Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Pengendalian Susu Ibu Untuk Pengasuh Yang Betul – Take Note!

cara pengendalian susu ibu untuk pengasuh

Kredit gambar: www.todaysparent.com

Para ibu yang menyusukan anak mereka pasti bimbang tentang bagaimana menguruskan susu ibu yang diperah ketika anak dihantar ke pengasuh.

Mungkin Mommy memikirkan sama ada perlu membekalkan susu beku atau susu sejuk.

Namun, dengan beberapa panduan atau cara pengendalian susu ibu untuk pengasuh yang mudah dalam artikel yang kami kongsikan di bawah ini, Mommy boleh memastikan susu ibu tersimpan dengan baik dan mudah diurus oleh pengasuh.

Untuk ketahui bagaimana caranya, teruskan membaca!

Cara Pengendalian Susu Ibu Untuk Pengasuh

Susu ibu yang diperah, dikenali sebagai EBM (Expressed Breast Milk), memerlukan penjagaan khas agar ia kekal berkualiti dan selamat untuk bayi. Oleh itu, langkah-langkah berikut boleh membantu Mommy dan pengasuh anda menguruskan susu ibu dengan lebih mudah.

#1. Senaraikan Keperluan Asas

Highlighted

Kredit gambar: www.amazon.sa

Peralatan asas yang Mommy perlukan:

  • Cooler bag.
  • Ice pack atau ice brick.
  • Storage bottle atau feeding bottle.

Pastikan Mommy mempunyai semua peralatan ini sebelum menghantar susu ibu ke pengasuh.

#2. Seimbangkan Jenis EBM

Susu perahan mempunyai tahap kualiti yang berbeza. Botol pertama perlu berisi susu segar kerana tahap khasiatnya adalah yang tertinggi.

Susu sejuk adalah pilihan kedua, manakala susu beku adalah pilihan ketiga. Walau bagaimanapun, ingatlah bahawa walaupun tahap khasiat berbeza, susu ibu adalah pilihan terbaik berbanding susu formula.

#3. Cairkan Susu Beku

Kalau Mommy mempunyai banyak susu beku, seeloknya cairkan sebahagian daripadanya sebelum menghantarnya kepada pengasuh. Ini akan memudahkan pengasuh jika bayi tiba-tiba kelaparan.

#4. Labelkan Botol Susu antara Cara Pengendalian Susu Ibu Untuk Pengasuh

Penandaan botol adalah penting. Sediakan enam botol yang berbeza berdasarkan jenis susu perahan:

  • Botol 1: Susu Segar.
  • Botol 2: Susu Beku yang Dicairkan.
  • Botol 3: Susu Beku yang Dicairkan.
  • Botol 4: Susu Sejuk.
  • Botol 5: Susu Sejuk.
  • Botol 6: Susu Segar.

Pengasingan jenis susu ini memudahkan pengasuh. Pastikan pengasuh tahu bahawa botol pertama dan terakhir adalah susu segar untuk digunakan segera.

#5. Siapkan Susu Ikut Sukatan antara Cara Pengendalian Susu Ibu Untuk Pengasuh

Kredit gambar: www.motherandbaby.com

Isi botol-botol dengan susu perahan berdasarkan sukatan per hidangan bayi. Ini memudahkan pengasuh kerana tidak perlu mengukur semula susu. Contohnya, bekalkan setiap botol dengan 3 oz (ounz).

#6. Bekalkan Warmer

Mommy boleh membeli warmer untuk pengasuh supaya susu ibu boleh dipanaskan dengan mudah tanpa menggunakan dapur atau air panas.

#7. Siapkan Cooler Bag

Kredit gambar: momlovesbest.com

Bawa susu ibu ke pengasuh dalam cooler bag atau ice box untuk memastikan ia kekal pada suhu yang sesuai. Jangan ganggu peti sejuk pengasuh.

Menguruskan susu ibu bukanlah sesuatu yang sukar. Dengan sedikit perancangan dan persediaan, ibu bekerja boleh memastikan pengasuh dapat memberi susu ibu dengan mudah dan bayi tetap mendapat manfaat penyusuan badan. Jadi, jangan ragu-ragu untuk terus memberikan yang terbaik kepada bayi anda.

Dengan langkah-langkah di atas, proses menguruskan susu ibu akan menjadi lebih mudah bagi Mommy dan pengasuh anda. Ibu yang bekerja tetap boleh memberi yang terbaik kepada bayi mereka, dan bayi terus mendapat manfaat susu ibu sehingga cukup 2 tahun.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Mommy juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips dan panduan yang lain di SINI!