Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tips Berkesan Cara Pilih Buah Tembikai Yang Manis Dan Lazat

cara pilih tembikai

Kredit gambar: www.foodpanda.my

Untuk dapatkan buah tembikai yang rasanya manis, segar dan masak sempurna terdapat beberapa tips cara pilih tembikai yang perlu Mommy dan Daddy ketahui.

Pemilihan tembikai terbaik mempunyai beberapa perkara atau kriteria yang perlu Mommy perhatikan ketika membelinya di pasaran. Buah tembikai merupakan hidangan yang sangat digemari ramai terutamanya ketika cuaca panas.

Selain rasa buahnya yang sangat manis dan sedap dinikmati, ia juga mempunyai banyak kebaikan dan bernutrisi tinggi.

Bagi Mommy yang sangat menggemari buah tembikai, terdapat beberapa cara memilih buah tembikai yang tepat untuk Mommy praktikkan bagi mendapatkan kualiti buah yang manis dan segar.

Ikuti perkongsian ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Tips Mudah Cara Pilih Tembikai Terbaik

Antaranya tips pemilihan buah tembikai terbaik adalah seperti berikut:

#1. Tangkai Buah Tembikai

Highlighted

Kredit gambar: www.cleverly.me

Sebelum membeli tembikai, lihat terlebih dahulu tangkai buah tembikai tersebut. Mommy perlu memilih tangkai yang sudah kering dan kecut.

Ini kerana keadaan demikian menunjukkan buah tembikai telah masak dengan sempurna.

Sekiranya tangkai tersebut masih hijau, ada kemungkinan buah dipetik lebih awal dari sepatutnya.

#2.  Cara Pilih Tembikai Dengan Menepuknya

Kredit gambar: www.mynameissnickerdoodle.com

Mommy boleh mengenalpasti buah yang telah masak dengan menepuk-nepuk buah tembikai terlebih dahulu sebelum membelinya.

Jika tepukan itu mengeluarkan bunyi seolah-olah kosong, itu menunjukkan buah tersebut telah masak dengan elok.

#3. Buah Berat

Kredit gambar: gardenerspath.com

Jangan melihat saiz sebaliknya pilih buah tembikai yang berat timbangannya. Buah yang berat walaupun ia kecil menandakan buah tersebut mempunyai isi yang segar dan berair.

#4. Tekstur Kulit

Kredit gambar: www.cleverly.me

Gosok buah tembikai terlebih dahulu sebelum membelinya untuk memastikan buah telah masak sepenuhnya.

Jika Mommy merasa kulitnya licin semasa menggosoknya itu bermakna ia belum matang tetapi jika kulitnya terasa kasar,buah tembikai itu sudah masak sepenuhnya.

#5. Tompok Jaring Lebah

Kredit gambar: www.cleverly.me

Buah tembikai yang mempunyi tompokan seakan jaringan lebah menandakan buah tersebut sangat manis. Pilih buah yang mempunyai banyak tompokan gelap kerana buahnya lebih bagus.

#6. Tompokan berwarna Kuning

Kredit gambar: gardenerspath.com

Biasanya terdapat tompokan kuning krim atau oren jika buah dibiarkan masak di atas tanah. Buah seperti ini sangat manis dan sedap kerana ia telah masak sebelu dipetik.

Akan tetapi jika ia bewarna putih, itu menandakan bahawa tembikai masih lagi belum masak dengan sempurna.

#7. Jantina

Kredit gambar: www.cleverly.me

Sebenarnya tembikai juga mempunyai jantina iaitu tembikai jantan dan juga tembikai betina.

Perbezaan antara kedua jenis jantina ini adalah tembikai jantan mempunyai ukuran yang lebih besar, berbentuk lonjong dan mempunyai kandungan air serta biji yang banyak.

Kalau Mommy ingin membuat jus, tembikai jantan adalah pilihan terbaik berbanding tembikai betina.

#8. Cara Pilih Tembikai Dengan Lihat Jalur

Kredit gambar: agrilifetoday.tamu.edu

Teliti jalur yang terdapat pada permukaan buah tembikai. Jika jalurnya cantik, kemas dan tidak serabut itu menunjukkan bahawa buah tembikai tersebut adalah manis.

#9. Cara Pilih Tembikai Dengan Lihat Tapak

Kredit gambar: leitesculinaria.com

Terdapat tapak pada bahagian bawah tembikai. Mommy boleh mengetahui ia manis atau tidak berdasarkan tapak tersebut. Sekiranya tapaknya adalah kecil, buah tembikai tersebut manis.

#10. Bentuk Tangkai

Kredit gambar: gardenerspath.com

Selain itu, Mommy juga boleh melihat rupa bentuk tangkainya, jika ia adalah curly kebiasaannya rasa tembikai adalah manis. Manakala, untuk tangkai yang lurus, ia kurang manis.

Kebaikan Buah Tembikai

  • Mempunyai kandungan air yang tinggi dan sangat sesuai diminum terutama ketika cuaca panas.
  • Buah tembikai mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil lycopene. Kajian yang dilakukan oleh Purdue University mengatakan bahawa lycopene dapat membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta dapat merendahkan risiko terkena penyakit jantung.
  • Malah, kajian yang dilakukan juga turut mendapati bahawa buah tembikai berupaya untuk mengurangkan tekanan darah tinggi serta dapat menurunkan berat badan.
  • Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengurangkan dan melawan keradangan yang berlaku di dalam badan.
  • Buah tembikai mempunyai kandungan serat yang tinggi dan ianya dapat membantu merangsang saluran penghadaman agar menjadi lebih baik dan sihat.
  • Vitamin A yang terkandung di dalamnya juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen.

Ketahui juga jenis-jenis buah yang digalakkan untuk diambil ketika berpantang seperti dalam artikel INI.


Dapatkan juga pelbagai tips pemakanan yang terbaik DI SINI.