Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul Pada Suhu Bilik, Peti Sejuk Dan Freezer

cara penyimpanan susu ibu

Kredit gambar: istockphoto

Susu ibu memang banyak khasiatnya untuk bayi. Tetapi bila dah menyusu ni, selalu juga oversupply kan Mommy? Susu keluar banyak walaupun si comel dah kenyang.

Jadi bila jadi macam ni, kenalah simpan. Kalau Mommy yang berkerja pula, memang kena perah untuk bekalan si comel nanti.

Macam mana cara penyimpanan susu ibu yang betul ya?

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul Pada Suhu Bilik, Peti Sejuk Dan Freezer

Ada banyak cara untuk simpan susu ibu ni. Tak kiralah perah secara manual ataupun guna pam, cara penyimpanan susu ibu ni bergantung kepada suhu tempat penyimpanan.

Dalam perkongsian ini, Motherhood nak kongsikan 6 cara penyimpanan susu ibu yang Mommy boleh praktikkan:

1. Suhu bilik tanpa penghawa dingin

Anggaran suhu bilik yang tiada penghawa dingin ni biasanya adalah antara 25°C sehingga 37°C. Pada suhu ini, Mommy boleh simpan susu badan selama maksima, 4 jam sahaja.

Kadang-kadang tu, kalau kalut nak ke kerja dan nak bagi bekal susu untuk pengasuh pada waktu pagi, haa…bolehlah perah dan catat waktunya di sealable bag atau botol yang berisi susu tu.

2. Suhu bilik dengan penghawa dingin

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Kalau untuk bilik yang berhawa dingin pula, suhu biliknya adalah sekitar 15°C sehingga 25°C. Maksudnya, bahang tu memang tak terasalah.

Pada suhu ini, susu ibu boleh tahan lebih lama dari 4 jam iaitu sekitar 8 jam juga menurut perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika lepas menyusu dan dada terasa masih bengkak dan penuh, bolehlah perah dan kalau bilik tidur Mommy berhawa dingin, penyusuan seterusnya boleh je guna susu yang diperah tadi.

3. Peti sejuk pada rak atas

Suhu ideal di rak atas peti sejuk adalah 2°C sehingga 4°C. Susu yang disimpan di sini akan tahan selama kurang daripada 8 hari.

4. Peti sejuk 1 pintu di bahagian sejuk beku

Untuk peti sejuk yang mempunyai 1 pintu, susu ibu yang disimpan di bahagian sejuk bekunya boleh bertahan hampir 2 minggu juga.

5. Peti sejuk 2 pintu di bahagian sejuk beku

Kalau peti sejuk 2 pintu pula, boleh cecah sehingga 3 bulan ketahanan tempoh penyimpanannya di bahagian sejuk beku.

Kredit gambar: istockphoto

6. Deep freezer

Jika nak simpan untuk tempoh yang lebih lama, Mommy dan Daddy kena keluarkanlah sedikit bajet dan beli deep freezer. Yang mini pun boleh.

Susu ibu yang disimpan dalam deep freezer boleh bertahan sehingga 6 bulan tau. Tak risau sangat lah kalau kadang-kadang tu susu badan berkurangan kan? Boleh juga cuba kaedah-kaedah tradisional ni untuk tingkatkan pengeluaran susu ya.

Step By Step Untuk Simpan Susu Ibu Dalam Peti Sejuk Dan Freezer

Kalau simpan pada suhu bilik sahaja, Mommy hanya perlu catat waktunya. Tak kiralah nak catat di botol susu ataupun sekadar buat notes di telefon je. Sebab nak guna dalam masa terdekat je kan?

Yang Mommy kena teliti sikit ialah apabila nak simpan dalam peti sejuk dan freezer ya. Jom, Motherhood tunjukkan step by step, macam mana nak simpan susu dalam peti sejuk dan freezer dengan selamat dan efisyen:

  1. Simpan susu badan yang diperah dalam botol atau storage bag yang bersih dan freezer friendly.
  2. Catat waktu dan tarikh susu diperah padanya dengan marker yang bebas toksin.
  3. Simpan botol dan storage bag yang berisi susu ke kawasan yang di dalam dan jauh daripada pintu peti dan freezer. Ini kerana kawasan yang berdekatan dengan pintu peti dan freezer tu mudah untuk hilang suhu dan kestabilannya.
  4. Bila nak guna, ambil susu badan yang bertarikh paling lama terlebih dahulu. Konsepnya, first in, first out.
Kredit gambar: istockphoto

Asalkan kaedahnya betul, Mommy boleh menyimpan susu badan dengan selamat dan memudahkan urusan harian Mommy serta orang sekeliling juga.

Cara Penyimpanan Susu Ibu Yang Betul

Jangan salah sangka yang kualiti susu badan yang dibekukan akan hilang zatnya ya Mommy. Terutamanya kalau Mommy dan Daddy berkerja, memang bagus untuk amalkan penyimpanan susu badan ini.

Mommy dan si comel dua-dua sihat dan gembira, nanti bolehlah amalkan ya?