Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Cara Melatih Anak Minum Susu Formula Paling Senang – Mommy Tak Perlu Stress Lagi!

cara melatih anak minum susu formula

Kredit gambar: milk-drunk.com

Berikutan ramai Mommy yang menyatakan anak mereka sukar minum susu formula, pada kali ini Motherhood ingin kongsikan beberapa cara melatih anak minum susu formula yang berkesan kepada Mommy semua.

Memberi anak minum susu formula bukanlah perkara mudah dan ia benar-benar menguji kesabaran. Apatah lagi bagi anda yang baharu pertama kali bergelar ibu dan sedang menghadapi masalah susu ibu kurang atau tiada susu.

Malah ada juga Mommy yang menghadapi masalah untuk menyusukan bayi mereka disebabkan oleh bayi mempunyai masalah tongue tie, Mommy sibuk perlu keluar bekerja, dan banyak lagi faktor lain.

Oleh itu, alternatif yang digunakan untuk memberikan susu kepada si manja adalah dengan memberikan susu formula atau susu botol.

Tetapi, ia bukanlah semudah yang disangka. Bagi sesetengah Mommy, proses untuk melatih si comel untuk minum susu formula ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang tinggi.

Jadi, bagi Mommy yang masih mempunyai masalah untuk berikan anak susu formula atau anak tidak minum susu formula, boleh ikuti perkongsian di bawah ini mengenai cara nak bagi anak minum susu formula!

Cara Melatih Anak Minum Susu Formula

Highlighted

Kredit gambar: www.popsugar.com

Berikut adalah beberapa cara melatih anak minum susu formula yang mungkin boleh digunakan oleh Mommy iaitu:

#1. Pilih Susu Formula Yang Terbaik

Susu formula yang baik haruslah memenuhi keperluan nutrisi bayi serta tidak memberikan kesan yang tidak baik kepada si manja.

Oleh itu cara melatih anak minum susu formula yang pertama adalah Mommy boleh mencuba pelbagai jenis susu yang ada dalam pasaran.

Dari yang murah sehingga yang mahal. Namun, jika Mommy mahukan yang terbaik boleh dapatkan pandangan dari pakar kesihatan ataupun doktor.

Mommy boleh lihat di SINI untuk melihat tanda susu formula tidak sesuai dengan bayi.

#2. Mulakan dengan Kuantiti Yang Sedikit Dahulu

Kredit gambar: cen.acs.org

Saat pertama kali memberikan susu botol, mulakan dengan kuantiti yang sedikit dahulu. Kemudian, tingkatkan jumlah susu formula perlahan-lahan sehingga benar-benar mencapai jumlah yang diperlukan untuk bayi Mommy.

Ini untuk melihat tindak balas bayi Mommy terhadap susu formula tersebut.

#3. Penggunaan Suhu Susu Yang Betul

Bayi mungkin tidak menyukai minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Untuk mengelakkan ini, sebaiknya cuba berikan susu dengan suhu yang tidak terlalu panas atau sejuk.

Dengan kata lain beri bayi anda minum susu botol yang suam.

#4. Beri Mengikut Keperluan Bayi

Kredit gambar: www.dartmouth-hitchcock.org

Cara nak bagi anak minum susu formula yang seterusnya adalah dengan memberikan susu botol mengikut keperluan mereka.

Pastikan Mommy memberikan susu formula mengikut keperluan bayi Mommy. Jangan berikan susu formula selepas bayi baru lepas minum atau dalam keadaan bayi terlalu lapar.

Ini kerana, jika bayi kenyang sudah pasti si manja akan menolak susu tersebut manakala jika terlalu lapar bayi Mommy akan “tunjuk perasaan”.

#5. Proses Menghisap Susu Botol Yang Betul

Kredit gambar: www.verywellfamily.com

Kebanyakan bayi mungkin tidak mahir menghisap susu botol pada awalnya kerana terbiasa dengan cara menghisap susu badan.

Mommy perlu menyentuh bibir atas dan bawah bayi bagi merangsang mereka untuk menghisap susu botol. Ini akan membantu bayi untuk menghisap dengan lebih efektif dan mengelakkan banyak susu formula terbuang.

#6. Cara Melatih Anak Minum Susu Formula dengan Cara Tidak Memaksa

Jangan sesekali memaksa bayi Mommy untuk menerima susu formula tersebut. Proses ini sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi.

Jangan berputus asa. Jika si manja Mommy terus menerus menolak susu formula cuba periksa samada terdapat masalah lain yang menyebabkan bayi Mommy menolak susu tersebut seperti susu tidak sesuai, sakit atau keletihan.

#7. Pilih Puting Yang Sesuai

Kredit gambar: www.theatlantic.com

Antara cara melatih anak minum susu formula yang lain adalah dengan memilih puting yang sesuai. Ini penting kerana bayi sudah terbiasa dengan puting ibu.

Oleh itu, pastikan Mommy memilih puting yang seakan puting ibu. Ini akan membantu bayi Mommy untuk minum susu formula dengan lebih baik.

#8. Pemilihan Botol Yang Sesuai

Pemilihan botol yang sesuai juga memainkan peranan dalam melatih anak untuk minum susu formula.

Pilih botol yang mempunyai design yang memudahkan bayi untuk pegang, saiz mengikut keperluan susu yang diberikan dan bentuk yang baik untuk aliran susu.

Barulah anak Mommy boleh minum susu botol dengan gembira dan dapat minum susu formula yang diberikan dengan sebaiknya.

#9. Cara Melatih Anak Minum Susu Formula dengan Pastikan Posisi Memberi Susu Adalah Betul

Kredit gambar: Twitter @CDCgov

Selain itu, pastikan juga posisi memberikan susu adalah posisi yang selesa dan betul. Seeloknya sekiranya memberikan susu formula menggunakan botol susu pastikan kepala bayi Mommy lagi tinggi dari perutnya.

Ini untuk mengelakkan dari bayi Mommy tersedak. Mommy boleh juga mencuba posisi lain yang dikira sesuai dan selamat untuk bayi.

Contohnya, berikan susu pada posisi seperti memberikan susu badan. Tetapi, harus diingat kepala perlu lebih tinggi untuk elakkan bayi tersedak susu.

#10. Suasana Yang Tenang Tanpa Gangguan

Semasa memberikan susu formula kepada anak, elakkan dari berada dalam suasana yang bising atau mengganggu konsentrasi anak Mommy.

Suasana yang tenang mampu membantu mereka menikmati susu formula tersebut dan mungkin boleh membantu anak Mommy tidur semasa sesi minum susu tersebut.

#11. Cara Melatih Anak Minum Susu Formula dengan Biasakan Si Comel dengan Puting Susu

Di samping itu, Mommy boleh cuba juga untuk membiasakan bayi Mommy dengan puting susu terlebih dahulu. Banyak kes di mana bayi menolak susu formula kerana tidak biasa dengan puting susu atau botol itu sendiri.

Mommy boleh cuba dengan memberikan anak Mommy memegang botol atau puting susu semasa sedang menyusu badan.

Ini kerana, terdapat bayi yang suka bermain dengan puting ibunya semasa sedang menghisap susu badan.

Sebagai alternatif berikan botol susu untuk membiasakan mereka dan pada waktu yang tepat berikan susu formula dengan menggunakan botol kepadanya.

#12. Cara Melatih Anak Minum Susu Formula dengan Berjauhan Dari Ibu

Sekiranya Mommy masih menyusukan bayi Mommy secara terus, tetapi disebabkan masalah lain yang menyebabkan Mommy tidak boleh berbuat demikian, pastikan anda berada jauh dari bayi semasa sesi memberikan susu formula.

Ini kerana, bayi sangat kenal dengan bau Mommynya dan ini boleh mengganggu proses penyusuan tersebut.

Proses melatih ini akan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan sesekali putus asa. Sentiasa konsisten semasa melatih si comel Mommy. Satu hari nanti pasti akan berhasil.

Semoga membantu!


Untuk lebih informasi yang terkini serta perkongsian menarik daripada pakar-pakar di Malaysia, Mommy boleh sertai Motherhood New Mom Privilege.

Mommy juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai baucar, welcome gift, cabutan bertuah bulanan, dan hadiah istimewa apabila anda mendaftar di New Mom Program yang dianjurkan Motherhood.com.my.


Klik di SINI untuk panduan dan info berkaitan si manja Mommy.