Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Pikat Hati Suami Supaya Lebih Sayang dan Hubungan Bertambah Erat

cara pikat hati suami

Kredit gambar: istockphoto

Sebagai seorang isteri, Mommy tentu inginĀ sentiasa disayangi oleh suami. Memang ikatan suami isteri didasari dengan rasa cinta tetapi ia haruslah dipupuk sentiasa.

Seperti kata-kata yang popular, love is a verb. Kasih sayang itu, tidaklah akan mekar dengan sendirinya buat selama-lamanya.

Cara Pikat Hati Suami Supaya Lebih Sayang Dan Hubungan Bertambah Erat

Jadi sebagai seorang isteri, banyak cara yang Mommy boleh lakukan supaya Daddy lebih sayang dan terpikat. Antaranya adalah:

#1. Bercakap dengan sopan dan lemah lembut

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Kaum lelaki ni, memang suka kalau pasangan mereka bercakap lemah lembut dengan mereka tau. Lebih-lebih lagi kalau membincangkan perkara serius dan sensitif, mereka akan rasa Mommy sebagai isteri cakna dengan perasaan mereka.

#2. Memasak masakan kegemaran suami

Orang tua-tua kata, nak tawan hati suami ni kenalah melalui perutnya. Haa.. cuba masak masakan kegemaran Daddy dan tengok responnya selepas tu.

Kalau tak pandai, sekarang ni dah ada banyak resepi online yang Mommy boleh cuba. Tak perlu masuk kelas memasak pun.

#3. Berdandan untuk suami

Melihat isteri cantik dan bergaya boleh membuatkan suami lebih sayang tau. Walaupun di rumah, Mommy kenalah sentiasa cantik dan rapi ya.

Dari aspek pakaian, mekap dan aksesori; cubalah padankan seanggunnya ya!

#4. Memakai wangian

Selain daripada cantik di pandangan, Mommy haruslah sentiasa berbau harum. Janganlah bila Daddy dah balik kerja tu, masih berbau bawang. Bau yang harum memang boleh menambat hati suami.

#5. Memakai pakaian tidur yang seksi

Bila dah kahwin ni, tak perlu malu-malu dah. Nanti bila hampir waktu tidur, tukarlah baju Mommy. Jangan pakai baju yang dipakai seharian tetapi salinlah baju tidur yang seksi.

Suami pasti lebih sayang!

#6. Hormati pandangan dan arahan suami

Kredit gambar: istockphoto

Untuk tawan hati suami juga, Mommy hendaklah menghormati pandangan dan arahannya. Kesannya, suami akan rasa dihormati dan rasa kasihnya akan bertambah buat Mommy.

#7. Menjaga dan mendidik anak sebaiknya

Orang kata, zuriat ini pelengkap dan menguatkan ikatan suami isteri. Bila dah ada anak sendiri, jaga dan didiklah mereka sebaiknya Mommy.

Hanya kaum lelaki yang memahami bagaimana perasaan seorang suami melihat isterinya berusaha yang terbaik untuk mendidik anak mereka.

#8. Melayan suami dengan santun

Bukan sahaja suami, sesiapa sahaja yang kita layan mereka dengan elok dan penuh santun akan timbul rasa kasih terhadap kita kan?

Sentiasalah melayan suami dengan baik terutamanya ketika mereka keletihan dan tertekan.

Kredit gambar: istockphoto

#9. Memahami perasaan suami

Cara pemikiran dan kecenderungan orang lelaki tak sama dengan kaum wanita. Ramai lelaki memerlukan ruang sendiri dari semasa ke semasa dan sebagai isteri, Mommy hendaklah faham perasaan suami ketika mereka inginkan waktu bersendirian.

#10. Sokong hobi dan minat suami

Macam Mommy juga, Daddy pun tentu mempunyai minat dan hobinya sendiri. Janganlah sekat minat mereka tetapi sokonglah semampunya.

Jika tidak berlebih-lebihan dan tidak memudaratkan, cubalah memahami minat mereka dan berikan mereka ruang untuk melakukan hobi mereka.

#11. Mempertahankan suami di khalayak ramai

Jika timbul sebarang kenyataan atau soalan yang menyentuh peribadi ataupun membuka aib suami, berusahalah untuk mempertahankan mereka Mommy.

Walaupun bersifat maskulin, kaum lelaki pun suka apabila dilindungi oleh mereka yang disayanginya.

Kredit gambar: istockphoto

Cara Pikat Hati Suami

Tak susah pun kan Mommy? Semua usaha baik ini pun akan berbalik kepada Mommy juga kerana pasangan kita itu adalah cerminan diri kita.

Semoga berjaya Mommy!


Untuk pelbagai pilihan dan idea hadiah serta panduan dalam hubungan yang baik, lihatĀ SINI.