Setiap orang yang bergelar ibu dan bapa pastinya ingin anak yang dilahirkan membesar dengan sihat. Antara salah satu perkara yang sering menjadi kerisauan ibu bapa ialah berat bayi.
Bahkan, sejak dari dalam kandungan lagi sudah terdapat ibu-ibu yang tercari-cari cara menaikkan berat badan bayi dalam kandungan, apatah lagi apabila mereka sudah lahir!
Kalau dah setiap bulan checkup berat tiada perubahan siapa yang tidak risau kan? Di mana silapnya?
Oleh itu, pada perkongsian kali ini kami akan berkongsi berkenaan cara untuk menaikkan berat badan bayi. Jom lihat!
Cara Menaikkan Berat Badan Bayi
Berikut merupakan cara yang berkesan untuk menaikkan berat badan bayi anda iaitu dengan cara:
#1. Berikan Susu Secukupnya
Cara pertama untuk menaikkan berat bayi ialah dengan memberikan susu dengan secukupnya. Bagi bayi yang berumur di bawah 6 bulan, pastikan pemberian susu adalah mencukupi.
Berikan sekerap mungkin atau mengikut keperluan bayi. Hal ini kerana, bayi berusia bawah 6 bulan hanya boleh diberikan susu. Tiada makanan lain yang boleh diberikan sehingga bayi mencapai usia 6 bulan.
Susu yang terbaik adalah susu ibu tetapi sekiranya ibu mempunyai masalah berkaitan susu badan boleh berikan susu formula yang boleh membantu menaikkan berat bayi.
#2. Cara Menaikkan Berat Badan Bayi Dengan Beri Makan Secara Konsisten dan Teratur
Cara lain bagi menaikkan berat badan bayi ialah dengan cara berikan bayi makan secara teratur dan konsisten. Jika bayi anda sudah boleh makan makanan lain selain susu berikan mereka makan mengikut jadual dan pastikan ianya konsisten.
Jika terlewat mengikuti jadual makan yang disediakan dikhuatiri anak anda kehilangan nutrisi penting sekaligus memberi kesan pada tumbesaran tubuh badan mereka.
#3. Cara Menaikkan Berat Badan Bayi Dengan Berikan Makanan Dalam Kuantiti Yang Banyak
Selain itu, anda boleh menambahkan kuantiti makanan mereka. Jika sebelum ini anda berikan mereka susu dalam gelas yang kecil, apa kata selepas ini cuba berikan dalam gelas yang lebih besar.
Contoh lain, hidangkan makanan dalam pinggan yang lebih besar dengan portion yang sedikit banyak berbanding sebelum ini. Galakkan mereka untuk menambah makanan. Dengan cara ini mampu membantu mereka menaikkan berat badan.
#4. Menyusu Dengan Posisi Yang Betul
Bukan itu sahaja, bagi Mommy-mommy yang menyusu badan cuba periksa kembali cara anda menyusukan bayi anda. Adakah betul?
Terdapat sesetengah kes di mana bayi tidak bertambah beratnya disebabkan ibunya menyusu dengan posisi yang salah. Ini memberi kesan kepada bayi yang sedang menyusu.
Posisi yang betul membantu bayi menghisap dengan lebih baik dan membantu bayi mendapat susu dengan lebih banyak.
#5. Berikan Makanan Berkalori Tinggi
Terbalik dengan orang dewasa yang perlu berjaga-jaga dengan kalori yang diambil setiap hari, bagi bayi yang dalam proses tumbesaran perlukan makanan yang berkalori tinggi bagi membantu mereka menambahkan berat badan.
Namun begitu, ibu bapa tidal boleh terus lepas tangan dan harus sentiasa mengawasi pemakanan anak mereka supaya tidak terlampau berlebihan.
Nanti lain pula yang jadi!
#6. Jus Buah dan Susu Rendah Lemak
Di samping itu, cara lain untuk menaikkan berat badan bayi adalah dengan memberikan mereka jus buah dan susu rendah lemak. Jus buah dan susu rendah lemak ini adalah jenis minuman yang tinggi kalori yang mampu membantu kenaikan berat badan bayi.
7. Berikan Kekacang, Mentega kacang, Avokado dan Minyak Zaitun
Kekacang, mentega kacang, avocado dan minyak zaitun antara contoh makanan yang boleh membantu menaikkan berat badan anak anda. Makanan-makanan ini mengandungi kandungan lemak sihat yang tinggi.
Namun, jauhkan kekacang sekiranya anak anda mempunyai alahan terhadap kacang.
#8. Berikan Makanan Yang Mempunyai Gizi Tinggi
Cara lain yang boleh membantu menaikkan berat badan bayi 6 bulan ke atas adalah dengan memberikan makanan bergizi. Mommy dan Daddy perlu bersedia dengan informasi berkenaan makanan yang bergizi jika mahu menaikkan berat badan anak seawal usia bayi 6 bulan lagi.
Hal ini kerana, untuk menaikkan berat badan tubuh perlukan khasiat dan nutrisi penting untuk diserap oleh badan dalam proses tumbesaran.
#9. Elakkan Makanan Yang di Proses dan Makanan Ringan
Jangan sesekali berikan biasakan anak anda dengan makanan proses dan makanan ringan jikan ingin berat mereka naik. Makanan jenis ini bukan sahaja tidak sihat malahan mengganggu selera anak anda.
Sekiranya mereka terbiasa dengan makanan seperti ini bayi anda akan menolak makanan lain. Hal ini akan mempengaruhi berat badan mereka.
#10. Pelbagaikan Hidangan
Di samping itu, untuk membantu menaikkan berat badan bayi anda perlu mempelbagaikan hidangan untuk bayi anda. Ini akan membantu mereka lebih berselera ketika makan.
Sama seperti orang dewasa yang sukakan kelainan pada makanan. Setiap hari makan benda yang sama. Sangat membosankan!
Apa kata anda pelbagaikan jenis makanan, warna dan bentuk untuk menarik minat mereka untuk makan lebih. Ibu-ibu perlu lebih kreatif ya!
#11. Rehat Yang Cukup
Cara menaikkan berat badan bayi bukan sahaja bergantung kepada pemakanan mereka sahaja, tetapi rehat yang cukup juga memainkan peranan yang besar.
Mommy dan Daddy perlu memastikan si manja tidur pada waktunya. Tidur lewat akan mengganggu tumbesaran mereka sekaligus memberi kesan kepada berat badan mereka. Rehat yang cukup menghasilkan bayi yang ceria dan sihat.
Kesimpulannya, anak yang kurus bukan bermakna anak anda tidak sihat. Tetapi, sebagai seorang ibu sudah pasti anda inginkan yang terbaik untuk anak yang dilahirkan bukan?
Tidak salah mencuba cara di atas untuk menambahkan berat anak anda. Semoga membantu!
Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood sekarang! Jangan tunggu lama-lama, takut hadiah habis ditebus orang lain.
Dapatkan info terkini mengenai perkembangan si manja Mommy di SINI.