Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini Mommy 8 Cara Pilih Ketam Segar, Manis, dan Penuh Isi – Cuba Try Tengok!

cara pilih ketam

Kredit gambar: nonsensegirl.wordpress.com

Mencari ketam yang segar, manis, dan penuh isi bukan satu perkara mudah ya Mommy! Nampak mudah, tapi sebenarnya bila sampai rumah, Mommy mesti frust! Tapi jangan risau, terdapat tips-tips tertentu yang boleh membantu Mommy membuat pilihan cara pilih ketam yang bijak.

Ketam mungkin bukan hidangan harian, tetapi apabila teringin untuk menikmati kelazatan makanan seafood, adalah penting untuk memastikan ketam yang dibeli Mommy memenuhi standard kualiti.

Jadi, dalam artikel ini, kami akan kongsi 8 tips dari penjual makanan laut yang boleh menjadi panduan bagaimana cara memilih ketam yang segar dan berisi penuh. Jom lihat!

Cara Pilih Ketam Yang Betul

Highlighted

Kredit gambar: homemaderecipes.com

#1. Waktu Membeli Ketam

Pertama sekali, sebolehnya Mommy beli ketam selepas bulan mengambang penuh. Pada waktu ini, isi ketam cenderung lebih padat dan banyak.

#2. Cara Pilih Ketam dengan Melihat Warna Cengkerang

Kredit gambar: coleycooks.com

Apabila memilih ketam, perhatikan warna cengkerangnya, terutamanya bahagian atas dan sepit. Warna kebiruan yang terdapat padam ketam menandakan ketam tersebut masih segar dan sangat sesuai untuk dimasak.

#3. Pilih Ketam Berat

Kredit gambar: lookout.co

Amat penting untuk memilih ketam yang lebih berat daripada yang lain. Timbang dengan tangan Mommy, kerana ketam yang berat menunjukkan isinya padat. Sentuh dan timbang ketam untuk menilai beratnya.

#4. Cara Pilih Ketam dengan Lihat Belakang Ketam

Ketahui kesegaran ketam dengan melihat bahagian belakangnya. Bentuk tiga segi yang melekat dengan kuat menandakan ketam yang segar dan berkualiti.

#5. Bau Laut

Kredit gambar: www.kazu.org

Pastikan ketam mempunyai bau laut yang segar. Hindari ketam dengan bau hanyir yang kuat, ini mungkin petanda ketam tidak lagi segar.

#6. Cukup Sifat

Ketam yang masih segar seharusnya mempunyai sifat yang kukuh. Kaki ketam perlu melekat dengan baik pada badannya, dan mata ketam harus tetap terang. Ini menunjukkan kesegaran ketam dari laut.

#7. Pilih Ketam Betina

Seterusnya, Mommy perlu utamakan pemilihan ketam betina. Ketam betina biasanya lebih berisi kerana membawa telur. Pilih ketam betina dengan melihat ciri-ciri seperti badan yang lebih lebar, bulat, dan sepit yang lebih kecil.

#8. Cara Pilih Ketam dengan Memilih yang Tiada Tompok-Tompok

Kredit gambar: easybakelab.com

Mommy juga perlu perhatikan bahagian bawah ketam yang segar, ia sepatutnya putih bersih tanpa sebarang tompok-tompok atau warna selain putih. Kehadiran tompok-tompok menandakan ketam mungkin tidak lagi segar.

Dengan mengikuti tips-tips ini, Mommy sudah boleh mendapatkan ketam yang segar, manis, dan penuh isi. Jangan terburu-buru semasa membeli ketam, dan pastikan Mommy mengamalkan tip-tips ini bagi memastikan pengalaman makan masakan seafood Mommy sekeluarga adalah memuaskan.

Selamat menikmati hidangan ketam yang lazat!


Selain perkongsian mengenai cara pilih ketam segar di atas, Mommy boleh cuba pelbagai lagi tips-tips menarik yang lain di SINI!