Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Membuat Cili Jeruk Yang Rangup Dan Sedap – Pasti Selera Anda Makin Bertambah!

cara membuat cili jeruk

Kredit gambar: www.vanillakismis.my

Bagi anda peminat cili jeruk, perkongsian kali ini kami akan bawakan panduan cara membuat cili jeruk yang rangup dan sedap rasanya. Langkah-langkah untuk membuatnya juga sangat senang dan cepat.

Kalau sebelah utara, lebih mesra dengan gelaran cabai jeruk. Cabai jeruk atau cili jeruk ni memang wajib ada kalau Mommy penggemar Char Kuey Teow, memang lagi padu dan bangkit rasanya!

Jadi, tanpa membuang masa, jom Mommy kita lihat bagaimana cara buat cili jeruk yang secukup rasa ini!

Cara Membuat Cili Jeruk

#1. Mula-mula pastikan Mommy menggunakan cili hijau dan bukan cili merah kerana cili merah akan lemau. Kalau nak rasa yang lebih pedas, Mommy boleh guna cili padi. Kuantitinya pula terpulang pada Mommy nak guna banyak mana.

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#2. Kemudian, Mommy potong cili jangan terlalu besar atau terlalu nipis sangat. Tapi kalau cili padi, Mommy boleh letak sebiji atau boleh juga potong ikut kesukaan Mommy asalkan mudah untuk dimakan nanti.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

#3. Setelah siap potong, Mommy masukkan gula ke dalam bekas cili padi dan gaul sebati. Kuantiti gula juga atas pilihan Mommy cuma pastikan lebih kurang kuantiti cili yang Mommy gunakan.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Kalau tak mahu gaul, nak terus letak dalam balang pun boleh. Kalau terus masukkan dalam balang, pastikan Mommy goncang balang sehingga semua bahan sebati.

#4. Kalau Mommy nak tahu, gula inilah yang mainkan peranan untuk jadikan cili lebih sedap dan rangup. Kalau ikutkan resepi biasa, hanya letakkan garam, air dan cuka. Tetapi untuk resepi ini, kita gunakan gula sahaja tanpa garam dan air.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Cumanya, kalau Mommy nak letak juga garam, boleh tetapi pastikan sedikit sahaja. Jangan sesekali masukkan air, nanti terus tak jadi!

#5. Untuk dapatkan cili jeruk yang berkualiti, Mommy perlu terus masukkan dalam peti sejuk dan biarkan ia selama 2 hingga ke 3 hari. Barulah Mommy masukkan cuka dan gula yang sudah terlarut menjadi air jangan dibuang tau, biarkan sahaja dalam balang itu.

#6. Cuka pula masukkan sama paras seperti dalam gambar berdasarkan kuantiti cili Mommy. Jangan letak penuh sangat sebabnya nanti cili akan mengecut.

Kredit gambar: Facebook @MAHN

Mommy boleh masukkan apa pun jenama cuka asalkan boleh dimakan. Setelah masukkan cuka, boleh letak semula dalam peti sejuk. Selepas dua hari sudah boleh makan.

Diharapkan dengan perkongsian ini, Mommy berpuas hati dengan hasilnya!


Dapatkan juga pelbagai lagi tips atau petua masakan dan resepi-resepi menarik yang lain di SINI!