Antara tanda sembelit di kalangan bayi adalah mereka akan mengerutkan dahi seolah-olah sedang sakit ketika meneran. Jadinya, jika Mommy lihat terdapat tanda ini yang merupakan salah satu tanda-tanda bayi sembelit, teruslah ikut cara mengatasi bayi sembelit yang telah kami kongsikan dalam entri ini.
Sembelit merupakan keadaan di mana seorang kanak-kanak atau bayi menghasilkan najis yang keras atau kurang kekerapan ke tandas untuk membuang najis.
Menurut portal MyHEALTH, masalah sembelit berpanjangan yang tidak diatasi akan menyebabkan bayi mengalami enkoparesis atau keadaan di mana najis keluar tanpa sedar.
Oleh itu, sebagai langkah awal, Mommy perlu kenalpasti tanda, punca dan cara untuk mengatasinya dengan merujuknya di bawah ini. Jom lihat!
Tanda Dan Cara Mengatasi Bayi Sembelit
Berikut merupakan tanda atau gejala yang menunjukkan bayi sedang mengalami sembelit iaitu:
- Kurang daripada tiga pergerakan usus sepanjang seminggu
- Pergerakan usus yang keras, kering dan sukar untuk dikeluarkan najisnya
- Menunjukkan tanda sakit semasa membuang air besar
- Menunjukkan sakit perut
- Terdapat kesan najis cecair atau berlemak dalam lampin bayi di mana tanda ini menunjukkan bahawa najis disandarkan di dalam rektum
- Terdapat darah pada permukaan najis yang keras
- Menunjukkan reaksi takut untuk meneran najis
- Bayi cuba mengelak untuk meneran dengan gaya menyilangkan kakinya, mengepalkan punggungnya, memusingkan badannya, atau membuat muka apabila cuba meneran najis.
Punca Bayi Sembelit
Perubahan dalam diet antara punca yang paling biasa menyebabkan bayi sembelit. Kebiasaannya ia berlaku disebabkan peralihan daripada susu ibu kepada susu formula iaitu susu lembu atau memperkenalkannya kepada makanan pepejal.
Mommy perlu tahu, pengenalan kepada protein susu lembu boleh menyebabkan alahan atau intoleransi terhadapnya.
Bayi yang mempunyai intoleransi protein susu lembu akan menyebabkan sistem imun tubuh mereka merasakan bahawa protein susu lembu merupakan anasir jahat yang perlu dilakukan sama seperti ia lakukan kepada bakteria atau virus berbahaya.
Disebabkan pertahanan tubuh inilah yang menyebabkan bayi mengalami sembelit, sakit perut serta masalah usus yang lain.
Terdapat beberapa lagi sebab yang menyebabkan bayi sembelit dan kesemua itu Mommy boleh rujuk di SINI untuk mengetahuinya dengan lebih jelas lagi.
10 Cara Mengatasi Bayi Sembelit
#1. Cara Mengatasi Bayi Sembelit Dengan Penghidratan
Secara umumnya bayi tidak memerlukan air kerana susu ibu atau susu formula sudah mencukupi untuk membuat mereka kekal terhidrat. Namun begitu, sekiranya Mommy mendapati bayi sukar meneran najis itu menunjukkan tanda-tanda bayi tidak mendapat cecair yang secukupnya.
Oleh itu, Mommy perlu tambah dua hingga empat auns air selepas setiap penyusuan bagi memastikan mereka mendapat cecair yang sepatutnya.
#2. Masukkan Jus Buah-buahan Dalam Diet
Selain air kosong, Mommy boleh juga tambahkan pengambilan cecair melalui jus buah-buahan. Tetapi harus diingat bahawa ia hanya boleh diberikan apabila bayi usia enam bulan ke atas.
Mommy boleh mulakan dengan dua hingga empat auns jus buah-buahan dari anggur, epal, ceri, pir atau prun sebanyak dua kali sehari dengan 100% adalah dari jus buah.
Jika Mommy mendapati najis bayi berair, Mommy perlu kurangkan kuantiti jus.
#3. Sediakan Makanan Tinggi Serat Dalam Diet
Seterusnya adalah dengan memperkenalkan makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi dalam diet seharian setelah bayi mula makan makanan pejal.
Mommy boleh cuba berikan mereka buah-buahan dan sayur-sayuran sebanyak dua kali sehari seperti aprikot, pir, prun, bayam dan brokoli.
#4. Cara Mengatasi Bayi Sembelit Dengan Gantikan Bijirin
Sekiranya si manja Mommy makan bijirin berasaskan beras, Mommy boleh cuba tukarkannya kepada bijirin lain seperti oat dan barli. Pengambilan bijirin berasaskan oat dan barli ini lebih mudah untuk dicerna.
#5. Tukar Susu Formula
Jika Mommy mendapati punca utama bayi sembelit adalah disebabkan oleh susu formula, Mommy boleh tukarkannya kepada jenama susu yang berbeza.
Berikut merupakan senarai susu yang boleh mengatasi masalah sembelit di kalangan bayi yang boleh Mommy rujuk di SINI!
#6. Mandian Air Suam
Cara yang seterusnya adalah dengan memandikan bayi dengan air suam. Cara ini dapat memberi kelegaan kepada otot perut dan rektum yang tegang.
#7. Cara Mengatasi Bayi Sembelit Dengan Membuat Urutan
Antara langkah berkesan untuk mengatasi masalah sembelit ini adalah dengan menggunakan teknik urutan. Caranya adalah, Mommy perlu mengetuk hujung jari atau membuat bulatan menggunakan minyak di atas perut bayi di mana urutan ini meniru pergerakan usus dan dapat membantu najis keluar dengan lebih cepat.
#8. Membuat Senaman Untuk Bayi
Pergerakan melalui senaman juga berupaya membantu bayi mempunyai pergerakan usus yang baik dan lancar. Jika bayi sudah boleh merangkak atau berjalan, Mommy perlu galakkan mereka bergerak tetapi jika belum Mommy perlu membantu mereka contohnya seperti mengayunkan kedua-dua kaki seolah sedang mengayuh basikal.
#9. Guna Glycerin Suppositories
Sekiranya langkah-langkah di atas tidak membantu, Mommy boleh cuba menggunakan Glycerin Suppositories untuk diletakkan ke dalam dubur bayi anda. Tetapi perlu diingat ia hanya boleh digunakan sekali-sekala sahaja.
#10. Memberi Pelembut Najis atau Julap
Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan untuk memberikan pelembut najis seperti sirap jagung kepada bayi anda manakala julap tanpa preskripsi untuk bayi yang berumur enam bulan merupakan pilihan terakhir.
Tetapi adalah lebih baik jika Mommy membawanya berjumpa dengan doktor sebelum mengamalkan semua ini.
Mommy juga boleh menyertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan pelbagai tips berguna serta ‘welcome gift’ percuma dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!
Apa tunggu lagi. Jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!
Dapatkan informasi berguna untuk si manja Mommy di SINI.