyak berat badan yang perlu ditambah semasa hamil seperti berikut:
- Wanita yang kekurangan berat badan (BMI <18.5) perlu mendapatkan lebih banyak berat, dari 12-18kg
- Wanita dengan berat badan purata (BMI dari 18.5 – 25) perlu mendapat kira-kira 11-15kg
- Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan (BMI> 25) perlu menambah berat hanya 6-11kg
Penambahan berat badan mengikut minggu pula adalah seperti berikut untuk wanita hamil dengan purata BMI normal (18.5-25):