Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Mendapatkan Tidur Yang Lena Semasa Hamil

sumber dari shu gar

sumber dari shu gar

Ibu hamil memerlukan tidur yang mencukupi kerana badan ibu hamil sedang bekerja keras menjaga bayi dalam kandungan. Tetapi untuk mendapatkan tidur yang lena merupakan satu cabaran untuk ibu-ibu hamil kerana terdapat banyak perubahan badan dilalui. Pada satu tahap ia adalah satu perkara yang mustahil untuk ibu hamil merasa selesa semasa tidur sehingga bayi lahir. Kami juga pernah mengalami keadaan sperti anda, tetapi jangan risau di sini ada petua-petua untuk ibu hamil amalkan supaya dapt tidur yang lebih lena dan berkualiti.

Trimester pertama

Highlighted

Sumber: i.huffpost.com

Trimester pertama adalah di mana saat paling kritikal bagi ibu hamil pertama kali kerana terpaksa berhadapan dengan emosi tidak menentu, ‘morning sickness’. keletihan dan tekanan kerana terlalu risau tentang kandungan.  Dengan beruabahnya gaya hidup, anda mampu mengatasi ketidakselesaan ini dan cuba mencari jalan untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti. Ini adalah penting untuk ibu hamil saat ini lebih relaks semi kesihatan dir dan kandungan.

Cuba ambil masa sedikit dan tidur di siang hari sebentar. Ramai wanita yang mengalami keletihan yang melampau pada trimester pertama. Jangan terkejut jika anda perlukan tidur lebih dua kali ganda dari sebelum ini. Jika anda bekerja, ambil masa 15 minit untuk berehat dan tidur sebentar.

Cuba untuk relaks. Ia adalah kebiasaan untuk merasa risau, tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah. Jika anda menerima tekanan dari luar, cuba untuk bercakap bersama rakan atau berjumpa pakar untuk nasihat. Ketika trimester pertama, tidur dalam pelbagai posisi adalah dibolehkan dan ibu hamil harus nikmati saat ini kerana selepas ini anda harus mengubah gaya tidur anda.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Trimester kedua

Sumber: www.birthliteracy.com

Sekarang anda telah memasuki fasa trimester kedua, anda harus merasa lebih bertenaga.  Badan anda akan mula membuat perubahan, jadi anda harus memberi masa untuk memperbaiki dan memilih apa sahaja yang selesa dan sesuai dengan anda.

Jauhi pedih ulu hati. Ramai ibu hamil yang mempunyai masalah pedih ulu hati pada trimester kedua kerana ‘uterus’ menolak ke atas. Jika anda mempunyai masalah pedih ulu hati, jada pemakanan anda. Jika anda rasa masih tidak selesa, cuba ambil pil antacid dan tidur.

Mula amalkan tidur pada sisi kiri. Ketika ini anda harus menitikberatkan tentang posisi anda semasa tidur. Jiak anda baring terlentang, aliran darah mungkin akan tersekat dari terus ke janin, jadi elakkan tidur terlentang. Baring di sisi sebelah kiri untuk aliran darah yang lebih baik dan lancar terus kepada organ dan janin. Kurangkan minum air sebelum tidur kerana ‘uterus’ akan menekan pundi anda dan anda akan kerap ke tandas.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Trimester ketiga

 

Sumber: www.parents.com

Pada trimester ketiga ini, ibu hamil akan merasa begitu susah untuk tidur kerana and aakan merasa tidak selesa. Anda juga akan berasa ganjil dan susah untuk bergeka. Berat badan bertambah juga membuatkan anda menggunakan otot yang lebih dan anda akan merasa kerap lenguh dan sakit-sakit badan.

Cuba dapatkan sokongan bagi badan anda. Letakkan bantal atau bantal peluk di antara kaki anda dan anda akan merasa sungguh selesa. Pembesaran perut anda membuatkan danda berasa susah untuk selesa kerana ia memberi tekanan kepada seluruh badan anda. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti.

Jika bantal tidak melegakan sakit yang anad alami, anda boleh mecuba meletakkan pad panas datau sebungkus beras yang dipanaskan. Jika belakang badan anda berasa sakit, cuba dapatkan tampalan kesihatan.

Ibu hamil pasti akan mengalami kekejangan ketika pada waktu malam, terutamanya pada bahagian kaki. Urutan lembut dapat membantu untuk menghilangkang kekejangan. Cuba untuk berjalan perlahan-lahan untuk melancarkan peredaran darah dan elakkan untuk memicit ibu jari kaki.

Dapatkan barangan bayi di motherhood.com.my

Artikel ini dipetik daripada The Asian Parents.