Penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD) adalah salah satu penyakit yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak. HFMD adalah penyakit yang disebabkan oleh virus yang mudah berjangkit dan biasanya berlaku pada kanak-kanak kecil.
Untuk elakkannya dari berjangkit, Mommy dan Daddy perlu bertindak dengan mencuba apa-apa cara merawat HFMD dengan cepat dan efektif.
Walaupun kebanyakan kes HFMD masih dianggap ringan, namun ia boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa kerana gejalanya yang tidak menyenangkan pada anak-anak.
Gejala dan Punca HFMD
HFMD disebabkan oleh virus coxsackie enterovirus, terutamanya coxsackie A16. Kanak-kanak di bawah 10 tahun lebih berisiko, tetapi dewasa juga boleh dijangkiti.
Penularan berlaku melalui sentuhan dengan cecair dari lepuh, hidung, dan tekak yang mengandungi virus.
Simptom HFMD termasuk demam, sakit tekak, lepuh pada mulut, tangan, kaki, dan kawasan lampin. Kanak-kanak yang dijangkiti HFMD juga mungkin mengalami gejala meragam, letih, dan tidak berselera makan.
Jangkitan ini biasanya berlangsung tujuh hingga 10 hari.
Cara Penjagaan HFMD
Walaupun HFMD tidak memerlukan rawatan khusus, penjagaan di rumah dapat membantu mengurangkan gejala.
Paracetamol boleh diberikan untuk meredakan demam, dan kanak-kanak perlu banyak minum air. Lepuh harus dibiarkan kering tanpa cubaan untuk memecahkannya.
Tiada rawatan khusus untuk HFMD, tetapi rawatan di rumah boleh membantu mengurangkan gejala.
Cara Merawat HFMD dengan Cepat
1. Cara Merawat HFMD dengan Cepat: Mandi Menggunakan Sabun Lifebuoy
Mandikan anak dengan sabun Lifebuoy, gosok sental sehingga berbuih, dan biarkan selama 30 saat-1 minit. Mandian perlu dilakukan 3-4 kali sehari.
2. Cuci Rumah dengan Dettol
Bersihkan rumah dengan dettol, basuh semua benda yang mungkin terkena virus, seperti cadar, sarung bantal, dan pakaian.
3. Cara Merawat HFMD dengan Cepat: Sapu Calamine Zinc Oxide + Menthol
Sapukan pada kulit anak untuk mengurangkan rasa gatal.
4. Rawatan untuk Ulser
Gunakan Gengigel Spray atau AftaMed Spray untuk merawat ulser dalam mulut.
5. Lawatan ke Klinik
Pastikan membawa anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan cuti kuarantin selama 5 hari.
Langkah-Langkah Pencegahan HFMD
Untuk mengurangkan risiko terkena HFMD, ibu bapa boleh mengambil beberapa langkah pencegahan, seperti mencuci tangan dengan sabun, mencuci pakaian dan mainan dengan bersih, dan mengelakkan berkongsi peralatan makanan serta barangan kebersihan diri.
Mommy dan Daddy juga perlu pastikan anak yang dijangkiti tidak datang ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak sehingga mereka betul-betul sembuh.
Jagaan dan pencegahan HFMD adalah tanggungjawab bersama. Dengan kebersihan yang terjamin dan tindakan yang sewajarnya, kita dapat melindungi anak-anak dari jangkitan HFMD.
Ingatlah, kecepatan bertindak adalah kunci untuk memastikan anak cepat sembuh dan mencegah penularan kepada yang lain.
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti pelbagai lagi panduan dan tips kesihatan menarik yang lain di SINI!