Ibu, Bayi & Kanak Kanak

16 Cara Membalas Jasa Ibu Bapa Paling Terbaik – Eratkan Lagi Jalinan Kasih Sayang!

cara membalas jasa ibu bapa

Kredit gambar: www.muslim.sg

Jasa ibu bapa kepada anak tidak terhitung banyaknya bermula dari dalam perut sehinggalah anda mampu bekerja dan mempunyai keluarga sendiri. Sampai masanya untuk anda pula menghargai mereka dengan cara membalas jasa ibu bapa anda yang selama ini bertungkus lumus membesarkan anda.

Sentiasalah menghargai setiap pengorbanan dan penat lelah mereka dengan cara menghargai jasa ibu bapa melalui cara-cara yang kami telah kongsikan dalam perkongsian ini.

Jom lihat apakah cara cara menghargai jasa ibu bapa di bawah!

Cara Membalas Jasa Ibu Bapa

Highlighted

Kredit gambar: www.homage.com.my

Berikut merupakan cara cara menghargai jasa ibu bapa iaitu:

#1. Cara Membalas Jasa Ibu Bapa dengan Sentiasa Taat

Paling utama sebagai cara menghargai jasa ibu bapa anda adalah dengan taat kepada kedua-dua mereka selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat Allah S.W.T.

Sentiasalah patuh dan dengar segala nasihat mereka dan lakukan setiap perkara yang disuruh tanpa kerap membantah.

#2. Selalu Tunjuk Kasih Sayang

Kredit gambar: muslimmatters.org

Selagi kedua ibu bapa anda masih hidup, sentiasalah peluk dan cium mereka sebagai salah satu cara menghargai jasa ibu bapa.

Dengan pelukan itu juga sebenarnya dapat menyejukkan hati dan menambahkan lagi kegembiraan mereka.

#3. Keluar Bersiar-Siar

Setiap hujung minggu, anda boleh membawa mereka keluar berjalan-jalan dan belikan apa yang mereka mahukan atau bawa kedua ibu bapa anda pergi makan di tempat kegemaran mereka.

#4. Cara Membalas Jasa Ibu Bapa dengan Ilmu Agama

Cara cara membalas jasa ibu bapa anda yang seterusnya adalah dengan mengajarkan mereka ilmu agama atau membawa mereka untuk menuntut ilmu akhirat di tempat yang bertauliah.

Hal ini secara tak langsung mendekatkan lagi diri mereka dengan Allah S.W.T.

#5. Sentiasa Ziarah Ibu Bapa

Kredit gambar: www.homage.com.my

Selain itu, jika anda tinggal berasingan dengan ibu dan bapa anda, sentiasalah datang menziarahi mereka di rumah sama ada pada setiap hari, minggu atau lain-lain hari yang dirasakan bersesuaian.

Jangan biarkan mereka duduk berdua terlalu lama tanpa pengetahuan dan pengawasan dari anda.

Risau sekiranya terjadi apa-apa hal yang tidak diingini. Ziarah ini juga merupakan sebahagian daripada cara cara membalas jasa ibu bapa.

#6. Cara Cara Membalas Jasa Ibu Bapa dengan Sentiasa Berakhlak Mulia

Tiada siapa yang inginkan anak yang derhaka dan tidak mendengar cakap. Oleh itu, sentiasalah perbaiki dan muhasabah diri agar sentiasa kekal dalam akhlak yang mulia dan disenangi oleh kedua-dua ibu bapa anda.

#7. Sentiasa Hormat Ibu Bapa

Kredit gambar: www.universal.sg

Selain itu, anda juga perlu tunjukkan rasa hormat kepada mereka. Jangan sesekali menderhaka atau meninggi suara dan melawan cakap.

#8. Cara Membalas Jasa Ibu Bapa dengan Sentiasa Ringan Tulang

Seboleh-bolehnya elakkan kedua-dua ibu dan bapa anda melakukan kerja dan pastikan mereka duduk beristirehat.

Tetapi jika tidak mampu kerana kesibukan anda bekerja atau ibu dan bapa anda berdegil untuk melakukannya, anda perlulah luangkan sedikit masa untuk membantu meringankan kerja-kerja yang dilakukan.

#9. Memberi Wang Belanja

Antara cara menghargai jasa ibu bapa anda yang lain adalah dengan memberi mereka wang belanja.

Tidak kisahlah berapa banyak jumlah yang diberi, asalkan itu salah satu tanda anda mengenang jasa mereka dan dengan pemberian itu sedikit sebanyak mampu gembirakan hati mereka walaupun tak dipinta.

#10. Ambil Tahu dan Faham Kesusahan

Kredit gambar: researchoutreach.org

Tak dinafikan sebagai anak, anda pasti inginkan macam-macam perkara dalam hidup terutama apabila melihat orang lain mempunyai segala-galanya.

Namun, tak semua orang lain ada, anda juga perlu ada. Setiap orang, hidupnya adalah berbeza. Lihat keadaan kedua-dua ibu dan bapa anda.

Adakah mereka dalam kategori senang atau susah? Jika susah, elakkanlah dari menambah dan memberatkan lagi kesusahan yang sedang dilalui itu.

#11. Cara Membalas Jasa Ibu Bapa dengan Berikan Hadiah

Anda juga boleh gembirakan hati mereka dengan pemberian hadiah yang bernilai. Ini adalah salah satu cara cara menghargai jasa ibu bapa anda.

#12. Jaga Ketika Sakit

Kredit gambar: cara membalas jasa ibu bapa

Sekiranya orang tua anda jatuh sakit, hulurkanlah tangan untuk menjaga mereka. Jika anda bekerja, ambillah cuti tetapi jika tidak boleh bercuti, selesai kerja segeralah ke rumah untuk menjaga mereka.

Jangan cipta bermacam alasan untuk elak tanggungjawab.

#13. Sentiasa Luangkan Masa Bersama

Kredit gambar: www.iproperty.com.my

Hadiah dan wang kadang-kadang tidak berfungsi untuk gembirakan orang tua. Satu cara yang paling berkesan adalah “Waktu bersama”.

Oleh itu, macam mana sibuk sekalipun, carilah masa untuk luangkan waktu bersama mereka. Jika tidak sempat, buatlah panggilan atau video call.

#14. Sambut Hari Kelahiran Atau Hari Penting Yang Lain

Ingat hari penting mereka seperti hari lahir, ulang tahun perkahwinan atau mana-mana tarikh yang memberi momen indah untuk disambut dan diraikan.

Cuba sedaya upaya untuk buat surprise pada hari tersebut!

#15. Beli Makanan atau Minuman Kegemaran

Kredit gambar: www.homage.com.my

Antara cara cara menghargai jasa ibu bapa yang berkesan juga adalah melalui makanan. Setiap kali pulang dari kerja, bawalah buah tangan berupa makanan kegemaran buat mereka.

#16. Cara Cara Menghargai Jasa Ibu Bapa dengan Tunaikan Permintaan Mereka

Setiap orang tua mempunyai hajat atau impian yang belum tercapai. Cuba bertanya apa yang mereka ingin atau hajatkan dan sedaya upayalah untuk realisasikannya seandainya anda mampu dan tidak memudaratkan.

Ibu bapa adalah tonggak kebahagian yang abadi. Sentiasalah berusaha untuk menggembirakan hati mereka kerana Allah S.W.T. telah berjanji sesiapa yang taat dan buat kedua ibu bapa bahagia, maka dirinya juga akan turut berbahagia dan dipermudahkan segala urusan hidup.

Diharapkan dengan perkongsian ini, kita semua dapat beramal dengannya.


Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan info menarik yang lain di SINI!