Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Mengajar Anak Disleksia Guna Teknik Yang Betul Dan Tepat – Mommy Please Take Note!

cara mengajar anak disleksia

Kredit gambar: bestariedu.com

Apa itu Disleksia dan bagaimana cara untuk mengetahui ciri-cirinya dan cara mengajar anak Disleksia? Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus.

Manakala menurut Persatuan Disleksia Malaysia, Disleksia ialah masalah cara otak berfungsi, cara berfikir, cara melihat dan cara mendengar.

Ianya adalah satu masalah yang tidak dapat dilihat secara zahirnya. Jika dilihat dari luaran kanak-kanak Disleksia sama seperti kanak-kanak normal yang lain namun disebaliknya mereka menghadapi kesukaran untuk membaca, mengira dan menulis.

Antara simptom atau ciri-ciri anak Disleksia ialah menghadapi masalah ketika memakai baju, mengikat tali kasut, memakai kasut dengan terbalik, sering melanggar perabot, sukar menggunakan kata arah seperti dalam/luar/atas/ke hadapan/ke belakang, sukar untuk respon terhadap arahan yang diberikan, keliru antara kanan dan kiri dan banyak lagi.

Namun begitu, Mommy semua tidak perlu risau kerana anak-anak Disleksia ini masih mampu berjaya sekiranya mereka diajar dengan cara dan teknik yang betul.

Ada antara mereka yang menghidapi masalah Disleksia ini telah membuktikan bahawa mereka masih mampu berjaya seperti orang normal yang lain bahkan lebih berjaya. Contohnya, Whoopi Goldberg, Leonardo Da Vinci dan Albert Einstein.

Oleh itu, pada entri kali ini Motherhood ingin bawakan cara mengajar anak Disleksia. Hal ini kerana, untuk mengajar anak Disleksia adalah tidak sama dengan cara mengajar kanak-kanak  yang normal.

Jom lihat!

Cara Mengajar Anak Disleksia

Highlighted

Kredit gambar: www.honestdocs.id

Berikut adalah cara mengajar anak Disleksia yang mungkin boleh menjadi panduan untuk ibu-ibu yang mempunyai anak istimewa ini.

#1. Gunakan Pendekatan Multi-sensory Structured Language (MSL)

MSL ialah cara mengajar mengenai kesedaran fonemik, fonik, perbendaharaan kata, ketepatan, kefasihan menulis dan ejaan. Anak-anak yang mempunyai Disleksia digalakkan untuk menggunakan kesemua deria mereka iaitu deria melihat, rasa dan dengar.

#2. Cara Mengajar Anak Disleksia Dengan Teknik Ulangi Perkara Yang Sama

Kredit gambar: www.majalahpama.my

Kanak-kanak Disleksia ini mempunyai ingatan jangka pendek. Ini menyebabkan mereka sukar untuk mengingati apa yang telah diajarkan sebelum ini. Oleh itu, dianjurkan untuk ibu bapa mengulangi arahan, kata kunci dan konsep.

#3. Cara Mengajar Anak Disleksia Dengan Beri Galakkan Terhadap Minat Mereka

Kredit gambar: ciputrahospital.com

Kebanyakan anak-anak Disleksia ini mempunyai minat terhadap lukisan atau suka melukis. Mommy dan Daddy perlulah memberikan galakan kepada mereka walaupun lukisan yang dihasilkan itu tidak menarik dan sukar difahami.

Belikan mereka set mewarna yang lengkap dan sentiasa bertanyakan mereka tentang maksud setiap lukisan mereka.

Sentiasa berikan galakkan kepada mereka walau apa jua minat mereka. Mungkin dari sinilah mereka akan mula menunjukkan potensi diri mereka yang sebenar.

#4. Sentiasa Mengawal Rasa Marah

Tidak dinafikan mengajar anak-anak dengan Disleksia ini amat menguji kesabaran kerana mereka cepat hilang tumpuan dan sentiasa ingin bermain.

Namun, harus diingatkan untuk sentiasa mengawal rasa marah anda kerana anak-anak Disleksia ini mempunyai emosi yang lain dari anak-anak normal yang lain.

Sekiranya Mommy sering memarahi dan denda mereka mungkin akan down, hilang tumpuan, dan minat untuk belajar. Oleh itu, pengurusan emosi ibu bapa dan anak-anak Disleksia sangatlah penting.

#5. Cara Mengajar Anak Disleksia Dengan Beri Peluang Untuk Memilih

Kredit gambar: tajria.com

Anda juga boleh memberikan peluang kepada anak-anak istimewa ini untuk membuat pilihan semasa belajar. Contohnya, biar mereka menentukan sendiri samada ingin ‘melukis’ atau menulis nota.

#6. Berikan Kata Dorongan dan Pujian Dalam Bentuk Berbeza

Mungkin sebelum ini anda memberikan dorongan dan pujian hanya dengan kata-kata. Apa kata selepas ini anda lakukan sesuatu yang berbeza seperti membuat video khas untuk memberikan dorongan dan pujian di atas setiap pencapaian mereka.

Namun, sekiranya mereka masih tidak mencapai apa yang sepatutnya dicapai dorongan dan pujian ini masih perlu diberikan untuk memotivasikan mereka.

#7. Ubah Suai Jenis Tugasan

Kredit gambar: tajria.com

Ibu bapa juga boleh mencuba untuk mengubah suai jenis tugasan semasa mengajar mereka. Hal ini kerana, kemampuan mereka berbanding dengan kanak-kanak normal adalah berbeza.

Contohnya, untuk menjawab soalan kanak-kanak normal mungkin mengambil masa 1 jam tetapi bagi anak istimewa ini mungkin mengambil masa 2 jam.

Oleh itu, untuk mengelakkan mereka rasa terbeban dan rasa down ubah cara jawab soalan tersebut dari menulis kepada menjawabnya secara lisan atau visual.

#8. Berikan Rehat Antara Sesi Pembelajaran Yang Panjang

Anak-anak yang mempunyai Disleksia ini mempunyai kesukaran untuk memberi tumpuan yang lama. Oleh itu digalakkan ibu-ibu untuk memberikan rehat antara sesi pembelajaran yang panjang.

#9. Kreatif Semasa Mengajar

Kredit gambar: www.freemalaysiatoday.com

Ibu-ibu juga perlu menjadi lebih kreatif semasa mengajar anak-anak Disleksia ini. Sebagai contoh belajar sambil bermain untuk menarik perhatian mereka dan lebih menyeronokkan. Contohnya, mengajar dengan menggunakan pelbagai warna.

10. Berikan Arahan Yang Pendek dan Jelas

Semasa mengajar kanak-kanak dengan Disleksia ini ibu-ibu haruslah memberikan arahan yang pendek dan pastikan ianya jelas. Elak memberikan arahan tentang dua perkara atau lebih dalam satu arahan.

Hal ini kerana, anak-anak Disleksia mempunyai kesukaran untuk merespon terhadap arahan apatah lagi jika arahan tersebut terlalu panjang untuk mereka.

Mommy dan Daddy yang memiliki anak Disleksia ini jangan sesekali berasa sedih atas kekurangan anak anda tetapi berusaha untuk membantu mereka. Mungkin kekurangan ini akan menjadi titik tolak kepada kejayaan mereka nanti, siapa tahu kan?

Jika diajar dengan cara dan teknik yang betul mereka mampu menjadi hebat suatu hari nanti. Hal ini kerana ada diantara mereka yang mempunyai daya imaginasi tinggi, sangat kreatif dan mampu berfikir sesuatu perkara dari pelbagai sudut/dimensi.

Mommy juga boleh daftarkan anak Mommy ke program “Super Kids“ oleh Motherhood.com.my yang menawarkan pelbagai bengkel dan aktiviti menarik.

Para peserta juga berpeluang untuk mendapatkan Super Kids Activity Box PERCUMA, akses tanpa had ke pelbagai bengkel dan juga antara yang pertama mendapatkan diskaun serta tawaran terkini daripada Motherhood.com.my.

Sertai Super Kids bersama Motherhood.com.my sekarang dan semoga Mommy dan Daddy mendapat sesuatu dari perkongsian kali ini!


Terdapat pelbagai lagi tips keibubapaan dan tips-tips menarik yang lain di SINI!