“Penatlah tulis ni Mommy…”
Mommy sering mendengar keluhan ini daripada anak Mommy? Sebenarnya, jika anak Mommy sering berkata yang demikian, anak-anak Mommy mungkin sedang mengalami masalah menulis ataupun mewarna.
Sebagai ibu bapa, kita juga dinasihatkan supaya sentiasa melihat corak dan gaya menulis dan mewarna anak kita untuk mengenal pasti jika mereka menghadapi sebarang masalah.
Mari kita lihat perkongsian daripada Mommy ini, Puan Aishah Suhaimi, tentang pencil grip dan juga cara-cara mengajar anak menulis!
Highlighted
“Anak saya ni tak suka sangat nak menulis or mewarna, asyik cakap penat je. Geram betul”
Parents, apa kata check balik pencil grip anak. Anak anak takkan mengadu kalau takde sebab tau. Ini guideline pencil grip based on umur anak.
Cara Pemegangan Pensel
“Macam mana nak ajak anak-anak menulis ni? Buntu dah ni…”
Kalau ini yang Mommy risaukan, mari kita lihat cara-cara ajar anak menulis pula Mommy!
6 Cara Ajar Anak Menulis Dengan Mudah Dan Menarik
1. Elakkan Guna Buku
Dengan menggunakan buku, anak Mommy mungkin akan menganggap ia adalah satu kerja dan bukannya aktiviti untuk mereka bermain.
Untuk cara yang lebih kreatif dan extreme, Mommy boleh cuba aktiviti ini seperti finger paint, ‘menulis’ di pasir, shaving cream ataupun tanah liat.
Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja akan meningkatkan kemahiran menulis mereka, malah anak-anak juga pasti rasa lebih seronok untuk ‘bermain’ sambil menjadi lebih kreatif.
2. Mulakan Dengan Menulis Nama
Dengan praktis menulis nama mereka, mereka akan jadi lebih yakin dan bangga dengan menulis sesuatu!
3. Gunakan Huruf Kecil
Dawn Audibert menyatakan bahawa menulis huruf besar adalah lebih mudah daripada menulis huruf kecil.
Walau bagaimanapun, jika anak-anak sering menulis dalam huruf besar, ia mungkin akan menjadi kebiasaan dan ini boleh menyebabkan kesukaran untuk mereka membetulkannya apabila di sekolah kelak.
Oleh itu, Mommy harus latih mereka menulis huruf kecil dengan kerap ya! Dengan cara ini, barulah ia boleh meningkatkan kemahiran menulis anak Mommy.
4. Pilih Alat Yang Sesuai
Mommy boleh cuba menggunakan set pensel warna yang kecil dan pendek untuk anak-anak selesa menggunakannya. Dengan memakai pensel ataupun alatan yang sesuai, mereka boleh tulis dan mewarna dengan lebih teliti.
Mommy juga boleh membeli mereka pencil grip seperti yang disyorkan oleh Puan Aishah di atas untuk memudahkan cara pegangan pensel mereka.
5. Ikut Turutan Huruf Yang Paling Mudah
Adakah Mommy tahu ada turutan yang mudah untuk menulis? Jan Olsen memberitahu cara ajar anak menulis yang betul adalah mengikut turutan seperti:
- Paling Mudah: E F H I L T
- Sederhana: B C D G J O P Q S U
- Sukar: A K M N R V W X Y Z
Jadi, Mommy cuba untuk mengajar anak-anak menulis dengan menggunakan panduan di atas.
6. Latih Sensory Motor Activities
Selain daripada aktiviti dan cara-cara di atas, Mommy boleh cuba meningkatkan kemahiran menulis dan memegang anak Mommy dengan memperbanyakkan aktiviti seperti bermain lego, puzzle, tanah liat, pasir, butiran manik dan juga makanan.
Betul, makanan! Walaupun Mommy mungkin tidak terlalu ‘gembira’ dengan idea anak kecil bermain dengan makanan, namun, messy play makanan sangat bagus untuk mereka.
Jangan lah selalu. Mungkin semasa Mommy ingin memasak, boleh biarkan anak-anak main dengan tepung atau tolong Mommy menguli doh dan sebagainya.
Practice Makes Perfect!
Ingat Mommy, dengan paksaan yang melampau, mungkin anak Mommy akan lebih memberontak. Dengan cara yang betul, tentu mereka rasa tetarik dengan aktiviti menulis.
Tanpa sebarang praktis dan latihan berulang kali, mungkin anak Mommy akan ketinggalan sedikit dari segi penulisan tetapi tidak mengapa. Cuba dan cuba lagi sehingga Mommy nampak potensi dalam cara pegangan pensel dan kemahiran menulis mereka.
Inilah tugas kita sebagai ibu bapa kan, Mommy? Mengajar mereka supaya menjadi lebih baik pada sesuatu perkara. Oleh itu, teruskan usaha dan selamat mencuba!