Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Cara Melebatkan Rambut Bayi Dengan Bahan Yang Selamat dan Berkesan

cara melebatkan rambut bayi

Kredit gambar: www.allure.com

Kalau Mommy sedang mencari cara melebatkan rambut bayi, sebenarnya terdapat banyak cara yang terbukti berkesan. Ada cara yang tak perlu keluarkan wang, ada juga cara yang memerlukan modal untuk dilaburkan. Seperti yang Motherhood kongsikan di bawah ini, pelbagai petua atau tips melebatkan rambut bayi yang boleh Mommy cuba.

Petua-petua yang dikongsikan ini juga sememangnya terbukti berkesan dalam mendapatkan rambut yang sihat, lebat dan lembut. Mommy boleh buat pilihan, cara manakah yang Mommy ingin cuba untuk si manja tersayang. Apa yang penting dan tidak merisaukan, semua kaedah ini adalah selamat.

Jom lihat!

Cara Melebatkan Rambut Bayi Guna Petua Orang Lama

Highlighted

Kredit gambar: www.timesnownews.com

#1. Cara Melebatkan Rambut Bayi Dengan Minyak Kelapa

Mommy boleh sapu minyak kelapa di rambut bayi pada dua atau tiga kali seminggu untuk melebatkannya. Minyak kelapa berfungsi untuk merangsang pertumbuhan rambut dan melancarkan peredaran darah ke kulit kepala.

Selain itu, ia juga berupaya menjadikan rambut lebih kuat, lebat dan berkilat.

#2. Kerap Cuci Rambut

Bagi bayi yang berumur 9 bulan dan ke atas, Mommy boleh mencucui rambut setiap 2 hingga 3 kali sehari. Ia bertujuan untuk memastikan kulit kepala bayi sentiasa dalam keadaan bersih dari segala kotoran yang boleh melambatkan proses pertumbuhan rambut.

#3. Cara Melebatkan Rambut Bayi Menggunakan Perapi Rambut

Selain itu, Mommy juga boleh menggunakan perapi rambut yang mesra bayi di mana ia mengandungi vitamin E. Ia bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit kepala dan melindungi rambut.

#4. Menyapu Gelatin Pada Kulit Kepala Bayi

Antara cara lain melebatkan rambut bayi adalah dengan menyapu gelatin pada kulit kepala bayi. Gelatin yang mengandungi asid amino berupaya untuk merangsang pertumbuhan rambut dengan lebih cepat.

Caranya adalah, bagi bayi yang berumur 1 tahun ke atas Mommy boleh campurkan 1 sudu teh gelatin dengan air suam, kemudian terus sapukan pada kulit kepala bayi.

#5. Menggunakan Aloe Vera

Caranya adalah dengan mengambil lidah buaya dan campurkannya dengan air suam. Kemudian, sapukan di atas kepala bayi seminggu sekali. Biar selama beberapa minit dan bilas sehingga bersih.

#6. Cara Melebatkan Rambut Bayi Menggunakan Minyak Argan

Minyak yang kaya dengan vitamin E serta antioksidan ini berupaya membantu menjadikan rambut bayi tumbuh dengan lebih lebat, lembut dan licin.

Sapukan minyak ini di atas kepala bayi dan biarkan beberapa seketika sebelum dibilas bersih. Mommy boleh gunakannya sekerap yang mungkin.

#7. Gunakan Syampu Bayi

Pilih syampu yang anti-kerengsaan dan mesra bayi. Kandungan bahan kimia yang rendah di dalamnya mampu melindungi rambut dari cepat rosak.

#8. Banyakkan Pengambilan Produk Yang Berasaskan Susu

Untuk mempercepatkan pertumbuhan bayi, Mommy boleh berikan mereka makanan pejal yang berasaskan susu di mana ia mampu mengalakkan pertumbuhan rambut bayi.

#9. Buat Urutan Di Kulit Kepala

Kajian menunjukkan bahawa urutan di kepala mampu mengurangkan keguguran rambut serta merangsang pertumbuhannya. Ia disebabkan oleh aliran darah yang lancar membantu bayi mempunyai rambut yang lebih lebat dan lembut.

#10. Gunakan Minyak Hazelnut

Sejak dari dahulu lagi, minyak hazelnut digunakan untuk membantu melebatkan rambut bayi. Minyak yang mengandungi pelbagai vitamin penting ini berupaya untuk merangsang pertumbuhan rambut dengan lebih cepat dan sihat.

Caranya adalah dengan menyapu minyak secara perlahan-lahan pada kulit kepala sambil membuat urutan lembut.

#11. Menggunakan Bunga Raya

Ambil beberapa kuntum bunga raya, cuci sehingga bersih dan ramaskannya di dalam sebekas air sehingga keluar lendir. Kemudian Mommy sapu pada kulit kepala bayi dan biarkan seketika sebelum membilasnya bersih.

Semoga dengan petua-petua melebatkan rambut bayi di atas membantu Mommy mendapatkan rambut bayi yang lebat dan semakin sihat.


Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan petua menarik yang lain di SINI!


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom serang website Motherhood sekarang!