Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cuba 5 Cara Pilih Ikan Segar Ni, Pasti Lebih Sedap Masakan Mommy Nanti!

cara pilih ikan segar

Kredit gambar: istockphoto

Siapa je suka apabila ikan yang dibeli tak berbaloi dengan harga? Kalau ikan yang mahal pula, lagilah geram rasanya. Bila nak memasak tu, tengok-tengok tak fresh.

Tak berbaloi Mommy habiskan duit dan stress macam tu. Lebih baik Mommy belajar, macam mana nak pilih ikan yang segar di pasar.

Cuba 5 Cara Pilih Ikan Segar

Tetapi kena rajin nak sentuh dan belek ikan lah ya? Jangan risau, kalau di pasar atau di mana-mana pasaraya pun, ada disediakan sinki khas untuk pembeli basuh tangan.

Selak sikit lengan baju tu dan jom pilih ikan ikut tips ini!

#1. Pilih yang ikan matanya segar terik dan tidak berwarna merah

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Orang tua-tua dulu ajar, kalau tak nak sentuh dan belek-belek ikan di pasar pun, tengok pada matanya tu. Melengkung ke dalam ke masih terik ke luar?

Warnanya pula macam mana? Kalau dah merah tu, terang-terang dah tak sihat ya. Jaranglah kalau ikan yang matanya merah, isinya segar.

#2. Tengok insang ikan

Kredit gambar: istockphoto

Cara seterusnya adalah dengan melihat pada insang ikan tu. Seperti ikan kembong, cuba selak sedikit di kawasan yang menutupi insangnya tu. Ini memang tak boleh ditipu.

Kalau ikan tu segar, insangnya berwarna merah terang lagi ya. Bila dah lama, darah insang tu akan berubah jadi tua dan lebih teruk, seperti kehitaman gitu. Mommy akan boleh perasan apabila tengok insangnya.

Kalau nampak masih basah darah di situ, memang peratusan tinggi ikan tu masih segar.

#3. Pilih ikan yang isinya pejal

Kredit gambar: istockphoto

Selalu juga kita tengok orang tua-tua menekan sedikit isi ikan apabila membeleknya kan? Haa.. ini pun antara petua yang boleh diguna pakai ya.

Bila kita tekan sikit isi ikan tu, dia akan naik dengan cepat dan memang terasa pejalnya. Kalau yang dah tak segar, isinya akan melengkung ke dalam je apabila ditekan.

Tapi jangan tekan kuat-kuat pula ya. Sekadarnya sahaja untuk tengok kepejalan isi ikan tu.

#4. Pilih ikan yang tidak berbau

Kredit gambar: istockphoto

Ikan yang tak segar ni, antara tanda jelasnya adalah ia berbau. Ini memang tak boleh ditutup dah. Senang je nak cam. Cuba duk belek-belek tu dan bau.

Kalau kuat hanyirnya dan tidak berbau ikan seperti biasa, itu memang kena elaklah. Dah tak segar yang macam tu.

Dari segi bau ni pun, kena reti juga. Ada sesetengah ikan, ia dah lama tetapi disebabkan disimpan dalam ais batu untuk tempoh yang lama, baunya tak kuat sangat.

Kena pandai tengok juga berdasarkan tips lain ya Mommy?

#5. Tengok bahagian luar perut ikan

Kredit gambar: istockphoto

Tips lain yang berguna adalah dengan melihat pada bahagian luar perut ikan. Kan di bahagian yang akan terdedah apabila disiang tu, haa di situ.

Kalau ikan segar, memang terik dan tidak terkoyak langsung di kawasan tu ya. Kalau dah koyak atau nampak lembik je, itu memang dah tak segar tu.

Memang antara bahagian pertama yang kita boleh perasan kalau ia dah tak segar adalah kawasan luar perut ikan tu lah. Tanpa dibelek-belek pun memang akan nampak jelas.

Cara Pilih Ikan Segar

Banyak je tips yang Mommy boleh praktikkan kan? Cuba nanti ke pasar, tak payah dah biarkan penjual yang pilih untuk Mommy. Berdasarkan cara yang kami kongsikan ini, Mommy dah boleh memilih ikan segar dengan jayanya! Jom tengok cara siang ikan guna gunting pula!