Antara ilmu parenting yang penting adalah cara memandikan bayi dengan betul. Si comel kita ni masih tidak lagi biasa dengan kehidupan di dunia.
Tambahan pula, badan bayi ni masih kecil dan tak kuat kan. Risau juga bila kendong dan pegang mereka. Leher pun lembik lagi.
Cara Mandikan Bayi Dalam Dengan Betul
Highlighted
Dengan kaedah yang betul dan selamat, Mommy dan Daddy tak perlu risau sebenar tentang cara mandikan bayi anda. Jom, kita cuba buat sama-sama:
Sebelum mandikan bayi
#1. Sediakan keperluan mandi
Sebelum Mommy mandikan bayi, pastikan Mommy sediakan terlebih dahulu keperluan untuk mandikan bayi seperti:
- Bathtub bayi
- Sabun mandi bayi
- Syampu bayi
- Tuala
- Tuala kecil
- Air suam
- Pelapik getah
#2. Sediakan persalinan baru bersama pampers
Tak dilupakan juga, letakkan terus setempat persalinan baru si comel bersama pampersnya. Kita tak nak nanti bila dah selesai mandi, kalut pula mencari.
#3. Buka pampers dan bersihkan najis bayi
Bila dah sedia nak mandikan bayi, buka pampersnya dan bersihkan dahulu najis yang melekat.
Semasa mandikan bayi
#4. Masukkan bayi ke dalam bathtub berisi air suam bersabun
Dah cuci semua, masukkan bayi ke dalam bathtub berisi air suam yang bersabun. Biarkan kaki si comel dahulu menyentuh air ya. Sebelah tangan menyokong bahu dan leher bayi manakala sebelah lagi memangku kedua-dua belah kakinya.
#5. Lap badan bayi dengan tuala kecil
Bila bayi dah duduk dalam bathtub dengan posisi yang selesa, celupkan tuala kecil ke dalam air suam bersabun ini dan lapkan keseluruhan badan bayi dengan perlahan. Fokus di kawasan celah dan pelipatnya ya.
Boleh juga bersihkan rambut bayi jika perlu.
#6. Masukkan bayi ke dalam bathtub berisi air suam bersih
Untuk lebih menyenangkan, Mommy kena ada 2 bathtub bayi. Yang kedua ini berisi air suam bersih yang digunakan untuk membilas sabun di badan si comel.
Selepas mandikan bayi
#7. Baringkan bayi di atas tuala yang dihampar di atas pelapik getah
Bila dah siap mandikan bayi, angkat bayi keluar dari bathtub dengan menggunakan sebelah tangan menyokong leher dan kepalanya dan sebelah tangan lagi memegang dan memangku kedua-dua belah kakinya.
Baringkan mereka di atas tuala yang telah dihamparkan di atas pelapik getah.
#8. Keringkan badan bayi dan pakaikan pakaian baru
Keringkan keseluruhan badan bayi dengan tuala dan bolehlah untuk pakaikan pampers dan baju baru!
Tak susah pun kan sebenarnya cara mandikan bayi dengan betul ni Mommy? Cuba buat satu persatu dan kalau rasa macam tak yakin je, bolehlah buat bersama-sama dengan Daddy dahulu.
Bila dah rasa macam boleh buat sendiri, cubalah langkah demi langkah ya? Ilmu memandikan bayi ni memang penting. Sebab itulah amat disarankan untuk Mommy dan Daddy join kelas parenting.
Dalam kelas ini, banyak ilmu yang akan dikongsikan yang pastinya berguna untuk keluarga kecil Mommy.
Dalam pada Mommy Daddy sibuk menantikan kelahiran si comel, tambahkan ilmu keibubapaan dengan menyertai program Parentcraft bersama Motherhood.com.my yang fun dan interaktif secara ONLINE atau OFFLINE, yang dikendalikan oleh pakar dan perunding berpengalaman.
Bukan tips dan ilmu berguna je tau yang bakal Mommy dan Daddy dapat, tetapi, ada banyak baucar, giveaways dan promosi bulanan menarik hanya di Motherhood.com.my.
Layari laman rasmi Kelas Parentcraft Motherhood dan jangan lupa untuk download aplikasi Motherhood The Parenting SuperApp untuk mendapatkan maklumat keibubapaan berguna, terus di hujung jari anda.
Lihat panduan penjagaan bayi yang lain di SINI.