Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Cara Melembutkan Daging Yang Efektif. No 2 Paling Legend!

cara melembutkan daging

Kredit gambar: www.insider.com

Terdapat pelbagai cara melembutkan daging yang boleh diamalkan. Ia sangat mudah dan berkesan bagi mendapatkan daging yang lembut dan sedap.

Bagi Mommy yang jarang memasak hidangan yang menggunakan bahan asas daging, mungkin akan timbul persoalan seperti di bawah:

“Kenapa daging ni masih liat! Dah masak lama tapi liat jugak! Macam mana ye nak buat bagi daging ni jadi empuk dan lembut?”

Mesti setiap kali masak menu berasaskan daging, Mommy menghadapi situasi ni kan? Mommy tak perlu risau, sebabnya sekarang ini macam-macam cara Mommy boleh cuba untuk lembutkan daging.

Tapi sebelum itu, Mommy perlu pastikan juga cara potongan daging adalah betul untuk mudahkan lagi ia masak dengan sempurna.

Dekat bawah ini, terdapat beberapa cara untuk melembutkan daging yang Mommy boleh cuba. Jom kita lihat!

Cara Melembutkan Daging Dengan Mudah

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk melembutkan daging iaitu:

#1. Menggunakan periuk tekanan tinggi

Highlighted

Kredit gambar: nymag.com

Periuk tekanan tinggi atau pressure cooker digunakan untuk memasak daging dengan lebih cepat. Periuk tekanan tinggi dapat masak dengan pantas dan empuk lebih cepat dari memasak dari dapur biasa.

Namun, perlulah berhati hati semasa menggunakannya kerana tekanan udara akan menyebabkan wap yang terlalu panas berkumpul didalam periuk.

#2. Menggunakan sudu besi atau tembaga

Kredit gambar: www.shopee.com

Kebiasaanya dari dahulu lagi untuk melembutkan daging boleh dimasukkan sudu atau garpu.

Apabila dimasukkan sudu besi ke dalam masakkan berasaskan daging akan meningkatkan suhu tinggi di dalam periuk lalu dapat membantu melembutkan daging dengan lebih cepat.

#3. Ketuk dengan tukul daging

Kredit gambar: www.butterkicap.com

Menggunakan tukul daging untuk mengetuk daging merupakan salah satu cara untuk menghancurkan serat otot, ini kerana serat otot sangat liat dan lambat masak. Ketuk permukaan daging kemudian potong kecil kecil.

#4. Cucuk dengan pisau dan garpu

Kredit gambar: www.lazada.com.my

Mommy juga boleh menggunakan garpu dan pisau. Caranya adalah dengan mencucuk bahagian permukaan daging yang menyebabkan bahagian tisu yang liat akan terputus.

Dengan ini daging lebih enak kerana rempah ratus dapat meyerap ke dalam daging dan menjadikan daging lebih enak dan cepat empuk.

#5. Cara melembutkan daging menggunakan bahan perapan berasid

Kredit gambar: www.alphafoodie.com

Bagaimana caranya mendapatkan daging panggang, bakar atau steak daging yang lembut?

Cara terbaik yang Mommy boleh lakukan adalah dengan memerap daging terlebih dahulu. Bahan perapan seperti menggunakan cuka, jus lemon, susu masam dan yogurt sangat efektif bertindak dalam melembut daging.

Malah, rasa daging juga akan menjadi lebih enak apabila ia diperap lebih lama. Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit hingga 2 jam atau lebih lama lagi diperap akan lebih cepat lembut.

Bahan perapan yang mempunyai kandungan berasid tersebut mampu memecahkan protein yang degil. Dengan ini perapan tersebut bertindak sebagai ‘pree cook’ sebelum dimasak atau dibakar.

#6. Menggunakan bahan perapan yang berenzim

Kredit gambar: singaporelocalfavourites.com

Selain itu, Mommy boleh juga guna beberapa jenis buah yang mempunyai kandungan enzim yang mampu dan berkesan untuk melembutkan daging seperti nenas, kiwi, pear, betik dan sebagainya.

Caranya adalah dengan mengisar buah tersebut dan ambil purinya dan diperap dengan daging untuk menjadikan daging cepat lembut dan lebih enak berjus.

#7. Cara melembutkan daging menggunakan garam

Kredit gambar: www.canr.msu.edu

Kalau Mommy nak tahu penggunaan garam juga boleh menyingkirkan kelembapan di dalam daging. Garam juga boleh bertindak memecahkan fiber otot yang sangat liat.

Mommy boleh perap daging dengan taburkan garam yang agak banyak atas daging dan perap selama 24 jam atau lebih. Apabila hendak masak, Mommy perlu basuh daging itu terlebih dahulu.

#8. Rebus daging terlebih dahulu

Kredit gambar: mitra.bukalapak.com

Salah satu cara yang sangat mudah adalah dengan merebus dahulu daging.

Semasa merebus, tutup dengan tudung periuk supaya wapnya tidak keluar. Jika mahu buat sup daging tidak menjadi masalah kerana caranya daging akan direbus terlebih dahulu.

Tetapi apabila hendak memasak daging goreng atau daging masak kicap dan sebagainya, daging yang direbus sampai empuk barulah diambil isinya dan dibuat masakan lain.

Air rebusan atau stok daging tersebut juga boleh disimpan didalam peti sejuk untuk dijadikan kegunaan akan datang.

#9. Gunakan soda bikarbonat

Kredit gambar: www.thepurposefulpantry.com

Penggunaan soda bikarbonat bukan digunakan di dalam penghasilan bakeri sahaja, tetapi dengan menggunakan soda juga boleh melembutkan daging.

Caranya dengan perap sedikit soda bikarbonat dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh bersih sebelum daging tersebut dimasak.

#10. Cara melembutkan daging menggunakan coca-cola

Kredit gambar: www.ubuy.com.my

Pernah cuba tak perap daging menggunakan coca- cola? Selepas ini boleh lah cuba jika hendak memasak steak dengan perapkan daging dengan menggunakan coca-cola dan campurkan juga bahan sos perapan lain.

Ini kerana rasanya yang berasid dan manis sangat membantu menjadikan steak lebih enak. Bahan perapan ini dibiarkan selama 8 jam atau semalaman.

Kalau sebelum Mommy sudah mahir dengan cara memotong daging yang betul, kali ni, Mommy dah tahu petua-petua yang boleh digunakan untuk melembutkan daging.

Barulah hidangan daging Mommy lebih menjadi dan padu lepas ni!


Inginkan tips pemakanan yang lain? Klik SINI.