Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Anak Selalu Lawan Cakap dan Tak Dengar Kata? Ikut Panduan Mudah Ini Cara Mendidik Anak Dalam Islam Yang Berkesan

cara mendidik anak dalam islam

Kredit gambar: fatherman.id

Anak adalah amanah dari Allah dan sebagai ibu bapa, anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkan mereka agar menjadi orang yang cemerlang dunia dan akhirat.

Antara cabaran terbesar menjadi ibu dan bapa pada zaman 2023 ini ialah pengaruh gadget, pengaruh budaya luar seperti Kpop dan bagaimana langkah bagi membentuk sahsiah diri mereka dengan cara mendidik anak dalam islam mengikut landasan yang betul.

Cara Mendidik Anak Dalam Islam Yang Tepat

Highlighted

Kredit gambar: nooracademy.com

Tersilap langkah dalam mendidik akan mempengaruhi kehidupan mereka kelak.

Oleh itu, cara mendidik menurut Islam adalah yang terbaik untuk membesarkan anak. Antara cara mendidik anak dalam Islam ialah:

#1. Mendidik Melalui Contoh Tauladan Yang Baik

Tetapkan satu role model sebagai rujukan semasa membesarkan anak-anak. Role model terbaik ialah Rasulullah S.A.W. Mommy dan Daddy boleh gunakan pendekatan 4 tahap yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W. semasa mendidik anak-anak Baginda. 4 tahap tersebut ialah:

  • Tahap 1(0 hingga 6 tahun) – memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang
  • Tahap 2 (7 hingga 14 tahun) – mengajarkan mereka berkenaan disiplin dan tanggungjawab
  • Tahap 3 (15 hingga 21 tahun) – berkawan dengan mereka
  • Tahap 4 (21 tahun ke atas) – berikan mereka kepercayaan dan kebebasan

#2. Tunjukkan Contoh Yang Baik

Mommy dan Daddy perlu menunjukkan contoh yang baik semasa mengajar dan membesarkan anak-anak.

Masa anak-anak banyak di rumah dan akan melihat setiap apa yang Mommy dan Daddy lakukan.

Jika kita menunjukkan contoh yang tidak baik ketika di rumah, anak-anak akan terikut-ikut perangai tersebut.

Contohnya, jika Daddy suka merokok tidak mustahil suatu hari nanti anak-anak akan ikut jejak Daddy. Oleh itu jadilah contoh terbaik untuk anak-anak Mommy dan Daddy.

#3. Jaga Persekitaran Di Rumah

Kredit gambar: muslim.sg

Jadikan persekitaran rumah Mommy dan Daddy persekitaran yang positif dan bukannya negatif. Persekitaran yang baik akan membuatkan anak-anak selesa untuk sentiasa berada di rumah.

Sebaliknya, environment negatif akan menyebabkan anak Mommy dan Daddy menjauhkan diri dari rumah.

Comtohnya, mommy dan daddy selalu bertengkar di hadapan anak-anak. Ini membuatkan mereka tidak suka akan suasana berkenaan dan lebih suka melakukan hal mereka sendiri dan menghabiskan masa di luar.

Sebaliknya jika Mommy dan Daddy mencipta environment yang sihat seperti meluangkan masa bersama, melakukan aktiviti bersama, makan bersama dan beribadah bersama.

Ini akan membuatkan anak-anak dekat dengan Mommy dan Daddy serta suka berada di rumah.

#4. Kawal Pergaulan Mereka

Ini antara perkara yang penting semasa membesarkan anak-anak. Kawal pergaulan mereka bersama kawan-kawan mereka.

Ketahui dengan siapa mereka berkawan. Jangan sesekali menghalang mereka berkawan tetapi kawal atau pantau mereka.

Anak-anak zaman sekarang akan memberontak sekiranya kita menghalang mereka dari melakukan sesuatu yang mereka sukai.

Sekiranya mereka berkawan dengan rakan-rakan yang tidak baik, nasihati mereka dengan cara yang baik. Tarik mereka perlahan-lahan dari bergaul dengan mereka yang tidak baik.

Beri sebab kepada mereka kenapa mereka tidak digalakkan bercampur dengan mereka yang tidak baik.

#5. Cara Mendidik Anak Dalam Islam Dengan Utamakan keluarga

Kredit gambar: muslim.sg

Tidak dinafikan terdapat sesetengah kes di mana anak-anak yang bermasalah berpunca dari sikap Mommy dan Daddy yang lebih mengutamakan kerja atau perkara lain dari keluarga sendiri.

Ini membuatkan mereka merasa sunyi dan akan mencari keseronokan mereka di luar dengan melakukan perkara yang kurang sihat. Oleh itu, Mommy Daddy perlu utamakan keluarga melebihi segalanya.

#6. Cara Mendidik Anak Dalam Islam Dengan Berkomunikasi

Komunikasi adalah antara perkara yang penting dalam sesuatu hubungan termasuk kekeluargaan. Dengar bila mereka cakap kelak mereka belajar untuk dengar apabila kita bercakap. Pentingnya komunikasi dua hala ini.

Jangan sesekali anda ambil mudah apa yang anak Mommy Daddy katakan. Layanilah mereka sesungguhnya apa yang mereka cuba katakan adalah tanda mereka inginkan perhatian dari Mommy Daddy.

#7. Cara Mendidik Anak Dalam Islam Dengan Peluk Anak Setiap Hari

Kredit gambar: parentsquads.com

Perkara mudah ini sering terlepas pandang oleh ramai ibu bapa. Mudah dan ringan tapi sangat memberi kesan kepada anak-anak. Mereka akan merasa sentiasa dekat dengan Mommy Daddy apabila dipeluk setiap hari.

Bukan itu sahaja, dengan pelukan ini juga sebenarnya mereka dapat merasakan kasih sayang Mommy Daddy terhadap diri mereka.

#8. Kaitkan Allah dalam Semua Perkara

Sentiasa kaitkan Allah dalam setiap perkara. Contohnya, setiap apa yang dilakukan akan dilihat oleh Allah.

Setiap kebaikan akan diberikan ganjaran oleh Allah, manakala setiap keburukan atau kejahatan yang dilakukan akan diberikan balasan oleh Allah.

Oleh itu, mereka akan sentiasa beringat-ingat sebelum melakukan sebarang kejahatan kerana mereka yakin Allah sedang memerhatikan mereka.

#9. Cara Mendidik Anak Dalam Islam Dengan Ajari Anak Solat

Kredit gambar: tudungsicomel.com

Solat akan mencegah kita dari melakukan sebarang kejahatan. Oleh itu, ajari, latih dan biasakan anak-anak dengan solat. Lama kelamaan mereka akan terbiasa dan akan rasa janggal sekiranya meninggalkan solat.

Ajarkan mereka bahawa solat itu tiang agama, sekira runtuhnya tiang itu maka runtuhlah akhlak seseorang itu.

#10. Beri Peluang

Beri peluang kepada anak-anak untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan perasaan mereka. Beri mereka peluang untuk mereka membuat pilihan. Hal ini akan membuatkan mereka merasa penting dan dihargai.

#11. Ciuman Selamat Malam

Kredit gambar: muslim.sg

Terlihat seperti kebaratankan? Namun, tidak sebenarnya. Cumanya masyarakat kita kurang mengamalkan perbuatan ini. Sebelum tidur ciumlah ubun-ubun atau dahi anak Mommy Daddy.

Nak lagi baik, bisikkan kata-kata sayang kepada mereka. Semoga kata-kata itu meresap ke dalam hati mereka.

Inilah salah satu cara untuk menunjukkan tanda kasih sayang Mommy Daddy kepada mereka.

Kesimpulannya, semuanya bermula dari rumah. Siapa anak kita diluar mencerminkan siapa dan bagaimana ibu bapanya. Kelak mereka akan membawa nama kita sebagai ibu bapa tidak kira ke mana mereka pergi.

Buruk mereka buruklah kita, baik mereka baiklah kita. Jadi, manfaatkan masa kecil mereka dengan sebaiknya dengan didikan yang berguna.

Cara di atas hanyalah sebagai panduan, pelaksanaannya bergantung sepenuhnya kepada anda sebagai ibu bapa.

Semoga dengan perkongsian mengenai cara cara untuk mendidik anak ini sedikit sebanyak dapat membantu memberi anda maklumat yang diperlukan dan semoga dengan asbab perkongsian ini juga kita sama-sama beroleh kebaikannya, InsyaAllah!

Semoga dengan perkongsian di atas ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda semua mendidik anak anak dengan lebih mudah dan teratur lagi dengan izin Allah S.W.T.


Didik anak-anak dengan panduan berguna di SINI.