Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Risau Period Lambat? Ini 10+ Cara Mengatasi Masalah Period Lambat Yang Berkesan

cara mengatasi period lambat

Sumber Kompas Health

Sebelum kami kongsikan cara mengatasi period lambat, mari kita fahami terlebih dahulu berkenaan period ataupun haid. Haid merupakan peluluhan lapisan dinding uterus dan darah yang mengalir melalui faraj atau kemaluan. Kitar haid pula merujuk kepada satu siri perubahan yang berlaku pada dinding uterus dan ovari.

Kitar haid juga melibatkan pembentukan dan pembebasan telur yang matang. Setiap perempuan normal akan mengalami kitaran haid kira-kira 28 hari namun berbeza-beza mengikut individu. Punca lambat period boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya :

  • masalah hormon
  • stress
  • masalah berat badan
  • pengambilan pil perancang kehamilan
  • ubat-ubatan
  • perubahan berat badan

Cara Mengatasi Period Lambat Secara Alami

Bagi mengatasi masalah lambat period terdapat beberapa cara iaitu melalui kaedah moden seperti mengambil pil bagi melancarkan haid atau cara alami iaitu menggunakan bahan semulajadi.

Berikut kami kongsikan beberapa cara yang boleh anda lakukan secara alami jika period lambat iaitu :

1. Yoga

Highlighted

Kredit gambar: News18

Senaman yoga dapat merendahkan tahap hormon yang berkaitan dengan haid tidak teratur. Yoga juga mengurangkan risiko senggugut dan simptom emosi berkaitan dengan haid seperti kemurungan dan keresahan.

2. Menjaga Berat Badan

Kredit gambar: Liputan6.com

Perubahan berat badan boleh mempengaruhi kitaran haid anda. Seandainya berat badan anda berlebihan, ia boleh menyebabkan haid tidak teratur kerana sel lemak mengganggu hormon reproduktif dan insulin. Anda perlu menurunkan berat badan secara berperingkat.

3. Nanas

Kredit gambar: KlikDokter

Buah nanas sangat terkenal sebagai makanan untuk melancarkan haid. Ini kerana buah nanas mengandungi enzim bromelain yang boleh melembutkan lapisan endometrium rahim dan mengatur kitaran haid anda dan mampu mengurangkan kesakitan senggugut semasa haid. Ia boleh dijadikan jus atau dimakan begitu sahaja.

4. Diet Rendah Karbohidrat

Kredit gambar: Halodoc

Diet rendah karbohidrat boleh mengganggu fungsi hormon tiroid dan hormon leptin yang mengawal kitaran haid. Oleh itu, kita disarankan supaya mengambil 45% ke 65% karbohidrat daripada kalori harian kita.

5. Asid Lemak Tidak Tepu

Kredit gambar: Bismiss.com

Lemak penting dalam sistem hormon badan kita. Anda boleh memperolehi asid lemak tidak tepu daripada ikan salmon, sardin, dan ikan tongkol, sumber kekacang seperti walnut, biji rami dan juga minyak sayuran.

6. Daun Betik

Kredit gambar: SAYS

Cara untuk melancarkan haid dengan daun betik adalah meminum air rebusannya. Rebus daun betik dengan asam jawa dan garam bersama dua gelas air sehingga air menjadi satu gelas sahaja.

7. Kunyit

Kredit gambar: Malay News

Bahan yang cukup terkenal untuk diolah menjadi jamu ini merupakan salah satu bahan herba yang sangat membantu dalam melancarkan period kita kerana ia diyakini memiliki fungsi yang sama dengan hormon estrogen. Caranya adalah dengan memakan jamu atau kunyit yang diracik. Boleh dimasukkan kedalam makanan ataupun minuman mengikut citarasa anda.

8. Halia

Kredit gambar: RASA

Halia dapat membantu melancarkan haid anda. Rebus halia bersama dua cawan air sehingga menjadi separuh dan minum apabila ia suam. Ia bukan sahaja dapat melancar,kan period anda malah dapat mengurangkan rasa sakit semasa datang haid. Untuk mengurangkan rasa pedasnya anda boleh tambahkan sedikit lemon atau madu kedalamnya.

9. Gaya Hidup Sihat

Kredit gambar: Kosmo Digital

Anda perlu bersenam dan mengamalkan pemakanan seimbang bagi mengawal berat badan dari bertambah ataupun berkurang. Ini kerana peningkatan atau pengurangan berat badan secara berlebihan akan menyebabkan sel lemak mengganggu hormon reproduktif dan insulin yang barkait dengan period anda.

10. Makan Makanan Sihat dan Bergizi

Kredit gambar: IFIX Physiotherapy

Amalkan cara pemakanan yang sihat seperti mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dengan mencukupi dapat menjadikan sihat. Apabila badan sihat hormon di dalam badan juga menjadi stabil, seterusnya haid anda akan berjalan dengan teratur.

11. Rehat Yang Mencukupi

Kredit gambar: Halodoc

Badan kita memerlukan rehat yang mencukupi. Mendapat tidur sekurang-kurangmya 8 jam sehari akan memberi kesan positif kepada badan kita. Hasilnya, hormon akan stabil serta mempengaruhi kitaran haid kita supaya menjadi lebih teratur.

12. Air Yang Mencukupi

Kredit gambar: konfiden.com

Minum air putih 2 liter sehari supaya tubuh kita mendapat cecair yang mencukupi bagi menyeimbangkan metabolisma di dalam tubuh. Apabila metabolisma kita baik, kitaran haid kita juga akan menjadi lancar.

13. Susu dan Produk Tenusu

Kredit gambar: Halodoc

Kekurangan kadar vitamin D dalam tubuh terbukti mempengaruhi kelancaran period kita. Bagi mengatasinya kita disarankan mendapatkan vitamin D yang mencukupi, baik dari sinar matahari mahupun makanan. Susu dan produk tenusu seperti yogurt dan keju merupakan sumber makanan yang mampu membekalkan vitamin D kepada kita.

14. Kulit Kayu Manis

Kredit gambar: Shopee

Kulit kayu manis berpotensi untuk melancarkan period kita. Ia boleh diambil dengan cara meminum air rebusannya, atau dijadikan ekstrak yang dicampurkan kedalam minuman atau makanan anda. Bergantung kepada keselesaan anda.

Kesan Haid Tidak Teratur

Haid yang tidak teratur boleh memberikan kesan yang tidak baik kepada kesihatan dan sistem tubuh badan seseorang wanita, apatah lagi untuk jangka panjang. Tidak mustahil juga keadaan ini boleh mengganggu hubungan suami isteri. Antara kesan daripada period lambat atau tidak stabil ini adalah:

#1. Kerosakan organ dalaman wanita

Period yang lambat datang atau tidak stabil juga boleh menjadi masalah yang serius jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan kerana ia boleh merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita.

Contohnya seperti masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio yang boleh menyebabkan tiub fallopio wanita tersebut dibuang.

#2. Sukar Hamil

Masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang seseorang wanita untuk hamil menjadi agak sukar.

#3. Anemia

Haid yang tidak teratur boleh menyebabkan haid berlaku dalam tempoh yang agak panjang. Ini akan menyebabkan kita kehilangan darah yang banyak.

Hal demikian akan mengakibatkan badan kita menjadi lemah dan mudah membuat seseorang mudah pengsan.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi period lambat. Sebagai wanita kita haruslah peka dengan kitaran haid kita.

Pastikan anda mengira dengan betul jumlah hari kitaran haid anda. Seandainya anda mendapati anda telah terlewat datang haid atau period anda lambat, bertindaklah dengan segera.

Semoga perkongsian kami dapat membantu anda mengatasi masalah period anda.